Baru-baru ini aku diberi kesempatan untuk mencuba satu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Sebelum ini aku hanya mendengarnya sahaja dan tak pernah terlintas dihati untuk mencuba, tapi setelah mencuba baru aku tahu akan keseronokan dan kenapa sesetengah orang sangat mengilai aktiviti itu. Aktiviti yang aku maksudkan adalah snorkeling.
Dengan bayaran yang murah iaitu dua puluh lima geneh aku dapat menikmati dan menghayati kecantikan terumbu karang dan hidupan laut yang lain. Selama tiga jam aku berendam dalam air walaupun dalam cuaca yang sejuk. Kesejukan bagai hilang dalam kenikmatan yang terhampar di dasar laut. Kalau di Malaysia yang tercinta aku pernah dengar orang melakukan snorkeling di Pulau Redang yang terkenal dengan terumbu karang yang cantik. Pulau Sipadan adalah antara pulau yang cantik dan bagus untuk melakukan aktiviti ini.
Apa yang aku dapat bila melakukan aktiviti ini adalah kepuasan melihat hidupan laut dan merasa takjub dengan ciptaan Allah yang maha kuasa. Melihat ikan yang berenang dengan tenang dengan beraneka warna membuatkan aku terpesona dan timbul rasa kebesaran Allah. Ikan yang sebelum ini hanya melihat melalui kaca television juga dapat kulihat bila lakukan aktiviti ini.
Saturday, February 21, 2009
Friday, February 20, 2009
Coretan Kembara

Impian untuk menjelajahi semenanjung Sinai untuk kali kedua berjalan lancar seperti yang dirancang. Kadang-kadang timbul perasaan tidak percaya kerana segala tempat yang ingin dituju dapat dilakukan tanpa karenah yang banyak dari kerajaan Mesir memandangkan sekarang pasca peperangan dan semenanjung Sinai sangat berhampiran dengan ma’rokah tersebut. Jutaan kesyukuran dipanjatkan pada Allah kerana dengan izin dan inayah-Nya dapat merealitikan segala impian.

Setelah tiga jam berhempas pulas Jabal Thur Sina yang berketinggian 2285 meter dari permukaan laut dapat ditawan buat kali kedua walaupun kali ini menuntut lebih pengorbanan dari tahun lepas. Tanpa semangat dan dorongan sahabat-sahabat mungkin perkara ini tidak akan terjadi. Pelbagai perkara yang mewarnai pendakian kali ini antaranya ada sahabat yang terpaksa merangkak untuk ke puncak, kekejangan otot, menaiki unta dan sebagainya. Semua ini dilakukan semata-mata untuk merasai pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Musa As. Bila ini terjadi, kita bisa berfikir bahawa sesuatu yang bernilai mana mungkin bisa diperolehi tanpa sebuah pengorbanan.
Sebelum pendakian kami sempat melawat maqam Nabi Soleh, kesan lembu samiri yang menjadi tanda kekufuran , melihat maqam Nabi Harun dari kejauhan kerana keterbatasan waktu dan sempat juga untuk melihat kesan ketukan batu yang dilakukan oleh Nabi Musa yang memancarkan dua belas mata air di Wadi Arbaien.

Noktah hasinah atau kubu lama Israel yang kalah kepada mesir dalam peperangan tiga penjuru dengan pertolongan salah seorang ulama’ Al-Azhar Syeikh Halim Mahmud rahimahullah yang bermimpi bahawa hanya dengan air sahaja yang mampu untuk mengalahkan tentera Israel yang membina benteng yang ampuh setelah tentera Mesir hampir mati akal.
“ BERJALAN BERMUSAFIRLAH,
MELIHAT KEAGUNGAN ALLAH,
MENINJAU MENITILAH,
RAHSIA CIPTAAN ALLAH. ”
Tuesday, February 17, 2009
Makan dan sejuk
Firstly minta maaf sebab lama tidak mengupdate blog ini. Antara faktornya ialah sebab internet tiada di rumah, baru suddah pulang dari melancong . tapi itu semua alasan yang selalu menjadi tabiat rakyat Malaysia kalau tidak percaya tanya geng-geng raja lawak. Apa yang sebetulnya ialah tabiat malas yang menghantui. Aku nak kongsi satu tabiat aku pada musim sejuk iaitu tabiat makan sebab cepat lapar. Aku perasan tabiat ini sejak tahun pertama aku disini. Apabila musim sejuk tiba sahaja pasti rasa lapar mendominasi rasa kenyang. Tabiat ini kalau kena dengan perempuan pasti mereka rasa mengelabah sebab takut gemuk tapi kalau kena lelaki macam aku tak kisah sebab badan susah nak naik.

Kalau nak diikutkan tabiat ini adalah tabiat yang kurang bagus kerana bila makan banyak pasti banyak penyakit akan datang kerana perut adalah tempat berkumpul penyakit. Ditambah pula dengan musim sekarang yang mana penyakit mudah berjangkit kerana udara yang lembab dan penyakit yang glamour sekarang ini ialah tibi. Penyakit paling bahaya yang timbul apabila rasa kenyang adalah malas. Penyakit yang ditakuti dan menyebabkan segala kerja akan tergendala. Malas dalam melakukan kerja dan yang paling bahaya malas dalam melakukan ibadah pada Allah. Sebab itu kita disuruh berdoa:
Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati-Mu, mensyukuri nikamat-Mu dan perelokkanlah ibadahku pada-Mu
Kita tidak akan mampu melakukan sesuatu tanpa kehendak Allah, jadi sebab itulah kita harus berdoa moga Allah memberi izin kepada kita untuk melakukan sesuatu yang baik especially amal yang akan membawa kita kepada kebahagian di tempat yang kekal abadi iaitu Dar Akhirat. Satu perkara yang bahaya apabila perut terlalu kenyang ialah nafsu sukar dikawal menyebabkan banyak kejahatan akan dilakukan. Perkara ini boleh dibandingkan apabila kita berpuasa kita seolah-olah boleh mengawal diri kita, tetapi bila diri kenyang kita akan hilang daya mengawal.

اللهم أعنى على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

Sunday, February 1, 2009
Tersentuh
Hati ini tersentuh apabila membaca satu artikel yang ditulis oleh pelajar perubatan Mesir yang menceritakan kisah hidup beliau yang dahulu sering lalai dan tenggelam dalam keasyikan tetapi akhirnya berubah. Hati kalau ia tidak mendapat petunjuk maka akan menjadi lebih keras dari batu. Tetapi bila ia mendapat nur dari Allah maka akan menjadi sungguh tersentuh. Sesungguhnya Allah menyayangi beliau dengan memberi kesedaran dari kelalaian itu. Kini beliau menjadi muak dengan ragam kawan-kawan beliau yang tengelam dalam keasyikan itu. Beliau bimbang apabila ditegur maka mereka akan memutuskan persahabatan yang terjalin menyebabkan beliau hanya mendiamkan diri.
Bila terbaca artikel ini aku jadi terfikir jangan diperlekehkan orang yang lalai kerana mereka mungkin akan jadi lebih baik dari kita suatu hari nanti tetapi kita perlu mengambil iktibar dan menasihati mereka. Mereka diuji oleh Allah dan bayangkan jika kita diuji begitu adakah kita akan kembali sedar.
kita hari ini mungkin berada pada landasan yang betul tetapi ingatlah bahawa yang menjadi penentu ialah pada pengakhiran hidup kerana ada manusia yang pada mula beriman tetapi mati dalam kekufuran begitu juga ada yang permulaan berada dalam kekufuran tetapi mati dalam kebaikan.
Ya Allah matikan kami dalam husnul khotimah..Ya tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu dan ketaatan pada-Mu… amin
Cinta adalah anugerah Allah tetapi kita yang harus memandui ia agar tidak terjerumus dalam cinta yang hina..renungilah kata pujangga di bawah:
Demi Allah sesungguhnya sebuah cinta teramat agung untuk dapat dilihat,
Ia luput dari penglihatan manusia
Ia ada didalam dada bersemanyam sebagaimana api bersemanyam dalam batu
Jika di nodai ia akan membakar
Jika di cuba untuk ditinggalkan ia akan selalu membayangi

Subscribe to:
Posts (Atom)