Saturday, January 24, 2009

Kesedihan

kepada semua yang mengenali atau mempunyai sifat ihsan diharap dapat sedekahkan AL_FATIHAH untuk saudara


ALLAHYARHAM HATTA BIN HANAFI YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH....

Monday, January 19, 2009

Promote

 Diriku bukanlah seperti Alim yang mampu membuat manusia ceria dengan kemerduan suara. Tidak seperti Kamal yang apabila melarikan pena akan tercipta sebuah lirik. Bukan juga seperti Mustaffami yang petah bercakap. Tidak mampu menandingi Aiman dari segi keilmuan. Ingin menjadi seperti Mukhlis yang mahir dalam Qiraat. Ikram yang hensem berkaca mata. Tarmizi yang santun dalam pertuturan. Azizi yang sudah berumahtangga. Falahuddin yang sering muncul di di nasyidfm. Aswadi yang lincah dalam menggelecek bola. Zulfadli yang kental mengawal gawang. Sohifuddin yang simple dalam berpakaian, FAruq yang tenang dalam apa keadaan. Bukan seperti Fatimah sebab dia perempuan atau Fitri yang manis dengan senyuman.Aku adalah aku....


Ustaz-ustazku yang kusayangi, Ust Afendi yang penyabar, ustaz Radhi yang masyi dalam Al-Quran atau Ustaz Mujahid dan Teacher salina yangh petah berbahasa Inggeris. Aku adalah insan yang mengutip ilmu daripada mereka.

Hambe juga bukanlah seperti Abu bakar dalam kemerduaan membaca Al-Quran, bukan Afiq yang tekun dalam pembacaan atau  Aizat yang memimpin persatuan. Hambe juga bukan seperti Hafizuddin dalam ketegasan menyampaikan arahan atau Shahrizan yang suka mengali tinggalan ulama silam bahkan jauh dari cote yang sudah kebesaran tetapi Hambe  adalah hambe.

kawe sempat berkenalan dengan Fizz yang hebat dalam Programer, biskutz yang suka ejas templates atau Alang yang memiliki domain sendiri. Kawe juga bukan seperti Lukpi yang akan menjadi doktor, Idham yang memimpin persatuan, Zaity yang dah resign tetapi kawe adalah seorang insan yang masih diperjalanan.


watashi suka menjenguk di this site dan join di this community walaupun tidak diajak. semua sudah diperkenalkan tinggal lagi tunggu anda buka. 


Kalau ada jarum yang patah, 
jangan disimpan di dalam peti, 
kalau ada silap dan salah ,
jangan disimpan di dalam hati...





Jangan lupa doakan Umat Islam di Palestin....

sumimasen to minna san andai ada salah dan silap.....

adios amigos....gracias......

Saturday, January 17, 2009

Dua dalam satu

Selamat hari lahir untuk Ayahku yang tercinta, moga rahmat Allah sentiasa bersama denganmu ayah. Moga Allah taala terus merahmati, memberi rezeki, keampuanan dan thabat dalam perjuangan. hamba mohon maaf andai ada membuatkan hati ayahanda terguris dan jutaan kesyukuran kerana mendidik anakmu hingga menjadi manusia. segala jasamu itu akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran pahala dan insyaAllah menatijahkan syurga amin...


Pada tarikh kelahiran ayah penduduk Kuala Terengganu akan mengundi untuk memilih pemimpin bagi membawa suara mereka di dewan rakyat. moga kejayaan untuk mereka yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat. kepada semua pengundi, diharap dapat memilih calon yang berwibawa dan yang membawa mereka kepada mengenal Allah. memilih pemimpin adalah suatu yang amat berat kerana mereka yang akan mencorak arah tuju kita di masa akan datang...


Akhir kata selamat hari lahir untuk ayahku dan selamat mengundi. undi anda adalah rahsia...

Friday, January 16, 2009

Children see... Children Do... Make your influence positive





Lihat , renung dan fikirkan. Jangan jadikan our next generation menjadi hilang nilai murni dalam diri mereka, hilang adab dan akhlak Islam. Jangan salahkan mereka jika suatu hari mereka akan kurang ajar pada anda kerana mereka belajar semua itu daripada anda. Kanak-kanak itu lahir dalam keadaan firah yang suci. Kitalah yang akan membentuk mereka agar menjadi seperti pohon yang walaupun kita menjolok untuk mengambil buah tetapi tetap mengeluarkan buah. Jangan jadikan mereka seperti lebah bila dilontar batu akan mengejar orang yang melontar.


semua harus mengembeling tenaga agar generasi akan datang lahir sebagai generasi yang akan mengamalkan ajaran islam yang syumul dan menjadi pembebas bumi Palestin yang tidak mampu kita bebaskan dari cengkaman zionis pada hari ini. ketahuilah next generation adalah permata yang perlu digilap kerana mereka adalah pemimpin masa akan datang yang akan membawa panji-panji Islam agar tidak terus diperkotak-katikan oleh musuh-musuh Islam.

Thursday, January 15, 2009

Save palestin




Bantulah mereka dengan segala kemampuan yang ada, tidak kira dalam ape bentuk hatta sekadar menadah tangan memohon kepada Allah kerana doa adalah senjata orang mukmin. Dengan doa mampu menukarkan hati yang keras kepada lembut jika diizinkan, dengan doa peluru itu tidak mampu menembusi tubuh umat islam,doa mampu menghancurkan musuh-musuh islam tetapi ingatlah doa akan dikabulkan setelah syarat-syarat doa dipenuhi.


photo from

Tuesday, January 6, 2009

see

just a pictures. enjoy with it. nothing special but manny memories. manisnya madu dapat dirasai oleh orang yang merasa, manisnya kenangan itu dapat dirasai oleh pencipta kenangan itu....







renung ayat itu abaikan orangnya...



kehilangan dirasai




pengikis duit utama



pembuka selera

Sunday, January 4, 2009