Thursday, March 5, 2009

Ku sedang Menunggu

Bulan tiga sudah lima hari ditempuhi. Sejauh manakah perjalanan yang ditempuh bagi memenuhi impian yang kita ingin gapai. Adakah kita masih belum mengorak langkah atau masih ragu-ragu dalam melangkah. Ingatlah kitalah yang akan menetukan sejauh manakah impian itu dapat dipenuhi. Dalam bulan ini juga aku menunggu sesuatu.Bukan
Menunggu bulan jatuh ke riba sepertimana pungguk menunggu bulan(nonsense).

Sebenarnya aku sedang menunggu pengumuman oleh kemeterian pelajaran tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Perasaan curious ini semakin menebal setebalnya salji di gunung everest. Tetapi perasaan nervous lebih mendominasi, apa-apa pun segala yang akan berlaku akan ku terima dengan redha dan pasrah dengan ketentuan qada dan qhada Allah yang maha esa.

Dalam bulan ini juga pasti proses janji-janji manis seperti petani menabur benih padi akan ditabur ekoran awal bulan empat nanti akan berlaku pilihanraya. Janji-janji manis akan dihidang, media massa akan berperanan dan menjadi pisang panas dengan berita sensasi.Tetapi awas kerana kebanyakan akan menjadi basi. Jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab aku akan sentiasa mendoakan moga kemenangan akan diperolehi oleh orang yang selayaknya. Harapanku moga calon yang dipilih nanti akan setiasa menabur bakti dan jangan main lompat-lompat parti. Sudah muak dengan permainan ini.Cubalah jadi seorang wakil yang bertanggungjawab dan selalu berdoa,berusaha supaya dijauhkan dengan cubaan yang akan merendahkan martabat kita seperti amalan rasuah sebab selain dikutuk oleh rakyat ia dikutuk oleh agama…..adios amigos.

Renungan :

Orang yang mencintai akan melihat kepada kebaikan,
Orang yang membenci akan melihat kepada keburukan,
Orang yang punya hati akan melihat keadaan,
Baik dijadikan sempadan,
Buruk dijadikan tauladan.

Friday, February 27, 2009

DEFINISI AL-QURAN

Kalamullah yang mu’jiz yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril, dinukilkan secara mutawatir dan membacanya dikira ibadah.dimulai dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah an-Nas.

Begitulah definisi yang diberi oleh ulama dalam memberi gambaran tentang apa itu yang dinamakan Al-quran. Jika dilihat pada takrif kita dapat mengetahui bahawa al-Quran adalah kalamullah bukan kalam makhluk. Kitab suci ini menjadi mukjizat bagi nabi Muhammad dan ia kekal sehingga hari kiamat kerana ia dijaga oleh Allah.

Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. Surah al-Hijr 15:9

Seperti yang kita ketahui kitab zabur diturunkan kepada nabi Daud as, kitab taurat kepada nabi Musa as, kitab injil diturunkan kepada nabi Isa as dan begitulah juga nabi Muhammad saw dianugerahi kitab Al-quran . Kitab ini diturunkan oleh Allah melalui perantaraan ruhul Amin iaitu malaikat jibril as dan disampaikan kepada kita secara mutawatir dan membacanya dikira ibadah dan memperolehi ganjaran pahala.

Kitab al-quran dimulai dengan surah al-fatihah yang menjadi bacaan wajib dalam amalan solat samaada fardu ataupun sunat. Surah yang menjadi penutup bagi kitab suci ini adalah surah bacaan sebelum tidur iaitu surah an-nas.

Wednesday, February 25, 2009

GIZI SEIMBANG

Hari ini aku nak kongsi satu perkara tentang makanan. Seperti mana yang kita semua maklum setiap Negara pasti mempunyai makanan asasi tidak kira samaada dari bijian seperti gandum dan beras dan sebagainya. Kalau sebut Negara kita yang dicintai pasti makanan asasi adalah nasi. Sebab itulah walaupun mengembara ke mana-mana pun masyarakat kita mesti tak boleh tinggal nasi. Kalau tak makan nasi pasti badan tidak berapa selesa rasa lemah semacam. Kalau Negara arab seperti Mesir makanan asasi diorang berasaskan gandum dan kekacang seperti roti aish. Roti aish biasa dimakan dengan ful(kacang) ataupun tokmiyyah.

Tokmiyyah kalau tengok cara buat memang hilang selera tapi kalau makan nescaya nak lagi. Bayangkan kacang digaul dengan tepung menggunakan tangan and then digoreng dalam minyak yang tidak pernah ditukar Cuma ditambah dengan minyak baru saja. Sebab itu tokmiyyah tidak boleh dimakan setiap hari kerana dipercayai boleh menggugurkan rambut. Kalau kita tengak orang arab pasti kepala mereka dogol ditengah akibat kuat makan aish.

Pastu kalau nak tahu sesungguhnya orang Malaysia makan di lidah, orang arab makan di perut dan orang putih makan di otak. Perkara ini aku dapat bila dengar kuliah seorang ustaz. Kalau kita tengok orang Malaysia makanan mereka seperti budu, tempoyak, petai kalau diikutkan bau memang busuk tapi itulah kegemaran rakyat Malaysia. Kalau kita tengok orang arab makanan mereka bukan ada rasa sangat pun tapi mereka makan dengan steady sebab diorang hidup susah jadi tak berkira sangatlah pasal makanan.

Orang putih pulak diorang makan makanan yang berkhasiat saja sebab mereka lebih pentingkan khasiat dari rasa. Yang aku terkejut sekali ialah kurma. Ustaz itu cakap ada seorang doktor bagitahu bahawa tujuh biji kurma sudah cukup untuk gizi seimbang. Tapi kita memang kurang makan kurma kecuali bulan puasa. Kita sebenarnya sudah ditipu oleh orang barat. Kita beli macam-macam untuk ikut pyramid makanan walhal makanan yang diajar oleh Rasulullah saw sudah cukup semua itu tapi kita tidak pernah ambil peduli. Alangkah malangnya kita kerana tidak mengambil berat apa-apa yang disuruh oleh Rasulullah saw sedangkan apa yang diajar membawa faedah pada kita.

Sunday, February 22, 2009

Damietta



Setelah selesai jaulah ke Sinai, Damietta menjadi destinasi untuk menghabiskan percutian. Agenda utama kesana adalah untuk mencari kerang kerana Dumyat atau Damietta adalah syurga kerang. Apa yang terjadi adalah sedikit terkilan dek kerana kerang pada tahun ini tidak seperti tahun lepas.

Mungkin kerana semua orang tertumpu ke sini menyebabkan hasil kutipan hanya sedikit. Tetapi satu pengalaman baru dicipta iaitu mandi laut di musim sejuk. Oleh kerana kerang sukar didapati di persisiran maka kami mengambil keputusan untuk mencari di dalam air. Berada didalam air pada musim sejuk ibarat berada dalam peti sejuk. Otot-otot kaki kejang sehinggakan deria rasa seolah-olah tiada. Selepas berendam didalam air, ungun-ungun api yang dibuat oleh teman-teman menjadi tempat untuk memanaskan kembali badan disamping menikmati kerang bakar yang sedap hingga menjilat jari.

Hari kedua aku mencuba nasib, berbekalkan semangat aku dan beberapa orang sahabat menaiki basikal ke pantai. Setelah beberapa jam hanya sedikit sahaja hasil yang diperolehi walaupun pada malamnya angin kuat dan hujan lebat turun tetapi kerang tidak juga mahu muncul. Tapi aku bersyukur kerana walaupun sedikit tetapi masih lagi dapat merasai keenakan kerang. Bayangkanlah jika tidak dapat merasainya pasti lebih hampa.



Setelah empat hari disana, مصيف مدينة دمياط جديدة (tempat peranginan Bandar Damietta Baru ) aku tinggalkan membawa pulang pengalaman dan ketenangan.