Monday, April 6, 2009

Nothing

salam semua. Sudah lama tidak mengupdate blog ini. Bukan malas tapi sekarang ini fatrah peperiksaan. Jadi memang tidak sempat untuk memikirkan idea untuk menghasilkan entry untuk tatapan semua.

Dua tiga hari ini pula komputerku telah mengalami kesakitan dan memerlukan rawatan susulan. Mungkin selepas periksa nanti akan terupdatelah blog ini hendaknya. Kepada semua yang membaca blog ini doa-doakan kejayaan dalam peperiksaan. Moga terus istiqomah dalam mengulang, menjaga dan mengamalkan apa yang dihafal.

Banyak juga perkara yang berlaku dalam bulan ini. Antara berita sensasi dalam bulan ini mestilah tentang Pm yang keenam Datuk seri NAjib Tun Razak. Tahniah diucapkan sebagai rakyat Malaysia diharap Pm baru dapat membawa perubahan kepada negara. Siti Nurhaliza pula telah melakukan lawatan ziarah ke atas Mb Kelantan tok guru Nik Aziz. Berita ini mendapat liputan dalam banyak blog. Apa-apa pun undilah pakatan rakyat dalam piliharanraya 7 April ini.huhuhu.




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, March 27, 2009

DEKORASI

Bila akal gagal menafsir,
lintasan hati menjadi igauan,
membentuk misteri yang tidak berkesudahan.

Bila jemari kaku untuk bertatih,
jangan diharap mampu menari,
mencipta tempang yang kelihatan.

Bila melihat dunia orang lahir rasa iri hati ,
menumbuh dendam yang mendalam,
menatijah hijab yang menghadang.

Bila merenung pada diri,
baru terasa akan kehinaan,
menutur istigfar menyesali kealpaan,
menatijah rasa perhambaan.

Pengalaman dikutip pengorbanan ditagih,
Rohani dilatih kejayaan diperoleh,
Kesusahan dirasa kesenangan didamba,
Melahir manusia yang berhati mulia.

Wednesday, March 11, 2009

Di Tag

Aku ditag. Itulah perkataan pertama yang kulihat di chatbox aku. Aku ditag oleh insan yang bernama Azizi. Inilah kali pertama aku di tag.






Gambar ini diambil di Qaryah Asad dalam perjalanan ke Alexandaria @ Iskandariah. Gambar ini diambil pada tahun 2007. gambar ini diambil menggunakan kamera Ridhuan. Binatang dalam gambar ini Dipanggil burung Unta.

Seterusnya tag ini harus dijawab oleh insan-insan dibawah ini:

Biskutz
Mustaffami
Ikram hakim
Auni
Afiq Saleh
Kamal Ahmad

Instruction:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Tuesday, March 10, 2009

Minta Maaf

Minta maaf kepada semua kerana blog ini mengalami sedikit kesilapan dan banyak widget yang telah hilang. saya mohon berjuta kemaafan atas kesilapan teknikal ini. Tag ustaz Azizi akan dibalas sedikit masa lagi