Wednesday, June 17, 2009

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum...

Selamat hari lahir untuk adikku tersayang arif. Moga Allah taala mengurniakan Rahmat Kepada adikku dan menjadikan Adikku termasuk dalam putera akhirat insyaAllah. 

Enter Fleedy.com
Fleedy.com | Hantar Kad Ini | Dapatkan Komen Bergambar Disini

Tuesday, June 16, 2009

Hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera


" Kotornya...! berapa minggu tak basuh?" ujar Zaid melihat air basuhan pakaian Ali yang kehitaman.

" Baru dua hari tak basuh,biasala kan sini berdebu, itulah air jadi hitam." Ali menerangkan sambil membela diri.

Memang tidak dinafikan debu memang banyak disini apatah lagi dengan musim panas yang mampu membakar kulit menjadi sedikit kehitaman dan membawa bersama debu-debu yang berterbangan dibawa angin. Air basuhan pakaian menjadi sedikit kehitaman akibat percampuran debu dan kekotoran.

Hitamya air itu jika diibaratkan dengan hati memang mendahsyatkan.

Hati Yang Hitam

Jika kita dapat melihat hati mungkin tahap kehitaman hati lebih dari hitamnya air. kehitaman hati yang disebabkan oleh empunya hati yang selalu melakukan dosa dan perkara yang bercanggah dengan yang diingini oleh Khalik.

Andai titik-titik hitam yang melekat di dasar hati dapat dilihat mungkin manusia akan terkejut kerana jijiknya melihat. setiap kali dosa yang dilakukan oleh kita akan mengakibatkan satu titik hitam melekat dihati dan andai kata tidak dibasuh,dicuci dengan kebaikan titik hitam itu akan melekat dan terus sebati menatijahkan hati yang keras yang sukar untuk menerima kebenaran walaupun kebenaran itu sudah terbentang di depan mata.

Mereka yang hati sudah keras akan jauh dari rahmat Allah kerana mereka sering melakukan kemaksiatan. Mereka akan terus hanyut dibawa arus yang akhirnya menenggelamkan mereka. Mereka mati sebelum mati kerana hati yang mati tidak mampu memimpin mereka kejalan kebenaran. Tindak tanduk mereka sia-sia kerana hawa nafsu yang diikuti mereka membawa kepada kebinasaan.

Ubat Hati

Adapun untuk membersihkan hati bukanlah seperti membasuh pakaian. Pembersihan hati mestilah dilakukan dengan memmbuat amalan kebaiakn seperti membaca al-Quran beserta tadabbur maknanya. Membaca al-Quran akan membersihakan kekotoran hati. Solat pada waktu malam yakni Qiamulail adalah antara pembersih yang berkesan bagi merawat hati.

Orang alim yang soleh adalah mereka yang dekat dengan Allah. Mereka selalu melakukan perkara kebaikan. Mnedekati mereka,bergaul dengan mereka boleh menyebabkan hati kita akan terubat kerana rahmat mereka akan terbias dengan kita.

Banyak lagi cara untuk membersihkan hati yang dapat kita amalkan..

Sunday, June 14, 2009

Selesai

Alhamdulillah...

Setelah berhempas pulas selama dua hari mencari templates yang sesuai akhirnya ikatan yang sah telah berlaku. Seperti yang anda lihat sekarang ini, saya telah berkenan dengan templates ini dan saya harap anda semua suka kalaupun ada yang tidak berkenan tidak mengapa kerana ini blog saya.

Dengan kelajuan internet yang terlalu perlahan dan selalu timed out ditambah dengan mata yang bercelaru untuk memilih mana templates yang sesuai kerana semuanya menarik hati membuatkan kerja penyengelaraan bertambah rumit. Pandang mata sering tertipu tetapi pandangan hati adalah yang terbaik. Bila hati tenang maka itu menunjukkan ia pilihan yang baik.

Moga dengan kulit yang baru akan menambahkan lagi seri blog ini.

jom Derma

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada pembaca yang budiman. Saya menyeru kepada sesiapa yang ingin menambah harta akhirat untuk menyalurkan sedikit kelebihan yang ada kepada PMRAM yang sedang berkira-kira untuk membeli satu bangunan untuk kegunaan pejabat dan sebagainya.

Untuk keterangan lanjut anda boleh melawat di blog dana

"hulurkan sumbangan tunaikan kewajipan"

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (2:261)