Sunday, June 21, 2009

Coretan Buat Ayah

"along mandi dengan sapa tadi?" soal ayahku.

"mandi dengan angah."

Satu jentikan ditelinga diberi sebagai tegahan agar aku tidak melakukannya lagi.


Itu adalah salah satu bentuk pengajaran yang diterima dari seorang yang bernama ayah kepadaku. Pengajaran agar aku bisa menjadi seorang insan yang sebenarnya. Kini gunung ganang dan lautan memisahkan diriku dengan ayahku tetapi hati ini tetap dekat. Doaku sentiasa kutitp moga ayah sentiasa dalam rahmat Allah, dimurahkan rezeki dan terus berjuang bagi menegakkan Islam ditempat yang teratas.



Selamat hari bapa

Saturday, June 20, 2009

khutbah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah agak lama menyepi saya terpanggil untuk menulis sedikit coretan moga bermanfat untuk pembaca.
Berkongsi sedikit yang saya dapat ambil dari khutbah jumaat yang lalu.
Khatib membacakan hadis yang saya tidak ingat matannya,
tetapi apa yang disebut dalam hadis tersebut adalah menyuruh kepada mereka
yang bergelar ibubapa agar mengajarkan kepada anak-anak mereka tiga perkara.


Tiga pekara tersebut adalah mengajar anak mencintai Rasulullah saw,
mencintai ahlibaiti Rasulullah saw dan yang terakhir membaca al-Quran.

Mencintai Rasulullah saw adalah sangat dituntut dan kemanisan iman akan
dapat dirasai oleh mereka yang mencintai Rasulullah saw.
Rasulullah saw sangat mencintai umatnya sehingga sebelum menghembuskan nafas yang terakhir baginda
masih lagi memikirkan tentang umatnya. Sayugialah bagi kita mengenali Baginda dan mencintai baginda
dengan mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah.

Mencintai ahlibaiti Rasulullah saw adalah perkara yang sangat mulia kerana mereka adalah
orang yang sangat rapat dengan Rasulullah saw dan merupakan keturunan yang mulia.
Sayugialah lagi dizaman yang orang lebih mengenali artis,aktor
kita tanamkan dihati anak yang kecil mencintai,mengikuti akhlak mereka yang memang patut untuk dijadikan teladan
buat pedoman agar tidak hanyut.


Mempelajari al-Quran adalah ilmu yang mulia kerana ia berkait rapat dengan Kalamullah.
merupakan petunjuk kepada kebenaran dan kebatilan moga menatijahkan kehidupan yang baik di negeri akhirat yang kekal abadi.
dizaman ini juga kita melihat ramai yang tidak mampu untuk membaca al-Quran lalu bagaimanakah dengan solat yang didirikan yang memerlukan bacaan al-fatihah. Sudah tentu keraguan berlaku disitu.

Marilah kita mengembeleng tenaga moga apa yang disuruh oleh Rasulullah dapat kita lakukan yang akhirnya menatijahkan individu yang cemerlang, kelurga yang gemilang dan masyarakat yang terbilang.

Friday, June 19, 2009

Nothing



"Ketika kita dilahirkan , kita menangis, dan semua orang tersenyum gembira menyambut kelahiran kita . Berusahalah ! Semoga ketika kita mati kelak , kita tersenyum puas , dan semua orang menangisi pemergian kita . " 
[Hamka]


Kalam yang simple tetapi dalam maknanya....
Tafsir dengan hati baru sampai tujuan makna yang tersirat

Thursday, June 18, 2009

Dulu DAn Sekarang

Mutakhir ini saya sering membaca entry dalam blog ustaz Rashidy Jamil yang banyak memceritakan perihal kampung. Setiap cerita yang dipaparkan membuatkan kenangan sedikit demi sedikit menerjah. Cerita-cerita tentang permainan seperti ton nusup(sembunyi), bedil penar, lawan buoh getah, ziropin, ton duduk ,laga ikan sekila dan banyak lagi permainan yang semakin hilang dibawa arus kemodenan. Kemodenan hari ini menyebabkan anak-anak kecil lebih suka bermain ps2,xbox. Anak kampung sekarang sudah jauh berbeza. 

Hati ini kadang-kadang sedih dengan gelagat anak kampung sekarang. Mereka sekarang lebih suka berlumba motor dari bermain mainan tradisional. Mulut mereka bukan mengunyah buah kemunting tetapi menghisap rokok. Walaupun baru darjah dua ucapan lucah sering bermain di bibir mulut. Bila orang tua menengur mereka akan melawan dan melakukan vandalisma. Ada yang sudah pandai mencuri walaupun masih kecil kerana ingin wang untuk membeli rokok dan sebagainya.

Arus kemodenan yang sepatutnya memberi kebaikan berlaku sebaliknya. Modal insan yang tidak diambil berat menyebabkan berlakunya perkara sebegini. Manusia hari ini terlalu banyak disuap dengan benda-benda yang membuatkan mereka jauh dari Tuhan. Program yang disajikan di tv lebih menjurus kepada hiburan yang keterlaluan sehingga lupa untuk menyajikan program yang berbentuk keagamaan. Proram keagamaan  dipandang sepi. Orang yang bercakap tentang agama akan diperlekehkan,dicaci dan sebagainya.

Jika tiada penyelesaian dibuat maka kita akan melihat tahun yang mendatang masyarakat kita akan menjadi seperti Amerika Syarikat yang sudah hilang sifat kemanusiaan dan agama hanya tinggal sebagai indentiti tanpa pengamalan.