Sunday, January 10, 2010

Aura Mereka


Gambar:Dari kiri: Habib Hussein as-Saqqaff Hafizohullah dan Mufti Mesir Al-Alamah Dr ALi Jum'ah Hafizohullah.

 Gambar ini ada aura tersendiri bagi saya. Anda pula bagaimana?..Setiap kali saya merenung gambar ini ada satu perasaan tenang. Senyum terukir dan entah mengapa tidak jemu untuk melihatnya walaupun sudah berkali-kali memandang. Gambar dua orang ulama yang terkenal. 

Habib Hussein as-Saqqaff  Hafizohullah adalah dari keturunan nabi Muhammad saw. Satu yang saya dapat dari pemetiaan saya setiap keturunan  Nabi Muhammad saw kalam mereka mudah untuk difahami, wajah mereka mengundang tenang.. Baru beberapa minggu berkenalan dengan Habib Hussein as-saqqaff Hafizohullah lewat channel youtube. Semoga saya diberi kesempatan untuk bertentang mata dengan keturunan nabi Muhammad saw ini.


Al-alamah dr Ali Juma'ah Hafizohullah adalah ulama tidak asing lagi. Menjawat jawatan sebagai mufti Mesir. Jika kita melihat kepada tenaga pengajar di Azhar pada masa kini kebanyakannya adalah murid kepada Syeikh Ali Jum'ah Hafizohullah antaranya Dr Usamah, Syeikh Ahmad hajain dan lain-lain lagi....

Semoga mereka terus tsabat dalam meneybarkan ajaran islam dan dikurniakan kesihatan...amin..

Saturday, January 9, 2010

Nothing

Assalamualaikum..


Salam tahun baru untuk semua. Entri pertama untuk tahun baru yang sudah sembilan hari menjengah kita. Syukur kita panjatkan pada Pemilik Alam(Allah)  yang masih tega memberi kita nikmat untuk terus berada di bumi ini,menghirup nafas, melihat alam yang menghijau, Memetia malam yang setia bersama sang bulan dan gugusan bintang yang mengoda mata serta hati untuk terus memuji kecantikannya. Selawat dan salam untuk sebaik makhluk yang dicipta Nabi Muhammad Saw, ahli bait,sahabat dan mereka yang mengikut jalan yang suci ini.

Awal tahun menjadi saksi ukiran demi ukiran azam yang mahu ditempa. Kejayaan dalam pelajaran, kerjaya atau apa lapangan yang diceburi menjadi matlamat untuk mereka. Jangan dilupa azam ke destinasi abadi yang kita akan berhenti bila tiba nanti. Mengandakan kebaikan dan berusaha menjauhi kejahatan adalah antara yang kita perlu gapai pada tahun ini. Kita perlu untuk berusaha menjadi hamba yang sebenarnya agar kita tidak kerugian di sana.


http://carmodifgitu.blogspot.com/

Pengorbanan adalah tuntutan yang mesti dipenuhi untuk mengapai apa yang diimpikan. Jika pengorbanan tidak dicurahkan mana mungkin kita bisa untuk mencapai target yang ditetapkan. Permohonan pada yang Esa agar diberi kekuatan dan kecekalan untuk mendakap sasaran tidak boleh dipandang enteng kerana kita hakikatnya lemah tanpa bantuanNYA.


Semoga apa yang diimpi dapat didakapi...InsyaAllah.....ameen...

Tuesday, December 22, 2009

Maal Hijrah

Assalamualaikum kepada semua...

Selamat tahun baru maal hijrah1431H..kullu am wa antum bikhoir...Semoga Allah menjadikan tahun ini tahun yang memberi kebaikan ,memberi kemenangan dan keizzahan kepada umat islam dan mengeluarkan kita dari mehnah dan menjadikan selepas kesusahan kesenangan,selepas kesulitan kegembiraan dan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..insyALLAH..amin...

Hari ini kita bertemu dengan tahun baru dan meninggalkan tahun lepas,begitulah kehidupan insan.Tahun silih berganti datang dan pergi. Setiap tahun akan berlalu,begitu juga hari akan berlalu,masa akan meninggalkan kita bahkan setiap saat akan berlalu seperti pokok yang akan layu sehingga datang saat ajal kita yang tidak sedikitpun terlewat atau terawal dari masa yang ditentukan..

Memetik apa yang diucapkan oleh Dr Yusuf Qardawi Hafizohullah dalam ucapan di putrajaya yang menegaskan bahawa jihad dan dakwah dua perkara yang terus berkekalan selagi mana seorang muslim itu masih bernyawa. Menjadi keaiban pada kita hari ini kerana kurang kita dalam usaha untuk menyampaikan islam sedangkan orang kafir begitu bersungguh dalam usaha mereka. Beliau mengambil contoh kitab bible yang diterjemah dalam pelbagai bahasa sedangkan alquran sangat sedikit diterjemahkan. Beliau menceritakan ketika  mana beliau pergi ke Indonesia yang mana boleh ditonton di sini.




Beliau juga menegaskan agama islam bukan disebarkan melalui mata pedang. Sebagaimana contoh kita di Malaysia yang mana ajaran islam dibawa oleh pedagang yang datang berniaga bukan oleh tentera. Kita juga tidak boleh memaksa orang untuk masuk islam kerana ia dilarang oleh Allah tetapi kita harus menggunakan semua medium yang ada sebagai contoh internet untuk menyebarkan islam.

p/s:Anda boleh membaca Tulisan Dr Yusuf AL-Qardawi Hafizohullah disini.

Memantap ukhuwah,
Memperkasa Ummah