Tuesday, April 20, 2010

fikir-fikirkan

"Jalan yang berliku, tidak kan gentar ku hadapi..namun bila malas menguasai, semua kerja tak jadi"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


 Kita sering merancang itu dan ini. Jika melihat apa yang dirancang menyebabkan kita mampu tersenyum puas kerana ia begitu teliti dan natijahnya akan menyenangkan hati. Seringkali pelaksanaan terganggu dek kerana faktor-faktor yang mendatang seumpama bajet waktu yang ditetapkan tersasar.

Kita merancang tetapi Allah tahu apa yang baik untuk kita. Jangan cepat meradang atau sedih atas perancangan yang sering tidak kesampaian. Teruskan merancang dan cuba untuk melaksanakan apa yang dirancang. Apa yang menjadi persoalan adalah aturan yang sering digagalkan oleh makhluk malas. Malas adalah satu sifat yang membunuh dalam diam. Seperti quote yang dicanangkan oleh sahabat saya "namun bila malas menguasai, semua kerja tak jadi" mengambarkan bahawa kemalasan akan membantut semua pekerjaan. Bila hanya merancang begitu dan begini tanpa pelaksanaan maka jadilah ia angan-angan yang tak berkesudahan.Cita-cita yang diimpi dikafankan kerna angan-angan menguasai.

Teringat kata-kata yang diucapkan oleh ustaz Tan sri Ismail al-hafiz ketika ada pelajar bertanya bagaimana cara untuk ingat al-quran?. Beliau menjawab dengan berzikir roojin,roojin,rajin. Rajin adalah cara untuk menjadi orang yang ingat al-quran disamping doa. Malas ini perlu dibuang dengan mujahadah yang tinggi disamping berdoa dengan doa yang diajarkan oleh nabi saw.

اللهم أني أعوذ بك من الهم والحزن, وأعوذ بك من الجبن و البخل , و أعوذ بك من العجز و الكسل , وأعوذ بك من غلبة الدين 
وقهر الرجال
Buya  Hamka rohimahullah ketika membicarakan tentang doa ini mengungkapkan sebuah pantun yang berbunyi:
Mati belanda kerna pangkat,mati cina kerna kaya,
mati india kerna makanan,mati melayu kerna angan-angan.

Semoga beroleh manfaat.

Monday, April 19, 2010

Aku Ingin Ketepian

Dahulu sewaktu aku ditepian, aku sering bingung memikirkan apa mereka perkatakan bahawa samudera punya musibah yang banyak memerlukan mental dan stamina yang kuat. Tawa sinisku sering terukir apabila ucapan mereka kudengari. Bukankah sungai telah kuharungi dengan jaya walau kadangkala angin ribut datang menujah. Hujan mencurah memaksa aku bekerja keras menceduk air yang hampir penuh diperut perahu. Sampah dan tunggul-tunggul kayu yang menganggu laluanku sering membuatkan sampanku tersekat-sekat tetapi akhirnya sampai ketempat tujuan.

Hari ini aku  berada di tengah samudera, merasai apa itu mabuk laut  akibat dipukul ombak, menjuihkan apa yang aku telan dipagi hari. Teringat pesanan agar minum air dikuala, terfikir kini ditengah lautan. Dimana mahu mencari kuala. Ingin terjun mandi laut seolah-olah kerja gila kerana pemangsa tidak kenal sesiapa mahupun diamana berada. Oren sunskist, keledek mentah, pisang kelat,sayur kankung, lada hitam atau halia bara tiada pula dalam simpanan. Hanya dayung buruk dan kain pelikat di peti simpanan.Selebu yang hadir menyebabkan sampan teroleng-oleng. Kakiku tidak lagi mampu untuk bertahan,acapkali tersungkur menyembah buritan. Puyu dan kelambu menghembus kencang menukar arah kemudi. Sesekali badai melambung tinggi mencium awam menganugerahkan sejuta permandangan, sedang asyik menikmati landskap alam disentap keras menjunam kedasar mencipta gemuruh menyedut takut. Drama itu tidak lama, dipentaskan pula ketenangan sambil angin berpuput lembut membentuk olak-olak kecil memacu layarku tenang ke destinasi.

Semalam telah kutinggalkan dalam kenangan. Hari ini aku semakin hampir ke destinasi. Pengalaman yang kubawa masih terlalu sedikit hingga takut untuk bertemu hari esok yang menjanjikan seribu satu persoalan yang perlu kujawab.  Ketenangan yang dirasai menyebabkan kegelisahan akan menghantui. Apakah aku mampu memberi secebis pertolongan di daratan yang halangan kian mencabar. Semilir angir, gumpalan ombak akan kutinggalkan. Lompak-lompak kecil,batu-batuan dan gunung akan menjadi teman pemusafiranku. Semua ini hanya akan terjadi jika aku tiba ditepian. Sukma ini sering berharap agar aku bisa melihat mentari muncul di puncak gunung bukan lagi dihujung simpulan ombak. Memetia sekawan burung terbang  hinggap di bendang padi tidak lagi memandang  ikan berloncatan diperut laut.

Aku mahu ketepian, merasai hembusan bayu bukit, melihat pokok bercumbuan membentuk gerakan alam, menyediakan juadah ketenangan yang aku makan hingga kekenyangan

Sunday, April 18, 2010

Suara Itu...

Suara itu sayup kedengaran. Gemanya semakin kuat tetapi butir bicara masih kelam.

Lantunan itu semakin jelas menusuk ke telinga. Bersilih ganti  memaksa gegendang bekerja lebih kuat.

Lancar bacaannya menghiasi halwa telinga. Semakin meninggi memenuhi segenap ruang rumah ini.

Tiba-tiba bingar itu terjeda. Kucuba mengamati masih adakah pemilik suara itu?...

Ia kembali mengalun mengikut rentak ciptaannya. Sekejap berhenti mungkin mencari rentak atau mengingati bait-bait itu. Suara itu berkumandang lagi mengulang-ulang dari baris pertama, kedua, ketiga dan kembali ke baris pertama sehingga lengkap hingga titik terakhir.

Sedang asyik gema suara mengalun, sergahan lain muncul bertingkah antara keduanya. Semakin nyaring suara itu semakin kuat teriakan yang menyanggah. Ketawa kecil kedengaran, mungkin ada sebutan atau kesilapan menyebut sesuatu mencuit hati mereka.Terjeda seketika, sunyi dan terus menghilang. Hanya deru nafasku yang kedengaran..




Akhirnya aku tersenyum mungkin mereka sudah letih. Biarkan mereka berehat seketika mengambil tenaga kerana  mereka esok akan kembali bertarung dimedan yang pencaknya terlalu jitu.


Aku berdoa semoga mereka dapat mengeluarkan jurus yang telah mereka pelajari kerana aku melihat mereka begitu bersungguh-sungguh berlatih memahirkannya.

Kepada semua yang membaca atau terbaca, marilah sama-sama kita doakan mereka dapat menjawab peperiksaan syafawi esok bagi tahun dua dan lusa bagi tahun satu dengan jayanya.

Ya ALLAh Lancarkanlah lidah mereka menjawab soalan, kurniakanlah kejayaan kepada mereka didunia dan akhirat..amenn

Saturday, April 17, 2010

Graffiti

Assalamualaikum wbrth...

 Kredit: Here
Kredit:Here
Kredit: Here

Graffiti adalah coretan pada dinding. Jika kita melihat kepada sejarah graffiti, manusia primitif yang terawal menggunakan sebagai simbol komunikasi semasa pemburuan. Hip hop sering dikaitkan dengan grafitti kerana grafitti termasuk dalam salah satu elemen hip hop.

Grafiti digunakan sebagai wahana untuk meluahkan penetangan kepada sesuatu keadaan sosial atau politik. Budaya ini juga sering dikaitkan dengan vandalisme yang merosakkan harta awam atau persendirian. Ini berbeza dengan masyarakat palestin yang kini ditindas oleh zionis menggunakan Grafitti sebagai tempat meluahkan rasa dan harapan mereka. 

Grafitti yang dihasilkan membawa mesej kemanusiaan agar masyarakat luar mampu merasai apa yang telah ditanggung oleh mereka sambil menyatakan impian mereka yang mahu hidup seperti manusia lain. Kreativiti yang dianugerahkan digunakan dengan sebaiknya sebagai tempat mereka menghamburkan perasaan yang terbuku di sudut hati.

Anda dapat melihat hasil graffiti mereka di sini:

http://bestyoulike.com/?p=428
http://stephenspillane.blogspot.com/2006/12/graffiti-on-wall-palestine.html
http://www.flickr.com/photos/43405897@N04/4360570256/in/photostream/
http://therighteye.wordpress.com/2009/02/07/save-palestine-graffiti/
http://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Graffiti_in_the_Palestinian_territories
http://www.demotix.com/news/graffiti-separation-wall-
http://www.khtt.net/page/13391/enwest-bankpalestine
http://fiveprime.org/flickr_hvmnd.cgi?method=GET&sorting=Interestingness&page=2&photo_type=250&noform=t&search_domain=Tags&photo_number=50&tag_mode=all&sort=Interestingness&textinput=bethlehem,graffiti&search_type=Tags

Credict to All page..


Sumber:

http://id.wikipedia.org/wiki/Grafiti
http://en.wikipedia.org/wiki/Aerosol_paint
 http://en.wikipedia.org/wiki/Hip_hop