Sunday, April 13, 2014

Dia

Jelas kedengaran butir bicaranya.

Begitu bertenaga.

Antara memberi kefahaman dan melontarkan nasihat. Sesekali cuba untuk membuka dimensi fikir agar pendengar dapat menikmati dengan penuh kepuasan.


Saat itu, meskipun jasad kami dipisahkan oleh dinding-dinding dan bunyi kipas yang berputar, suaranya tetap mampu menjentik cuping telinga.

"siapa yang begitu bersemangat mengajar?" soalku pada teman yang sedari tadi asyik membaca.

"oo, itulah .....".

locengpun mengejutkan aku daripada lamunan. Dihadapan pintu seorang pemuda melemparkan senyuman.

Selepas bersalaman dan bertanya khabar kami berpisah untuk melunasi amanah yang terpundak dibahu ini.






Friday, February 7, 2014

Tersentap

Semakin menjauhi..


Apa rasamu jika selama ini engkau fikir kelakuanmu hanya sekadar mencuit-cuit walhal realiti merobek dan mencarik. Engkau membaca dan memahami akan tetapi seringkali dalam pelaksanaan ia hanya sepi.

Akhirnya engkau harus bersyukur kepada Allah kerana ia masih sayang dan cinta pada dirimu walaupun jika ingin dinilai seringkali cintamu pada Nya terpalit kecurangan.

Engkau dapat pelajari bahasa mampu memainkan peranan dalam membelai ataupun mencubit.

Akhirnya, engkau harus akui yang dirimu sering menjauh...

Dengan ilmu engkau akan mampu mencari jalan yang lurus..

Semoga terus tetap diatas jalan yang diredhai-dicintai.

Saturday, January 12, 2013

Sejuta warna satu rasa?

2013 Tahun terbaik untuk rakyat.begitulah tajuk akhbar pada 12 hari yang lepas.  Terbaik yang bagaimana? Definisi yang mana harus dilihat? apakah mengikut apa yang sana atau yang sini?.Mungkin itu yang bermain dalam sesetengah mereka - pemilik  pemikiran yang kritis.

Azam saya mahu....

Azam Akak mahu.....


Azam Kami mahu tukar..


Segala macam azam yang ada; berbeza mengikut kemahuan, keadaan dan keperluan. Apa-apa pun didoakan semoga azam yang baik - mengikut neraca Allah akan dikabulkan. Bisa terjadi pada pandangan manusia ia tersangat baik pada awalnya, penghujungnya terzahir sebaliknya.

Pemerhatian saya, permulaan tahun ini sedikit hangat. sejuta warna berlaku sembari satu rasa bersatu. Tafsiran hangat pula begitu rencam. anda bebas memilih tafsiran supaya tidak wujud paksaan ataupun kezaliman.

 semoga azam kita tercapai...

Thursday, November 29, 2012

Kebekuan adalah terlindung

Adakah itu kata-pemikiran seorang dikatakan pendeta. Dangkal-memualkan. Saat mereka sedang bergelut-menuntut hak mereka. Kita dalam keenakan mengunyah roti dan mentega berkata itu dan yang pasti menyakitkan. Hati yang punya kepercayaan akan tersentak. Kemanusiaan adalah sifat yang membezakan binatang dan juga insan. \

Atas dasar manusiawi ia tidak diterima-ditolak. Apalagi yang cuba diungkap-dikhayalkan. Semuanya kelihatan candu atau mungkin dadah yang akan menjadikan kita tenggelam dalam kenikmatan. Kata bisa memberi kuasa menghancurkan besi waja atau menjadi pedang yang merobek jiwa.

Berfikirlah sejenak. Renungi apa yang dideritai oleh mereka agar kita bisa merasa-bersama kerana kita adalah sama. Kesamaan pegangan atau mungkin kesataraan rasa atas sifat manusia. Adakah itu yang dibawa oleh sang kekasih atau itu kedangkalah kamu yang terkeliru-terbelit dalam mempelajari sebuah hikmah. Pandanglah sebuah salji yang kaku,tiba saatnya akan mencair-berlalu.Kemudian mekarlah bunga-bungaan melakar keindahan; bunga dan juga haiwan. itu semua adalah pelajaran-panduan untuk kita memerhatikan.