Monday, June 30, 2008

Musim panas dan AbC

Tajuk entry aku hari ini agak pelik sikit tapi dalam maknanya. Hanya yang merasai akan mengetahui makna yang tersirat. Di saat cuaca yang membahang ini, aku sering terfikir alangkah indahnya dapat minum air batu campur ( abC ). Cuba bayangkan betapa nikmatnya dapat menelan air batu yang dicampur dengan sirap, susu kacang dan ramuan yang lain hingga melayakkan namanya air batu campur. Kalau ada orang malaysia yang jual aBc di mesir ini, aku berani jamin la memang boleh kaya la.

Aku rasa Malaysia sekarang memang bertambah laris jualan air batu campur ekoran pemanasan global dan yang paling penting sekali isu minyak naik yang mampu membakar hati rakyat malaysia. Kemarahan yang tidak dibendung hingga ada pihak merancang untuk mengadakan himpunan sejuta rakyat malaysia pada 6 julai ini. aku menanti apakah akan berlaku apa yang dirancang atau sebaliknya. Aku berharap kalau berlaku perhimpunan ini, tidak ada kejadian yang tidak diingini terjadi.


memang mengamcam betul abc ni

ni lagi power.kehijau-hijauan colournya.


ni ok jugak ni.

Aku teringan kata kawanku ulamak memberitahu "harus minum air sejuk pada musim panas kerana seluruh anggota akan bersyukur". Gambar atas abc untuk menyejukkan badan pada musim panas. Manakala gambar bawah untuk menurunkan suhu kepanasan rakyat malaysia.





Sunday, June 29, 2008

Picture lagi

Aku upload lagi gambar untuk korang tengok. Apa yang penting, aku harap dengan melihat keindahan ciptaan Allah ini dapat melahirkan rasa syukur dan menambahkan iman kepada Allah.


Gambar alex dari atas Qal'ah Qaitbay

Kubu Qaitbay

Maqam Nabi daniel

Masjid nabi daniel

Qal'ah Qatbay



Ini gambar masa matahari terbit di Gunung Sinai. Pada entry yang lepas aku ade cerita pasal kecantikan matahari keluar dekat sinai. Jadi aku upload jugak untuk tatapan korang











ok la semua. harap anda semua berpuas hati. Tengok, fikir dan bersyukur atas nikmat-Nya.Assalamualikum.adios.

Saturday, June 28, 2008

Jaulah lagi

Disaat entry ini di publish, mungkin diriku telah jauh meninggalkan bumi Kaherah. Kali ini aku akan mengembara ke muhafazah matruh siwa. Perjalanan yang akan ditempuhi selama 4 hari 4 malam. Aku tidak berapa tahu apa yang ada di matruh dan siwa. Dari cakap-cakap orang matruh ni pantainya cantik, siwa pula ada oasis. Jadi aku tidak dapat memberi gambaran yang jelas tentang tempat yang aku pergi ini. Apa-apa pun aku sajikan gambar matruh siwa yang aku search dari yahoo.

Apa yang aku harap dari anda semua adalah doa agar perjalanan aku selamat. Doakanlah moga-moga jaulah aku kali ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.amin...

Friday, June 27, 2008

Picture

Seperti yang dijanjikan. Hari ini aku memaksa diriku untuk mengupload gambar semasa jaulah ke muhafazah alex. Aku sajikan beberapa gambar yang aku rasa perlu korang tatap. Aku harap korang berpuas hati la dengan gambar ni. kalau tidak puas hati korang boleh kunjungi sendiri muhafazah alex ni dan ambil gambar sebanyak-banyaknya.



Pantai alex




pantai alex



pemandangan matahari terbenam dari pantai mandarah

cantik jugak matahari terbenam di alex ni. Kalau korang nak tengok matahari naik kat gunung sinai (tur sinai) tempat nabi Musa bermunajat kepada Allah lagi cantik.pelancong jepun memang ramai pergi kat situ semata-mata untuk menyembah matahari.


Maktabah iskandariah

Maktabah Alex

Antara senibina yang memukau di Mesir.


Istana Raja Farouk

Istana raja farouk ini terletak dalam montanzah. Istana ini sekarang dah kosong la dan sedang dalam pengubahsuaian dan pembaikpulih.ok la semua adios malitos .sayonara.