Showing posts with label jiwa. Show all posts
Showing posts with label jiwa. Show all posts

Saturday, November 14, 2009

Rencam

Sudah lama kumengimpi tapi belum menjadi realiti.Sudah lama kumencuba tapi belum berhasil. benda yang sudah berada ditangan kadangkala boleh hilang inikan pula benda yang belum kelihatan. Kutekadkan hati kupateri di minda agar halangan hari ini bisa kutempuh dengan jaya tanpa melupakan  kepada yang memberi segala kekuatan.




Senyuman yang diukir tiada seri, pandangan yang terarah hambar, lantunan kata berbasi-basi. Hati yang kosong bisa menjadikan jagat ini suram. Hegemoni hati adalah sangat besar dalam gerak dan langkah. Benarlah kata Sang Kekasih bahawa hati itu adalah raja. Kejernihan hati bisa memandui kearah yang baik begitulah sebaliknya jika hati yang diseliputi dengan titik hitam. Hati yang putih menatijahkan kelakuan yang menyenangkan tetapi jika hati itu berpenyakit bisa bobrok dunia ini. Hati tempat tinggal bagi rasa suka, sedih , marah dan sebagainya.

Senyumlah
Jika disakiti yang terasa adalah hati, yang menanggung pedih adalah hati. Bila disayangi yang berputiknya kasih adalah dihati yang menjalar di segenap ruang hingga menyinari di wajah dan berpadu bersama langkah. Alunan kalamullah dan zikir bisa melahirkan hati yang tenang yang mampu mengalahkan tenangnya air disumur. Hati yang disirami dengan cinta Allah tidak hanyut atas kesenangan tidak tengelam dalam kesusahan. Susah dididik dengan sabar senang diajar dengan syukur akhirnya yang tuai adalah ganjaran pahala.

Thursday, October 8, 2009

Luahan Hati



Peristiwa semalam menyebabkan hati ini semakin rindu padaMu. Walaupun aku tidak mampu untuk rapat denganMu mungkin aku curang dalam percintaan ini. Aku mendakwa mencintaiMu tetapi namaMu amat sedikit bermain dibibir. Hatiku selalu melupaiMu kerana dipenuhi cinta pada benda. Apa yang disukai olehMu sering ku pandang enteng.



Salam dari kejauhan mampu ku bisikkan dalam nada kesayuan. Semoga semalam menjadi saksi bibit cinta ini makin berputik dan InsyaALLAh akan mekar dan terus memenuhi kalbu ini. Aku mohon pada Allah semoga cintaku pada kekasihku ini akan terus dibajai dan membuahkan pohon yang rendang diwarnai oleh kuntuman bunga yang berseri.

Walau jarak yang memisahkan tapi ketahuilah semua itu tidak menjadi penghalang bagiku untuk membuktikan cintaku padaMu. Semoga Suatu hari nanti aku bisa bertemu dengan Mu melalui lewat mimpi atau jaga kerana semua itu adalah mungkin. Semoga kakiku yang hina ini masih diberi peluang untuk berpijak di tempat suci itu dan menjadi tetamuMu....




Ya Allah tambahkanlah cintaku padaMU dan pada KekasihMU...
amin.....

Sunday, October 4, 2009

Sedarlah


Bingung...

Itulah yang bermain di minda ini. Walaupun hidup dalam satu negara tapi masih lagi mempunyai hati yang kotor. Sanggup membiarkan saudara serumpun mati tanpa pertolongan. Apa yang mereka fikir kelangsungan hidup dan periuk nasi mereka.



Kanak-kanak yang tidak berdosa mati kerana bantuan yang disekat. Ya ALLAh bukakanlah pintu hati mereka..... Tak terfikirkah akan teguran dari Allah kepada kita wahai manusia. Gempa bumi,tsunami itu semua adalah teguran Allah untuk kita agar bisa lagi membetulkan apa yang khilaf. Semoga taubat sempat dipohon sebelum ajal datang menjemput...

Saturday, January 17, 2009

Dua dalam satu

Selamat hari lahir untuk Ayahku yang tercinta, moga rahmat Allah sentiasa bersama denganmu ayah. Moga Allah taala terus merahmati, memberi rezeki, keampuanan dan thabat dalam perjuangan. hamba mohon maaf andai ada membuatkan hati ayahanda terguris dan jutaan kesyukuran kerana mendidik anakmu hingga menjadi manusia. segala jasamu itu akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran pahala dan insyaAllah menatijahkan syurga amin...


Pada tarikh kelahiran ayah penduduk Kuala Terengganu akan mengundi untuk memilih pemimpin bagi membawa suara mereka di dewan rakyat. moga kejayaan untuk mereka yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat. kepada semua pengundi, diharap dapat memilih calon yang berwibawa dan yang membawa mereka kepada mengenal Allah. memilih pemimpin adalah suatu yang amat berat kerana mereka yang akan mencorak arah tuju kita di masa akan datang...


Akhir kata selamat hari lahir untuk ayahku dan selamat mengundi. undi anda adalah rahsia...

Friday, January 16, 2009

Children see... Children Do... Make your influence positive





Lihat , renung dan fikirkan. Jangan jadikan our next generation menjadi hilang nilai murni dalam diri mereka, hilang adab dan akhlak Islam. Jangan salahkan mereka jika suatu hari mereka akan kurang ajar pada anda kerana mereka belajar semua itu daripada anda. Kanak-kanak itu lahir dalam keadaan firah yang suci. Kitalah yang akan membentuk mereka agar menjadi seperti pohon yang walaupun kita menjolok untuk mengambil buah tetapi tetap mengeluarkan buah. Jangan jadikan mereka seperti lebah bila dilontar batu akan mengejar orang yang melontar.


semua harus mengembeling tenaga agar generasi akan datang lahir sebagai generasi yang akan mengamalkan ajaran islam yang syumul dan menjadi pembebas bumi Palestin yang tidak mampu kita bebaskan dari cengkaman zionis pada hari ini. ketahuilah next generation adalah permata yang perlu digilap kerana mereka adalah pemimpin masa akan datang yang akan membawa panji-panji Islam agar tidak terus diperkotak-katikan oleh musuh-musuh Islam.

Thursday, January 15, 2009

Save palestin




Bantulah mereka dengan segala kemampuan yang ada, tidak kira dalam ape bentuk hatta sekadar menadah tangan memohon kepada Allah kerana doa adalah senjata orang mukmin. Dengan doa mampu menukarkan hati yang keras kepada lembut jika diizinkan, dengan doa peluru itu tidak mampu menembusi tubuh umat islam,doa mampu menghancurkan musuh-musuh islam tetapi ingatlah doa akan dikabulkan setelah syarat-syarat doa dipenuhi.


photo from

Tuesday, December 23, 2008

panorama

nothing

Pertamanya selamat pengantin baru diucapkan kepada temanku ustaz ِAzizi yang telah mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya ustazah nor Hura semoga berkekalan hingga ke akhir hayat…

با رك الله لكما وبارك عليكما و جمع ببينكما في الخير


BUNGA CAMELIA

Minta maafla sebab lambat wish ,biasa la perkhidmatan internet tiada jadi lambat sikit la. Semua artikel ini diupload menggunakan belas ihsan teman yang ada internet. Jika sifat ihsan tiada maka semua artikel tidak akan dipublish berlalu dimamah waktu menunggu saat kan hilang nilainya. Bila nak buat kenduri ustaz Azizi , dah lama kempunan nasi minyak.hehehe

Kepada ustaz Ikram yang telah muncul dengan blog yang makin mantap “reborn ” katanya…tahniah kerana buat perubahan.harap-harap lepas ini tulisan dalam blog makin mengusik jiwa mengetar hati yang membaca.

Wednesday, December 10, 2008

SEJuk

Bila musim sejuk makin sejuk maka badan akan ditimpa pelbagai penyakit. Hidung selsema, badan rasa nak deman pastu bibir pecah. Itu perkara biasa bila berlaku pertukaran musim. Nak buat macam mana aku anak jati Malaysia masih alah dengan cuaca tapi masih tega untuk berjuang.

Pagi tadi masa keluar rumah, bahang kesejukan menusuk di tulang. Bila cakap keluar asap macam duduk di eropah la pulak. Aku terfikir masa takbir raya haji nanti mesti banyak lagi asap yang keluar mesti tambah bersemangat untuk bertakbir. Tapi satu penyakit yang sangat bahaya pada musim sejuk ialah tidur. Beralaskan tilam yang empuk berselimutkan Saratoga tidur anda bisa tidur seenak-enaknya. Semua orang mesti malas untuk bangun dari katil hanya duduk dalam Saratoga. Semua nak jadi kuih lipat. Nak masak mesti fikir dua tiga kali sebab air sangat sejuk apalagi nak keluar rumah.. pasal mandi jangan ditanya la.nak ambik air sembahyang pun basuh yang wajib. Tambahan pulak rumahku tidak mempunyai sakhonah(alat pemanas air). Jadi mandi mesti dua kali seminggu itupun kalau mandi . badan tidak berbau,tapi kalau duduk di Malaysia jangan buat sebab cuaca lain.

Tapi masa musim sejuk kalau nak pergi jalan dekat kawasan padang pasir memang sedap sebab tidak panas. Masa ini biasa pelajar Malaysia akan ke Sinai untuk mendaki jabal(bukit) Sinai dan menjelajah kawasan sinai yang penuh dengan sejarah nabi-nabi especially nabi Musa. Kalau sebelum mendaki hujan pasti ada salji walupun tidak banyak seperti Negara yang bersalji. Tahun ini kalau ada rezeki aku pun nak mendaki punjak Sinai.Masa ini la nak pergi pyramid sebab pyramid sangat panas kalau pergi musim panas. Bila panas mood nak berjalan memang turun.



salji di puncak sinai

Musim sejuk juga pelajar azhar akan berhempas pulas untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaab fasal satu akan ditempuhi. Moga Allah permudahkan untuk menjawab peperiksaan dan najah.amin….







4/12/08
6 zulhijjah 1429
5.00pm
arsalan street

Tuesday, September 2, 2008

Sekadar renuNgan

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu
masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni
sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....


mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu
siaran siam .....
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakanuntuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit
dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak.
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ...
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat
mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter
memandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain
benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang
mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter
sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...

kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat
jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak
ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap
malam selepas maghrib anak mak ini
berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2
mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah
untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil