Friday, February 20, 2009

Coretan Kembara




Impian untuk menjelajahi semenanjung Sinai untuk kali kedua berjalan lancar seperti yang dirancang. Kadang-kadang timbul perasaan tidak percaya kerana segala tempat yang ingin dituju dapat dilakukan tanpa karenah yang banyak dari kerajaan Mesir memandangkan sekarang pasca peperangan dan semenanjung Sinai sangat berhampiran dengan ma’rokah tersebut. Jutaan kesyukuran dipanjatkan pada Allah kerana dengan izin dan inayah-Nya dapat merealitikan segala impian.



Setelah tiga jam berhempas pulas Jabal Thur Sina yang berketinggian 2285 meter dari permukaan laut dapat ditawan buat kali kedua walaupun kali ini menuntut lebih pengorbanan dari tahun lepas. Tanpa semangat dan dorongan sahabat-sahabat mungkin perkara ini tidak akan terjadi. Pelbagai perkara yang mewarnai pendakian kali ini antaranya ada sahabat yang terpaksa merangkak untuk ke puncak, kekejangan otot, menaiki unta dan sebagainya. Semua ini dilakukan semata-mata untuk merasai pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Musa As. Bila ini terjadi, kita bisa berfikir bahawa sesuatu yang bernilai mana mungkin bisa diperolehi tanpa sebuah pengorbanan.

Sebelum pendakian kami sempat melawat maqam Nabi Soleh, kesan lembu samiri yang menjadi tanda kekufuran , melihat maqam Nabi Harun dari kejauhan kerana keterbatasan waktu dan sempat juga untuk melihat kesan ketukan batu yang dilakukan oleh Nabi Musa yang memancarkan dua belas mata air di Wadi Arbaien.



Noktah hasinah atau kubu lama Israel yang kalah kepada mesir dalam peperangan tiga penjuru dengan pertolongan salah seorang ulama’ Al-Azhar Syeikh Halim Mahmud rahimahullah yang bermimpi bahawa hanya dengan air sahaja yang mampu untuk mengalahkan tentera Israel yang membina benteng yang ampuh setelah tentera Mesir hampir mati akal.

“ BERJALAN BERMUSAFIRLAH,
MELIHAT KEAGUNGAN ALLAH,
MENINJAU MENITILAH,
RAHSIA CIPTAAN ALLAH. ”

2 comments:

Anonymous said...

Owh ust dah masuk kali kedua ke Sinai..kami masih rindu-rinduan untuk ke sana lagi...banyak pengalaman dan pengajaran dikutip semasa kami di sana, Insya Allah kalau berkesempatan kami nak ke sana lagi, ust post lah gambar banyak2.

Btw, ada tak gambar kat Ramsis?

Nothing Special said...

mari ah g pulok.tapi thn nie ramai org cina muslim naik. sejuk tahun lps lagi. cune thn nie masa turun lalu kut kg Nabi Ilyas as. letih skit ah masa turun.