Thursday, May 7, 2009

Salam Terakhir

Salam terakhir.

Pertamanya saya ingin memohon maaf atas kesilapan yang mungkin berlaku semasa berinteraksi di alam maya ini. Sepuluh jari saya susun memohon maaf andai ada hati yang terguris, terluka dan sebagainya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada yang sudi menjenguk blog ini walaupun banyak kekurangan yang ada. Kedatangan anda merupakan satu penghargaan bagi saya kerana ada yang sudi untuk membaca coretan diri ini.

Saya akan berhenti dari mencoretkan sesuatu di blog ini kerana patah hati dengan apa yang berlaku. Sejujurnya diri ini masih lagi minat akan menulis tambahan pula melihat ramai kawan-kawan menghasilkan penulisan yang agak menarik hati. Ditambah pula dengan percambahan blog yang semakin banyak membicangkan isu yang pelbagai mampu menarik diri ini agar berkarya. Kadang-kadang ingin saja menjadi ahli politik agar kecelaruan yang berlaku dapat di selesai, ingin saja menjadi ustaz agar dapat menyampaikan ilmu tetapi aku sedar aku adalah aku yang penuh dengan kekurangan..

akan ku biar blog ini wujud dialam maya moga ditelan masa dan menjadi satu kenangan dan ingatan buat diri...

terima kasih semua.....

5 comments:

Syahiddmilikku said...

syeikh..
awat jadi lagu nih?
macam ada krisis ja?
x yah la delete blog ni.
banyak perkara kita boleh buat.
syeikh, relax dulu dari dunia blog kemudian sambung bila keadaan dah ok.
relax syeikh.

Unknown said...

Assalamualaikum wbt,

Saya tak pasti kenapa. Namun, setiap orang akan rasakan perasaan yang sama apabila detik dan ketikanya tiba. Pada saya, setiap blog ada nilaiannya masing-masing. Begitu juga blog ini. Harap saudara akan tetap teruskan setelah berehat nanti.

Salam bloggers.

toqki said...

salam..

bidin bakpe mu ni..
relaxlah.. best tulisan mu.. sedih aku baca posting mu ni

nk ngs wase..relax ar boh

aku janji, pahni aku komen byok diposting mu:) senyum skit

toqki said...

saya sayang bidin hahaha

mrsbintang said...

salam..kena mesti stop dari berblog lak? patah hati...itulah lumrah dalam kehidupan kita kena cekal menghadapinya..xmolah sesedih teruskan karya anda untuk berblog erkk..kita nantikan entry terbaru awak :)