Saturday, June 20, 2009

khutbah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah agak lama menyepi saya terpanggil untuk menulis sedikit coretan moga bermanfat untuk pembaca.
Berkongsi sedikit yang saya dapat ambil dari khutbah jumaat yang lalu.
Khatib membacakan hadis yang saya tidak ingat matannya,
tetapi apa yang disebut dalam hadis tersebut adalah menyuruh kepada mereka
yang bergelar ibubapa agar mengajarkan kepada anak-anak mereka tiga perkara.


Tiga pekara tersebut adalah mengajar anak mencintai Rasulullah saw,
mencintai ahlibaiti Rasulullah saw dan yang terakhir membaca al-Quran.

Mencintai Rasulullah saw adalah sangat dituntut dan kemanisan iman akan
dapat dirasai oleh mereka yang mencintai Rasulullah saw.
Rasulullah saw sangat mencintai umatnya sehingga sebelum menghembuskan nafas yang terakhir baginda
masih lagi memikirkan tentang umatnya. Sayugialah bagi kita mengenali Baginda dan mencintai baginda
dengan mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah.

Mencintai ahlibaiti Rasulullah saw adalah perkara yang sangat mulia kerana mereka adalah
orang yang sangat rapat dengan Rasulullah saw dan merupakan keturunan yang mulia.
Sayugialah lagi dizaman yang orang lebih mengenali artis,aktor
kita tanamkan dihati anak yang kecil mencintai,mengikuti akhlak mereka yang memang patut untuk dijadikan teladan
buat pedoman agar tidak hanyut.


Mempelajari al-Quran adalah ilmu yang mulia kerana ia berkait rapat dengan Kalamullah.
merupakan petunjuk kepada kebenaran dan kebatilan moga menatijahkan kehidupan yang baik di negeri akhirat yang kekal abadi.
dizaman ini juga kita melihat ramai yang tidak mampu untuk membaca al-Quran lalu bagaimanakah dengan solat yang didirikan yang memerlukan bacaan al-fatihah. Sudah tentu keraguan berlaku disitu.

Marilah kita mengembeleng tenaga moga apa yang disuruh oleh Rasulullah dapat kita lakukan yang akhirnya menatijahkan individu yang cemerlang, kelurga yang gemilang dan masyarakat yang terbilang.

1 comment:

Redhwan said...

Bila mung cerita pasal hari bapa ni, aku teringat ke ayoh aku. masuk hari ni doh 22 hari doh ayoh aku meninggal. Apa yang boleh aku lakukan sekarang cuma berdoa agar roh ayoh aku dicucuri rahmat.