Assalamualaikum ......
Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan Alam untuk kita mendiami sementara menuju ke Alam abadi. Selawat dan salam untuk junjungan nabi Muhammad saw,ahli keluarga,sahabat serta mereka yang terus mengikuti ajaran yang ditinggalkan oleh baginda.
Minggu lepas masjid berhampiran rumah saya sudah mula diperbaiki untuk tujuan ramadhan. Bahang ramadhan yang semakin hangat dirasai. Mesir memang hebat menyambut ramadhan seperti malaysia menyambut aidilfitri. Fanoos yang bergantungan menyemarakkan kedatangan ramadhan. Radio dan telivision menyiarkan iklan-iklan ramadhan menghidupkan lagi suasana ramadhan. Tetapi malaysia lebih terkedepan kerana beberapa hari yang lepas saya ada mendengar radio yang mengiklan pasal hari raya dan sememangnya malaysia sentiasa kedepan.
Apa yang perlu bagi kita sekarang adalah memantapkan diri dengan ilmu tentang puasa dari segi niat,rukun dan perkara sunat tentang ramadhan agar natijah dari madrasah ramadhan iaitu melahirkan insan bertakwa tercapai dengan jayanya. Bayangkan jika ada tetamu ingin bertamu di teratak kita pasti kita akan melakukan persiapan yang sebaiknya untuk memastikan tetamu kita selesa dan tidak merungut. Semua perkara yang boleh menjatuhkan air muka kita akan kita hindari agar kita menjadi orang yang terbaik dalam menerima tetamu inikan pula ramadhan yang akan menyajikan kita ganjaran yang tidak mungkin kita akan perolehi dari bulan lain.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sayugialah bagi kita untuk melakukan ramadhan dengan sebaik mungkin agar kita mampu tersenyum di sana nanti. Saya kongsikan video dan audio yang mungkin boleh membantu kita menyambut kedatangan ramadhan..
- Ustaz Azhar
- almuttaqin
-ukhti27.blogspot.com
YA Allah sampaikanlah kami kepada bulan ramadhan dan jadikanlah kami hamba yang menggunakan ramadhan sebaik-baiknya untuk meraih ganjaran yang ditawarkan...
4 comments:
Tak sabarnya nak menghadapi bulan Ramadhan ni.. Mesti bestkan puasa dengan suasana yang meriah kat mesir tu..
Selamat menyambut ramadhan yg penuh keberkatan
btw, Fanuss tu dibuat dari apa, kertas ker. Cantik lah.
salam dari malaysia
bang long pekabar? Selamat menyambut kedatangan shahrul mubarak ini. ambil pengalaman berpuasa di rantau orang, banyak yang akan bang long pelajari. percayalah, suatu hari nanti bang long akan mengerti.
Ok la, sala dari khalah dan pak imie.
mlysia selalu kedepan ea..?
klakor gok mu rupenye..
pandai mu wak lawok..
Post a Comment