Sunday, September 20, 2009

SALAm AIDILFITRi

Assalamualaikum....

Disaat ini hatiku berkecamuk,mata seperti ingin mengalirkan air suci,tapi kutahan kerana ku lihat orang dihadapanku masih steady masih mampu tersenyum. Jadi malulah aku jika tidak mampu menjaga kolam air mata yang bila-bila masa akan merembeskan air. Aku berpaling kekanan, ku tarik nafas dalam-dalam sambil melepaskan secara perlahan dan ternyata rasa aku aku dapat tahan.

Aku perhatikan mata-mata yang lain seperti tersenyum walaupun kutahu mereka juga seperti aku menahan rasa yang jika ditilik maka akan ketahuilah apa yang tersembunyi. Sekejap kupejam sekejap ku celik ah.... akhirnya empangan yang kutahan tadi pecah jua dan air itu mengalirkan kuturun ke bawah,cepat-cepat kusapu agar mereka tidak perasan. Tiba-tiba kawanku berbunyi " weh, ayam dah hangit tu...balikla, tak kan nak makan ayam hangit...itulah antara senario yang berlaku ketika aku membakar ayam untuk santapan di pagi raya nanti....



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

ku kuak langsir kenangan,ku lihat indah pemandangan,hatiku jadi tak keruan,terkenangkan manis berkasih sayang, mekarnya bunga kerinduan ,tersadung di pangkal keasyikan.....dekorasi untukkmu yang kejauhan..



Selamat hari raya untuk keluarga,sanak saudara,sahabat di malaysia dan di perantauan,teman-teman blog dan semua yang mengenali dan yang pernah tersesat disini dengan ucapan maaf zahir dan batin...taqabbalallahu minna wa minkum...

2 comments:

iza~de~bintang said...

selamat hari raya. memang waktu paling sedih untuk anak rantau ialah bila time raya.. kan? tapi bersabarlah yer, semoga bila berjauhan tu menjadikan kita lebih menghargai detak bersama :)
selamat hari raya :)

Nothing Special said...

selamat hari raya jugak...betul 2.nikmat kebersamaan akan ditemui pada kejauhan...