" Cerita mengenai pembunuhan di Bosnia". Ujar sahabatku ketika diri ini bertanya tentang novel yang berada ditangannya.The story of Srebrenica. A novel about the war in Bosnia. Begitulah judul buku yang pertama kali kutatap. Buku yang mengandungi sejarah tentang pembunuhan masyarakat Islam di Bosnia.
Ketika masyarakat dunia terarah kepada negara Afrika tempat berlangsungnya kerancakan piala dunia. Mereka berkumpul untuk mengingati peristiwa yang meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa lima belas tahun lampau. Peristiwa hitam yang cuba disembunyikan kewujudan oleh mereka yang bersalah. Peristiwa pengahapusan etnik atau lebih tepatnya penghapusan agama Islam di Eropah.
Kredit:Here
Srebrenica kota kecil menjadi saksi kedurjanaan tangan-tangan mereka yang hatinya diselubungi kesumat. Kesemua lelaki menjadi buruan untuk disembelih oleh tentera Serbia yang didokongi oleh Jerman. Tujuan mereka supaya tiada lagi zuriat Islam yang akan lahir dibumi Bosnia. Kaum hawa yang tinggal diperkosa sewenang-wenangnya. Srebrenica adalah tempat selamat untuk mereka. Meredahi hutan dengan berjalan kaki menjadi pilihan untuk menyelamatkan diri. Mereka yang ditangkap dibunuh dan dikuburkan dalam satu kubur besar.
Peristiwa yang lebih besar dari 11 september atau pembunuhan yahudi tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya kerana ia adalah melibatkan masyarakat Islam. Media barat tidak membesarkan isu ini kerana ia tidak berhubung kait dengan mereka. Disini peranan media Islam sangat diperlukan untuk menyebarkan agar isu ini menjadi pengingat kepada kita agar tidak lupa akan kesengsaraan mereka.
Para karyawan mungkin boleh mengambil contoh Isnam Taljic dalam menyampaikan sejarah melalui novel agar ia mudah untuk dihadam dan menarik minat tidak seperti membaca buku sejarah yang agak membosankan.
11 Julai 1995
Al-fatihah...
Gambar klik sini
P/s: Bagaimana nasib kapal Libya yang ingin memecahkan penjara terbesar didunia?. Semoga selamat sampai..
No comments:
Post a Comment