Marah, kesian , jengkel dan bermacam perasaan teradun, berpusar-pusar dan bergelojak didalam jiwa. Mengapa insan sesempit itu dalam berfikir. Apakah emosi sudah menguasai akal sehingga kewarasan hilang? atau ia dendam?.
Disaat manusia berpusu-pusu memenuhi. Berkain pelingkat dan berbaju melayu.Beraneka warnanya. Disarungkan songkok atau kopiah dikepala. Kecil,besar, muda atau tua semuanya datang dengan niat yang satu. Anehnya mereka disajikan dengan "hidangan" yang sudah layu dan basi.
Perbezaan politik.
Alasan yang sepatutnya dipasak di kerak bumi yang paling dalam. Dunia yang semakin menuju kehancuran memerlukan pengisian yang baik agar manfaat dapat diberi kepada lautan manusia yang berkumpul. Masih adakah hari yang penghimpunan lebih ramai dari hari ini?
Perasaan kesian yang tadi memenuhi ruang jiwa kini berasak-asak keluar. Kelemahan bacaan ayat quran, penyampaian yang tersekat-sekat. Bukan mahu merendahkan martabat insan tetapi ia berulang-ulang dan ia sekadar contohan. Jika benar mahu mereka yang satu kandang politik untuk mengalas tugas itu carilah yang selayaknya, tidak perlu sempurna kerana kesempurnaan adalah sebuah fantasi.
Jangan kerana kita generasi akan datang menjadi Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.

kredit:sini
4 comments:
pirik maksud dia apa ostat?
he3. pirik tu maksud dia mencubit, melumat-lumatkan, menyepit.
ooo.faham2.time kasih us din=)
Ust pa memang cepat.patut la ckp arab berkepol.
Post a Comment