"Aamannaa birrabil ghulaam "
"Aamannaa birrabil ghulaam "
Itu yang diulang-ulang oleh adikku dan itu jugalah yang aku dengar. Mereka sudah menuju ke kantin. Latihan pentomen sudah selesai. Esok mereka akan mementaskan dikhalayak ramai. Sama seperti teman lain yang mengambil bahagian dalam acara-acara yang berlainan.
Seperti biasa, antara kewajipan yang perlu dilunasi apabila melayani internet adalah Fb. Berhantu. Dahulu,bukan main takut untuk mendaftarkan diri kerana cerita-cerita yang sampai mengerunkan. Hari ini Fb adalah salah satu tempat untuk kita mengetahui tentang berita-berita terkini dan sensasi. Satu persatu disinggahi dan akhirnya penuh tetingkap baru dibuka.
Dewan Ulamak Kesal Hukum Demonstrasi Ditafsir
Luar Daripada Konteks Sebenar
Itu antara pautan yang aku tatap. Yang paling menarik perhatianku adalah kisah Ashabul Ukhdud. Aku membaca dan akhirnya aku temui perkataan itu. Segala yang bermain diminda kini terjawab.
Akhirnya aku ketahui bahawa pentomen yang mereka akan persembahkan adalah kisah Ashabul Ukhdud.
"Aamannaa birrabil ghulaam"
Ia adalah ucapan rakyat yang melihat peristiwa pembunuhan seorang budak oleh raja yang zalim.
Untuk mengetahui lebih lanjut sila baca dipautan ini.
P/s: - Tahniah untuk adikku arif yang menganggotai kumpulan nasyid dan berjaya merangkul tempat pertama.
- Tahniah juga buat adikku Imad yang memenangi tempat kedua dalam pertandingan kuiz.
No comments:
Post a Comment