Maka sang bujang telah bercerita kepada yang serupa dan berbeza status dengannya. Soalan “ kenapa tidak berdua walaupun telah meningkat usia”. Dijawabnya “belum mendapat izin, restu dan pelepasan dari orang tua”. Dikatakan kepadanya oleh yang bertanya “kenapa disiksa akan fitrahnya?”. Sekuntum senyuman dihadiahkan ,dalam tenang dia menjelaskan. “Ekonomi masih belum sasa” itu alas an dari ibubapa.
Maka yang berbeza pun berkata-kata, “jika mahu ekonomi teguh, maka pikun baru ‘merasa’ ”. Dibawakan satu cerita, tentang realiti yang terjadi. Walaupun gaji sudah tinggi tapi masih belum mencukupi. Maka bersuara sang bujang kembali, “sepatutnya qana’ah perlu diamalkan, baru cukup dan tidak kehabisan”.
Yang semisal denganya hanya mendengar, sesekali mengangguk tanda mengiyakan. Dia bukan mendapat tentangan, Cuma belum tiba saatnya. Semoga sang bujang akan dipermudahkan, merasa ia mengikut sunnah junjungan SAW. Pada yang berbeza didoakan moga zuriat terus-menerus dikurniakan dan kekal hingga akhir kehidupan. Yang sedang menuju kebahagiaan dipanjatkan agar lestari dan berkat keturunan.
Telah berkata seseorang, kepada aku dan teman-teman. “ cuba kamu buka surah An-Nur, telitilah pada ayat 32,”
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui. (An-nur: ayat 32)
Maka dalam kitab mu’jam mufahras bagi maudu’-maudu’ dalam al-Quran telah disebutkan pada bab menggalakkan pernikahan ayat diatas dan ayat selepasnya iaitu :
Dan orang-orang Yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) Yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran Yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu Dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat Yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah Yang telah dikurniakan kepada kamu. dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. dan sesiapa Yang memaksa mereka, maka Sesungguhnya Allah - sesudah paksaan Yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (an-Nur: ayat 33).
Pesanku pada yang membaca,untuk penjelasan maka carilah ia pada yang berilmu,jangan hanya pada kitab, kerana takut pada jatuh kesalahan dalam memahami.
No comments:
Post a Comment