Monday, July 28, 2008
Renungan
2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
Saidina Usman Ibn Affan r.a.
Saturday, July 26, 2008
Friday, July 25, 2008
Luahan Rasa
Dua tiga hari ini.aku kerap membaca blog budak-budak jepun yang banyak menyentuh hati kecil ini.Walaupun mereka bukanlah bidang agama tapi tahap kesedaran mereka tentang islam sangat tinggi. Mereka sering mengadakan usrah dan program yang dapat mendidik rohani. Inilah meraka yang akan menjadi golongan protaz.Mampu untuk bercakap tentang islam walaupun sebagai seorang arkitek.
Aku teringat kata-kata ustaz affandi “ Antum berada dalam bidang yang terbaik, tetapi tidak semestinya antum orang yang terbaik”. Bila difikir balik kata-kata ustaz fendi ada benarnya. Berapa ramai yang belajar agama tapi menjadi perosak kepada agama itu. Ini sebenarnya yang harus ada dalam diri pelajar agama,dek kerana anda seorang yang belajar agama janganlah anda merasakan diri anda yang terhebat. Apa yang dinilai oleh Allah ialah tahap ketaqwaan seorang hamba itu.
“ Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu”.(al-hujuraat:13)
Apa-apa pun kepada budak-budak jepun, terus istiqamah dalam mencari mardhatillah. Dugaan dan cabaran pasti akan ada kerana ia akan mematangkan kita. Jadikan cabaran dan dugaan itu sebagai asam garam dalam menuju ke negeri yang abadi.
