Showing posts with label tasliyatul nafs. Show all posts
Showing posts with label tasliyatul nafs. Show all posts

Saturday, November 14, 2009

Rencam

Sudah lama kumengimpi tapi belum menjadi realiti.Sudah lama kumencuba tapi belum berhasil. benda yang sudah berada ditangan kadangkala boleh hilang inikan pula benda yang belum kelihatan. Kutekadkan hati kupateri di minda agar halangan hari ini bisa kutempuh dengan jaya tanpa melupakan  kepada yang memberi segala kekuatan.




Senyuman yang diukir tiada seri, pandangan yang terarah hambar, lantunan kata berbasi-basi. Hati yang kosong bisa menjadikan jagat ini suram. Hegemoni hati adalah sangat besar dalam gerak dan langkah. Benarlah kata Sang Kekasih bahawa hati itu adalah raja. Kejernihan hati bisa memandui kearah yang baik begitulah sebaliknya jika hati yang diseliputi dengan titik hitam. Hati yang putih menatijahkan kelakuan yang menyenangkan tetapi jika hati itu berpenyakit bisa bobrok dunia ini. Hati tempat tinggal bagi rasa suka, sedih , marah dan sebagainya.

Senyumlah
Jika disakiti yang terasa adalah hati, yang menanggung pedih adalah hati. Bila disayangi yang berputiknya kasih adalah dihati yang menjalar di segenap ruang hingga menyinari di wajah dan berpadu bersama langkah. Alunan kalamullah dan zikir bisa melahirkan hati yang tenang yang mampu mengalahkan tenangnya air disumur. Hati yang disirami dengan cinta Allah tidak hanyut atas kesenangan tidak tengelam dalam kesusahan. Susah dididik dengan sabar senang diajar dengan syukur akhirnya yang tuai adalah ganjaran pahala.

Wednesday, April 15, 2009

Taujihat

“Jangan lupa baca al-Quran setiap hari.” Pesan ustaz Hakim kepada kami.

“Dahulukan perkara aulawiyyat. Kita datang sini untuk menuntut ilmu jadi kita mesti memberikan keutamaan dalam menuntut ilmu. Tetapi ana lihat hari ini kita lebih menumpukan kepada perkara sampingan daripada perkara pokok.” Ujar beliau lagi ketika dalam perjalanan ke mator.

“ Perbanyakkan pahala dan minimumkan dosa serta jangan lupa untuk sentiasa bermuhasabah.” Kalam ini disajikan kepada kami ketika tremco melepasi suuq thamin.

“ ana doakan antum semua dapat meneruskan pengajian disini dan jangan lupa doakan kepulangan ana ini membawa sinar pada masyarakat bukan menjadi beban kepada masyarakat.amin.”

Begitulah antara kalam taujihat yang diberi kepada kami sebelum beliau pulang ke tanah air pada petang itu. Kepulangan yang ditunggu setelah berhempas pulas mengutip mutiara yang ada di universiti tertua dan sekarang masa untuk menabur bakti kepada masyarakat. Kalam ini sungguh menusuk hati ini kerana diri ini sudah lama tidak mendengar nasihat dari orang yang berilmu.

Tempoh pengenalan

Saya tidaklah mengenali beliau secara dekat hanya mendengar melalui mulut-mulut teman yang lain tentang beliau. Walaupun beliau tinggal bersama sahabat saya tetapi peluang untuk bertemu mata dan bersua muka amat sukar. Faktor jarak dan kesibukan beliau menjadi penghalang. Allah itu maha berkuasa akhirnya menemukan saya dalam waktu yang singkat bersama mutiara yang ditinggalkan yang menjadi pedoman dalam meneruskan perjuangan.

Tempoh tidak menghalang kita untuk bertaaruf dan tempoh juga tidak menjadi batu penghalang bagi sesuatu ilmu itu dapat disampaikan. Ilmu itu perlu diambil dari sesiapa sahaja asalkan ia bermanfaat dan kita tidak perlu untuk melihat orang memberi tetapi melihat apa yang diberi kerana ilmu itu bisa kedapatan pada sesiapa saja.

Saya doakan semoga kepulangan beliau dan ustaz Amir membawa obor kepada masyarakat.amin


p/s: 19 april ini imtihan syafawi
2 mei – 10 mei imtihan tahriri.

Diharap semua mendoakan kejayaan.amin…..

Sunday, September 14, 2008

Ramadhan

B erlalunya hari demi hari, malam silih berganti siang , sedar atau tidak kita telah menempuh separuh dari Ramadhan. Terasa semalam baru bersua. Merenung kembali saat pertama bertemu hingga kini, apakah amalan yang telah dilakukan , apakah menggunakan setiap waktu dengan membuat amalan atau membiarkan ia berlalu tanpa penghayatan..

Kita tidak mampu untuk berundur ke belakang yang pasti hari ini harus dimaksimakan amalan, usah berfikir untuk melakukannya pada esok hari, kerana esok adalah belum pasti. Apakah diseparuh ramadhan ini kita masih belum menyentuh al-Quran yang merupakan wahyu suci untuk kita sebagai muslim? Apakah kita masih malas untuk membasahi lidah ini dengan zikrullah dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw ? masih berkirakah kita untuk menghulurkan sedekah pada yang memerlukan walhal kita sanggup untuk berbelanja secara boros semata-mata untuk juadah berbuka..Jika ini berlaku kita masih punyai sisa-sisa waktu untuk berubah…

Amalan qiamullai harus dipergiatkan lagi bagi yang dah memulakannya, tetapi bagi yang belum usah tenggelam dengan keseronakan yang sedikit, nyahkan naluri tidur untuk mengejar ganjaran melakukan amalan pada bulan yang digandakan amalan sunat ini. Solat terawikh yang kita lakukan secara berjemaah di masjid harus dimujahadahkan agar tidak tenggelam dengan kemalasan dan unsur-unsur negatif. Jika kita masih mengamalkan sifat mengkeji, memaki hamun, bercakap kotor dan lain-lain sifat yang mazmumah. Ayuh kita tinggalkan agar amalan puasa kita menjadi semakin baik. Kita semaikan benih-benih mahmudah dalam diri kita agar matlamat puasa untuk melahirkan insan yang bertaqwa tercapai.




Carilah malam yang lebih baik dari seribu bulan dalam malam yang ganjil di sepuluh malam yang terakhir, padanya terhimpun rahsia dan barkat . Banyakkan doa untuk diri,keluarga masyarakat khususnya umat islam di palestin yang menanggung seribu satu derita kerana ditindas oleh Israel laknatullah.

. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. :(al-qadr:3)

Marilah kita pasakkan azam untuk melakukan amalan disaat kita masih punyai waktu untuk melakukanya.Janganlah kita sesali setelah ia meninggalkan kita kerna tiada manfaat akan diperolehi.

Sunday, August 31, 2008

MArhaban YA Ramadhan

RAmadhan tiba lagi..APakah anda telah bersedia untuk menyambutnya....JOm sama-sama memeriahkannya..bulan tOP Up amalan...Bulan yang diturunkan Al-quran untuk petunjuk dan furqan...



Ketahuilah ibadah puasa adalah untuk melatih kita menjadi orang yang bertaqwa. raHMat pada permulaannya...pertENGahannya keaMPUnan..... TElepas dari api neraka pengakhirannya....



bersahurlah kerana padanya terdapat berkat.. cepatkan berbuka dan lambatkanlah sahur..



selamat menjalani ibadah puasa.Moga-moga tahun ini kita akan dapat meningkatkan amalan kita. Rebutlah peluang ini.... DUrian runtuh yang hanya setahun sekali.penuhilah malam dengan berqiamullai...banyakkan zikurllah,membaca al-Quran dan tarawikh


<

CArilah malam lailatul Qadar di sepuluh malam yang terakhir kerana padanya lebih baik dari seribu bulan.

Wednesday, August 13, 2008

TAQWA

Ayat al-Quran dah hadis yang menyatakan akan bab taqwa.apakah yang dimaksudkan dengan taqwa?Taqwa ialah melakukan suruhan Allah dan meninggalkan Larangan-Nya.untuk lebih detail....

قَالَ الله تَعَالَى : { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ } [ آل عمران : 102]
Allah Ta'ala berfirman: "Hai sekalian orang yang beriman, bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan." (ali-lmran: 102)

وَقالَ تَعَالَى : { فَاتَّقُوا الله مَا اسْتَطَعْتُمْ } [ التغابن :16]
Allah Ta'ala berfirman lagi: "Bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan sehabis kemampuan kamu." (at-Taghabun: 16)
Ayat ini menjelaskan apa yang dimaksudkan dari ayat yang pertama (maksud sebenar-benar taqwa ialah sehabis kemampuan kamu).

وَقالَ تَعَالَى : { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً} [ الأحزاب :70 ]
Allah Ta'ala berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang betul - sesuai dengan apa yang sesungguhnya." (al-Ahzab: 70)
Ayat-ayat yang berhubungan dengan perintah bertaqwa itu banyak sekali dan dapat dimaklumi.

وَقالَ تَعَالَى : { وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ } [ الطلاق : 2-3 ]
Allah Ta'ala berfirman: "Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan untuknya jalan keluar - dari segala macam kesulitan - dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (at-Thalaq: 2-3)

وَقالَ تَعَالَى : { إِنْ تَتَّقُوا اللهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَاناً وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ } [ الأنفال :29 ]
Allah Ta'ala berfirman: "Jikalau kamu semua bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan untukmu pembeza - antara kebenaran dan kesalahan-, juga menutupi kesalahan-kesalahanmu serta mengampuni dosamu dan Allah itu memiliki kurniaan anugerah yang besar." (al-Anfal: 29)

Adapun Hadis-hadisnya ialah:


1. Pertama: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya: "Ya Rasulullah, siapakah semulia-mulia manusia?" Beliau s.a.w. bersabda: "orang yang paling bertaqwa. Para sahabat berkata: "Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w, menjawab: "Kalau begitu ialah Nabi Yusuf, ia adalah Nabi, putera kepada Nabi dan inipun putera kepada Nabi pula dan ini adalah putera khalilullah (yakni bahwa Nabi Yusuf itu adalah putera Nabi Ya'qub putera Nabi Ishaq putera Nabi Ibrahim yaitu Khalilullah). "Para sahabat berkata lagi: "Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w. menjawab pula: "Adakah kamu bertanya tentang logam-logam (orang-orang yang hebat) dari bangsa Arab? Orang-orang yang terpilih dan hebat dari bangsa Arab itu di zaman Jahiliyah, maka itu pulalah yang merupakan orang-orang yang terpilih di zaman Islam, jikalau mereka faquhu." (Muttafaq 'alaih)
Lafaz Faquhuu jika dibaca dengan didhammahkan qafnya adalah masyhur, tetapi ada yang mengatakan dengan mengkasrahkan qaf, lalu dibaca Faqihuu, yang membawa arti "mengerti akan hukum-hukum syara'."

ا
2. Kedua: Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau - yakni lazat dan nyaman - dan sesungguhnya Allah itu menjadikan kamu semua sebagai khalifah di bumi itu, maka Dia akan melihat apa-apa yang kamu lakukan. Oleh karenanya, maka berjaga-jagalah dari dunia dan berjaga-jagalah pula tipudaya wanita. Sebab sesungguhnya fitnah yang pertama terkena pada Bani Israil adalah dalam persoalan kaum wanita." (Riwayat Muslim)


3. Ketiga: Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohonkan padaMu al-huda (petunjuk), ketaqwaan, al-‘afaf (kebersihan hati dari yang kotor) serta al-ghina (kekayaan hati)." (Riwayat Muslim)



4. Keempat: Dari Abu Tharif, yaitu 'Adi bin Hatim At-to'i r.a., katanya; "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang bersumpah dengan suatu sumpah, kemudian tiba-tiba ia mendapati ada yang lebih taqwa dari apa yang disumpahnya, maka hendaklah memilih ketaqwaan itu (dan membatalkan sumpahnya)." (Riwayat Muslim)



5. Kelima: Dari Abu Umamah yaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah dalam haji wada' - haji terakhir beliau s.a.w. beliau s.a.w. bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah, kerjakanlah solat lima waktumu, lakukanlah Puasa dalam bulanmu - Ramadhan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah ketua-ketua kamu, kamu semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dalam akhir kitab bab shalat dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.®

Segala kekurangan dan kesalahan harap dperbetulkan...©

Monday, August 4, 2008

Lebih baik menderma daripada beli rokok


Salmah Mat Husain
Mon | Aug 04, 08 | 11:04:30 am MYT

KOTA BHARU, 4 Ogos (Hrkh) - Mereka yang gemar merokok disaran meninggalkan tabiat buruk tersebut dan menggunakan wang membeli rokok itu untuk menderma.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak seorang pun pegawai perubatan menyebut merokok tidak membahayakan kesihatan.

"Sekiranya wang berkenaan digunakan untuk menderma termasuk pembinaan masjid, dan sekolah, ia dapat membantu seseorang itu di akhirat kelak.

�Kalau hisap rokok, bukan sahaja tak dapat pahala, penyakit pula yang datang," ujarnya pada satu program di sini, baru-baru ini.





Ketika berucap sebelum itu beliau menyifatkan mereka yang enggan menunaikan ibadat solat seperti melakukan perbuatan kurang ajar kerana tidak mahu mengikut perintah Allah Taala.

"Lebih baik saya mengeluarkan perkataan kurang ajar di dunia ni berbanding balasan neraka jahanam kepada mereka yang tidak mengerjakan solat," katanya.

Menurutnya dalam peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah memperlihatkan kepada baginda bagaimana seorang hamba menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah, kemudian bercantum kembali dan menghantuknya semula berulang kali.

"Peristiwa itu menggambarkan bagaimana balasan terhadap manusia yang engkar tidak mahu sujud kepada Allah sehingga akhirnya mereka terpaksa menghantuknya sendiri," ujarnya. - mj _

Monday, July 28, 2008

Renungan

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Saidina Usman Ibn Affan r.a.

Wednesday, July 23, 2008

5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya;


Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Sunday, July 13, 2008

Kebahagiaan




Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Orang yang beriman inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya bagi orang yang tidak mempercayai dar-akhirat juga ingin kan kebahagiaan didunia. Ukuran kebahagiaan bagi sebuah keluarga bukanlah pada banyaknya harta tetapi pada keharmonian sebuah rumahtangga itu.



Rasulullah saw mngajar kita bagaimana untuk mendapatkan kebahagian sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Hibban maksudnya:

”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”



Hadis ini mengajar kita cara untuk mendapatkan kebahagiaan. Wanita yang solehah merupakan sebaik-baik perhiasaan. Antara cirri-ciri wanita solehah ialah apabila kamu memandangnya ia akan menyenangkan kamu. Rumah yang luas ialah yang memberi kamu keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak serta dapat mengenangkan fikiran apabila berada di dalamnya.

Jiran yang baik adalah antara factor yang menjadi pemangkin dalam mencari kebahagian. Jiran yang baik ialah yang tidak nmenyakiti hati jirannya dan ramah tamah dalam pergaulan. Kita juga disuruh untuk memuliakan jiran sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya:

“:Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (bukhari dan muslim).



Kenderaan yang selesa ialah kenderaan yang mampu membantu kita dalam menjalankan urusan harian. Kenderaan yang mahal tetapi membebankan kita tidak termasuk dalam kategori kendaraan yang selesa.

Marilah kita sama-sama mengamalkan hadis ini agar mendapat kebahagiaan di dunia dan yang terpenting kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

Saturday, July 5, 2008

Jenis-Jenis Tangisan



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

1) Menangis kerana kasih sayang kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.



6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Wara' dalam menuntut ilmu

Sayugia bagi seorang penuntut ilmu perlu ada sifat wara'. Sifat wara' bermaksud membuat sesuatu yang pasti halal. Sifat wara' ialah sifat yang akan membawa kepada sifat zuhud. Dalam kitab تعليم المتعليم ada menyebutkan tentang wara' dalam bab yang khusus.


Rasulullah saw bersabda:' Sesiapa yang tidak memiliki sifat wara' dalam menuntut ilmu,Allah taala akan menguji mereka dengan salah satu daripada tiga perkara: pertama, Samaada akan dimatikan pada usia muda, kedua akan ditempatkan di pendalaman( atau tempat orang sibuk yang tidak mempedulikan ilmu) dan yang ketiga Atau di uji menjadi hamba pemerintah.'

Diantara kepentingan memiliki sifat wara' ini kerana apabila seseorang memiliki sifat wara' maka semakin manfaat ilmunya. Proses pembelajaran semakin mudah dan akan mendapat faedah yang banyak. Antara ciri-ciri orang yang memiliki sifat wara' ialah mereka akan mengurangkan makan, mengurangkan tidur dan mengurangkan bercakap benda yang tidak bermanfaaat.



Diantara sifat wara' ialah menjauhkan diri dari makan makanan di kedai sekiranya boleh kerana makanan di kedai mendekatkan kepada lupa, menjauhkan diri dari mengingati Allah dan makanan di kedai kurang keberkatan. Setiap makanan yang dilihat oleh ramai orang maka makin kuranglah keberkatan makanan itu.