Thursday, July 16, 2009

Cerita Hati


Assalamualaikum semua..

Izinkan saya menulis coretan tentang diri. Disaat jiwa menanggung rindu yang teramat pada bau daun gelam, adik-adik dan wajah mulus ibu dan ayah. Perasaan yang bukan dipaksa tapi lahir dengan fitrah kerana rindu itu adalah anugerah agar kita dapat merasa nikmat kebersamaan yang sering dicuaikan...Sesuatu nikmat bisa dapat dirasa bila kita sudah hilang seperti senang bila datang susah, sihat bila datang sakit dan sebagainya.

Ditambah dengan trip menghantar sahabat pulang ke Malaysia menjadikan rasa itu makin dalam sedalam julang mariana..kerinduan itu dibawa sehingga ke alam mimpi. Tetapi mimpi yang ku alami amat sedih dan aku amat berharap moga mimpi itu hanya sekadar mimpi tidak akan menjadi realiti...dan mimpi itu makin membakar rasa itu agar bahangnya kian terasa dan memasakkan rindu yang mendalam...

Niat dihati aku ingin berada disini tiga tahun tanpa pulang moga Allah memakbulkan impianku dan menghilang rasa yang rindu yang teramat sangat ini. Mengapa rindu ini bertandang disaat ini...doakan Supaya segala urusanku dapat diteruskan dengan jayanya.....

Semoga rasa rindu pada kampung halaman berubah menjadi rindu pada Allah dan NAbi Muhammad saw.....

p/s:Doakan moga dikurangkan rasa rindu...

Wednesday, July 15, 2009

Tahniah

Semalam Penduduk manek urai telah menjalankan amanah untuk memilih pemimpin mereka dan pilìhan mereka ialah abe jie.Mabruk diucapkan pada abe jie dan sekarang amanah terpundak dibahu anda.Jalankanlah amanah dengan sebaiknya dan Allah akan membantu anda dalam melaksanakan tugasan itu.
Kemenangan dengan majoriti yang tipis harus dikaji kenapa dan mengapa berlaku sedemikian. Apa-apa pun lakukan segala yang terbaik untuk penduduk Manek urai agar mereka terus terbela.

Tuesday, July 14, 2009

Balik juga akhirnya

Baru pulang dari airport menghantar roommate pulang ke malaysia.Mula-mula sampai ingat sahabatku keseorangan balik tetapi sebaliknya.Lautan manusia mula membanjiri dan menjadikan airport itu seperti rakyat malaysia yang punya.

Sepatutnya dua kali pergi ke airport tetapi ada kesilapan teknikal berlaku.Sedikit sedih kerana tak dapat hantar salam walhal saya yang semangat menyatakan kesanggupan untuk menghantar beliau tetapi saya tidak menunaikan kesanggupan itu.Maafkan saya.
Mator adalah salah satu percutian saya diwaktu musim panas.
Selamat sampai ke destinasi anda semua.

Monday, July 13, 2009

Doa

Umat palestin mengharapkan doa yang kudus dari kamu.Itu antara kata-kata wakil palestin sebelum menghabiskan syarahannya.
Kita melihat pada hari ini isu palestin seolah-olah hilang.Media tidak lagi mengsensasikan isu ini menyebabkan ia jadi dingin dan membeku.Kita sebagai umat islam seharusnya tidak sama larut dalam kedinginan ini kerana palestin masih lagi belum bebas dari cengkaman zionis.
Doa kudus seharusnya menjadi amalan selepas solat agar umat palestin di beri kekuatan dan pertolongan.Amat malang bagi kita yang tidak menyumbangkan sesuatu walau hanya dengan sepotong doa lewat solat kita. Ayuh kita panjatkan doa moga palestin akan merdeka dan umat islam kembali gemilang.

P/s:selamat pulang kepada Salam,Saiful,Marami dan sahabat semua.Kudoakan semoga selamat sampai dan kembali untuk meneruskan sisa perjuangan yang masih berbaki.