Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Cerita dalam cerita

Cerita 1

Ketika Pak Leman sedang tekun melihat pokok limau yang sudah mula menguning sambil tangannya membuang daun yang dimakan ulat, tiba-tiba dia terdengar deruman enjin kuat dihujung dusun. Dia bergegas kesana. Alangkah terkejutnya beliau melihat buldozer sedang meratah pohon limau miliknya. Dengan segala kudrat yang ada, Pak Leman cuba untuk menahan buldozer dari terus memusnahkan tanaman.  Muncul beberapa orang lengkap bersenjatakan cota memukulnya sambil muncung senapang dihalakan ke kepala. Hanya titisan air mata mengiringi kehancuran dusun kerana dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa setelah digari dan dipukul teruk oleh "PENGGANAS".

***




Cerita Dua.

Mak Joyah selesai menyediakan hidangan tengahari. Setelah selesai doa dibacakan oleh Aiman anak tunggal kesayangannya, deruman enjin jentolak bergema kuat seolah-olah berada hampir dengan rumahnya. Terpancul askar lengkap bersenjata menyuruh beliau dan anaknya keluar.

"Apa semua ini?".

"Rumah kamu harus dirobohkan kerana termasuk dalam rancangan pembinaan penempatan baru".

"Dimana buktinya?". Dikeraskan sedikit suaranya.

Pumm...

Terjelepok Mak Joyah dihentak dengan cota. Darah merah mula mengalir laju. Diseka dengan kain tudungnya. Dengan kudrat yang tersisa dia bangun sambil cuba untuk menghalang jentolak dari terus meroboh kediamannya. Kudrat seorang tua tidak mampu untuk melawan dengan lima orang tentera yang lengkap dengan senjata.

Kanak-kanak itu meluru laju kearah Mak Joyah. Gelak tawa berderai sambil kakinya menendang perut Mak Joyah. Dunia semakin kabur, berpinar dan gelap.

***





Cerita 3

Pong, pong pong...

Hassan segera merebahkan diri diperut perahunya. Hujan peluru tiba-tiba menujahnya. Hanya doa dan al-Quran menjadi perisai.  Keadaan sepi seketika. Nafas kini mula stabil. Kepala dijengukkan sambil berharap tiada marabahaya akan muncul.

Matanya dibesarkan untuk melihat dengan jelas kelibat yang sedang menjauhi dengan bot itu. Tertera tulisan yang sudah dijangka. Dimana lagi dia mahu mencari rezeki jika bukan dilaut ini. Setelah disempadankan kawasan untuk menangkap ikan, hari ini mereka mula bertindak ganas memuntahi peluru.

Dipandang tong ikan yang masih kosong.  Muncung perahu kini bertukar arah. Kayuhan bertukar sekejap kanan sekejap kiri. Itu semua untuk mengimbangi arah perahu bergerak agar tepat menuju ke destinasi. Sayup kejauhan pelabuhan Gaza yang sepi. Sepatutnya pada bulan Mei yang lalu pelabuhan itu akan menerima kapal yang pertama tetapi tidak berlaku kerana kebinatangan israel.





Ini adalah antara babak yang berlaku dalam kehidupan seharian penduduk di penjara terbesar Gaza. israel sering melakukan kezaliman kepada penduduk Gaza. Semoga kita terus berusaha walau dengan sepotong doa agar Gaza dan Palestin kembali merdeka. 



Semoga kita tidak melupakan mereka.



p/s: Bagaimana dengan kapal Libya yang sedang menuju ke Gaza ?..Semoga dipermudahkan dan selamat..

Tuesday, July 6, 2010

Rumah Pasir

 Mereka cuba menghalang pelbagai alatan masuk ke bumi Gaza setelah mereka menghancurkannya. Hari demi hari penduduk Gaza berjaya menunjukkan pada kerajaan haram zionis bahawa mereka mampu hidup walau tekanan diterima. Allah tidak akan meninggalkan hambaNya...





Kredit: AlJazeeraEnglish

Monday, May 3, 2010

Semoga Mereka dapat Sampai

Pelabuhan Gaza detik ini sedang giat dibaiki. Pelabuhan itu akan menyambut rombongan yang membawa bantuan untuk penduduk di penjara terbesar dunia gaza. Pelabuhan ini "mati" setelah terkena bedilan israel. Kerja pengalian untuk menambah kedalam 10m dari 3m sebelum ini untuk kapal berlabuh sedang rancak dilakukan. May ini akan membuka lembaran baru dalam usaha membebaskan Gaza dari cengkaman zionis yang tidak berperikemanusian.






Anda boleh membaca berita ini disini.


Antara kapal yang akan memecahkan tembok itu.






Credit picture here.

Wednesday, October 7, 2009

Hujan Air Mata


bayangkanlah lamanmu berhias api,
sampai bila rumahmu mampu berdiri,
sebelum.. dipunahkan..

bayangkanlah lahirmu ke alam ini,
sampai akhir hayatmu masih merintih,
menagih kedamaian,
dalam hati terlintas satu soalan,
mana hilang .. keinsanan,

bayangkanlah lautmu dilanda taufan,
sampai bila layarmu mampu bertahan,
sebelum dipunahkan,

bayangkanlah jagamu tak pernah aman,
sampai malam lenamu rasa terancam,
kau dalam ketakutan,
dalam hati terlintas satu soalan,
mana hilang keinsanan,
mana hilang kasih sayang,
yang diberikan tuhan,
pada kita insan,
hingga kita biar saja,
hujan airmata yang melimpah,



bayangkanlah lahirmu ke alam ini,
sampai akhir hayatmu masih merintih,
menagih kedamaian,
dalam hati terlintas satu solan,
mana hilang .. keinsanan,
mana hilang kasih sayang,
yang diberikan tuhan pada kita insan,
hingga kita biar saja,
hujan airmata…. melimpah….



Hayati lirik lagu XPDC ini dan ini mungkin sekelumit dari apa yang dirasakan oleh saudara kita di Palestin. Moga mampu menyentuh hati dan jangan lupa lepaskanlah panah-panah doa untuk mereka agar diberi kekuatan agar Al-Aqsa dapat dipertahankan dan kemenangan akan datang bila tiba waktu yang dijanjikan..

Ya ALLAH engkau yang memiliki kekuasaan, berikanlah kemenangan kepada pejuang di Palestin,bantulah mereka,hancurkanlah Zionis dan sekutu mereka.amenn

Sunday, October 4, 2009

Sedarlah


Bingung...

Itulah yang bermain di minda ini. Walaupun hidup dalam satu negara tapi masih lagi mempunyai hati yang kotor. Sanggup membiarkan saudara serumpun mati tanpa pertolongan. Apa yang mereka fikir kelangsungan hidup dan periuk nasi mereka.



Kanak-kanak yang tidak berdosa mati kerana bantuan yang disekat. Ya ALLAh bukakanlah pintu hati mereka..... Tak terfikirkah akan teguran dari Allah kepada kita wahai manusia. Gempa bumi,tsunami itu semua adalah teguran Allah untuk kita agar bisa lagi membetulkan apa yang khilaf. Semoga taubat sempat dipohon sebelum ajal datang menjemput...

Monday, July 13, 2009

Doa

Umat palestin mengharapkan doa yang kudus dari kamu.Itu antara kata-kata wakil palestin sebelum menghabiskan syarahannya.
Kita melihat pada hari ini isu palestin seolah-olah hilang.Media tidak lagi mengsensasikan isu ini menyebabkan ia jadi dingin dan membeku.Kita sebagai umat islam seharusnya tidak sama larut dalam kedinginan ini kerana palestin masih lagi belum bebas dari cengkaman zionis.
Doa kudus seharusnya menjadi amalan selepas solat agar umat palestin di beri kekuatan dan pertolongan.Amat malang bagi kita yang tidak menyumbangkan sesuatu walau hanya dengan sepotong doa lewat solat kita. Ayuh kita panjatkan doa moga palestin akan merdeka dan umat islam kembali gemilang.

P/s:selamat pulang kepada Salam,Saiful,Marami dan sahabat semua.Kudoakan semoga selamat sampai dan kembali untuk meneruskan sisa perjuangan yang masih berbaki.

Friday, July 10, 2009

Antara karamah yang berlaku di bumi palestin

Disini saya kongsikan apa yang diutarakan oleh salah seorang wakil palestin yang menceritakan tentang karamah yang berlaku di sana.

1)Satu peristiwa yang berlaku,apabila kereta kebal tentera israel masuk ke gaza,mereka tidak melihat dan mendapati penentangan dari mujahidin.Lalu masuklah kereta kebal yang lain tiba-tiba muncul mujahidin di belakang mereka dan melontarkan peluru ke atas mereka sehinggalah tentera zionis lari bertempiaran.

2)Apabila mereka masuk ke gaza mereka menghalakan meriam dan kereta kebal ke arah semua tempat.Mereka menembak benda yang bergerak dan tidak bergerak menyebabkan mujahidin tidak dapat menghampiri untuk menyekat kemaraan mereka.Tiba-tiba datang awan yang gelap dan melindungi pemandangan tentera zionis.Mujahidin dapat menghampiri,menembak dan meletupkan zionis.
3)Seorang pemuda yang berada di atas bumbung rumah.Datang kereta kebal untuk menembak rumah itu.Budak itu melompat dan masuk ke dalam kereta kebal dan membunuh semua zionis serta budak itu selamat.

Bersyukurlah pada Allah atas semua pertolongannya.

P/s:update via hanset.