Sunday, January 24, 2010

Jangan Lupakan Asal Usulmu

Dahulu mereka sering bersama tetapi hari ini mereka telah berubah..Jika dahulu mereka belajar berjalan kini bila mampu berjalan sendiri mereka sering mengkritik larian orang pernah berjasa pada mereka. Mereka seolah-olah lupa saat mereka baru bertatih mereka sering diawasi oleh pelari yang dikritik, bila mereka mahu menyembah bumi pelari yang dikritik itu menyambut mereka agar tidak tersembam menyembah bumi menanggung luka dan kepidihan. Begitu suji jiwa pelari megajar dan menjaga mereka.



http://media.photobucket.com/image/kanak-kanak%20berjalan/kafibara/HARIKNK209.jpg


Hari ini bila jalan mereka stabil dan kemas mereka mula berjalan sombong. Dada mereka dikembangkan bersama kepala yang diangkat ke langit, jarang sekali dilihat bumi tempat berpijak. Tangan mereka dihayun melibas lalang yang meliar. Tunggul dan dahan mereka hapuskan seolah-olah lupa dahan dan tunggul itu tempat mereka melepas lelah , menyapu keringat dan mengambil nafas agar mereka mampu meneruskan perjalanan.


Google.com.


Mereka mewar-warkan bahawa cara yang diajar kepada mereka dahulu salah dan sesat. Cara mereka sekarang yang paling betul, benar dan tepat. Mereka lebih memahami kerana mereka sekarang ada sijil dalam bidang itu dan ini. Bodoh dan sombong telah menguasai mereka. Mereka lupa yang pengajar mereka dahulu mengambil masa yang lama sebelum mengajari mereka sesuatu. Pengajar mereka dahulu menuntut ilmu lebih lama dan mendalami sedalam-dalamnya. Jangan kerana hari ini kamu mampu berlari dan sering menang kamu memandang mereka sebagai jaguh kampung. Jika pengajar kamu dahulu masih hidup tentu kamu tidak seangkuh hari ini kerana kamu hanya debu-debu yang berada dibaju mereka yang mampu dikibas-kibas dan akan hilang..Beradablah kamu pada mereka yang lebih mulia daripada kamu...

Friday, January 15, 2010

Paluan Gendang

Assalamualaikum....

Ape khabar semua...harap sihat selalu..

Tujuan hamba menulis warkah ini adalah untuk melahirkan apa yang terbuku dihati ini. Saat warkah hamba ini dibaca oleh tuan puan semua telah berlaku satu peperangan yang menuntut pengorbanan dan persediaan mental yang kental bersama persediaan fizikal yang cekal. Tiada manusia yang gemar akan peperangan kecuali orang yang abnormal.

Sahabat-sahabat sekalian kita tidak selalu akan aman selagi kita di medan ini. Sudah lumrah orang berjuang perlu bersabar dan cekal pada mehnah yang mendatang..Jika dahulu kita bisa bergebang, hari ini tidak mungkin kita mampu mengecapi saat itu. Tiada lagi tawa yang menghiasi wajah. masing-masing berwajah serius. Saat mata bertentang mata tiada lagi jelingan manja yang ada hanya pandangan sinis.


Kredit:http://www.photonhunter.co.uk/~art/sketches/exam.jpg

Ayuh kawan-kawan kita gempur dewan peperiksaan dengan tabah dan tawakal kepada Allah setelah berusaha. Semoga Najah milik kita.......

Ya Allah jadikanlah kami orang yang berjaya dalam ujian dunia dan akhirat..ameen

p/s:selamat menjalani peperiksaan buat teman-teman...

Monday, January 11, 2010

N.a.f.s.u

Nafsu tidak akan pernah kenyang dari kemahuan. Sentiasa meminta untuk dipenuhi walaupun sudah berkali-kali kita melunaskan kehendaknya. Manusia akan menjadi gila jika terlalu mengikut kehendak nafsu yang sentiasa mengheret ke lembah kejahatan kecuali nafsu yang dipandui oleh akal yang berdogmakan panduan yang benar dan suci yang diajari oleh baginda Saw...

Nafsu perlu dididik dengan sifat qanaah agar segala yang dikurnia tidak dipandang sepi dan tidak hanyut dalam tsunami dunia yang tidak berperhentian. Sifat nafsu yang tidak ada noktah terakhir untuk meminta menjadikan manusia sering tewas dalam dakapannya. Segala yang dipandang sedap oleh nafsu adalah bersifat sementara kelazatannya kerana ia akan sentiasa dahagakan kelazatan itu untuk sekalian kalinya.




Kita perlu melatih nafsu dengan skill akhirat agar performance yang ditonjolkan akan melahirkan natijah nafsu mutmainnah yang pialanya adalah syurga Allah yang tidak pernah dilihat oleh mata ,tidak pernah didengar oleh telinga dan hati tidak pernah membayanginya.

Sunday, January 10, 2010

Aura Mereka


Gambar:Dari kiri: Habib Hussein as-Saqqaff Hafizohullah dan Mufti Mesir Al-Alamah Dr ALi Jum'ah Hafizohullah.

 Gambar ini ada aura tersendiri bagi saya. Anda pula bagaimana?..Setiap kali saya merenung gambar ini ada satu perasaan tenang. Senyum terukir dan entah mengapa tidak jemu untuk melihatnya walaupun sudah berkali-kali memandang. Gambar dua orang ulama yang terkenal. 

Habib Hussein as-Saqqaff  Hafizohullah adalah dari keturunan nabi Muhammad saw. Satu yang saya dapat dari pemetiaan saya setiap keturunan  Nabi Muhammad saw kalam mereka mudah untuk difahami, wajah mereka mengundang tenang.. Baru beberapa minggu berkenalan dengan Habib Hussein as-saqqaff Hafizohullah lewat channel youtube. Semoga saya diberi kesempatan untuk bertentang mata dengan keturunan nabi Muhammad saw ini.


Al-alamah dr Ali Juma'ah Hafizohullah adalah ulama tidak asing lagi. Menjawat jawatan sebagai mufti Mesir. Jika kita melihat kepada tenaga pengajar di Azhar pada masa kini kebanyakannya adalah murid kepada Syeikh Ali Jum'ah Hafizohullah antaranya Dr Usamah, Syeikh Ahmad hajain dan lain-lain lagi....

Semoga mereka terus tsabat dalam meneybarkan ajaran islam dan dikurniakan kesihatan...amin..