Thursday, April 29, 2010
Jadilah Awang-Sajak Kuala Berang
Video kredit to nobat80
Lirik kredit to sesekali pensel menari:
Jadilah Awang,
Siang ke ayoh,
Jadilah isap dadoh.
Baliklah Awang tulong ayoh wat khije bbaruh.
Peyingat leboh tebuan janji doh
Mung dia ni dok ketik.
Kubao bbaruh ajok mung kubang,
Kambing ayoh ajok mung khabat bukit,
Ayang lagok ajok mung main galoh panjang.
Baliklah Awang,
Ayoh nok ajor mung semayang berimang,
Dok pasal juge mung bilang bulang bitang.
Awang,
Mung kang laki,
Bakpe dok panda pilih heroing,
Tera dulu makan peta,dok payoh makang ganja.
Tinggallah daun ketung, tera pulok makang ma'jong.
Awang, belajo makang bubur lambok,
Mane tau buleh ganti ubak batuk.
Tinggallah dadoh hei Awang,
Pagi ikut ayoh gi noreh getoh,
Tinggallah syabu ecstacy,
Balik krumoh mok rebuh tongkat Ali.
Awang,
Dulu mung gemuk setuku,
Le ning kuruh ceding, lawo kucing.
Jadilah Awang,
Ayoh ingat lagi jamang budok mung panda cabut ubi,
Ayoh rindu nok tengok mung pikul padi uboh dalam kembong.
Ayoh suke tengok mung dok dangao tarik layuk hambat burung,
Mata kheling anok Klesom.
Jamang mung kecik
Ayoh warning tikuh jangan berambat, takut mung kejut.
Ayoh sms ke katok suruh panggil ujang,
Nok suruhnye mung tido panjang.
Bila mung beso mung jadi hanyut.
Pademu makan bende busuk,
Baik mung makan rumput.
Sedap mate tengok mung gemuk.
Jadilah Awang,
Baliklah ayoh nok suruh mung jadi orang.
Ayoh piak, ayoh debok, bukan benci ke mung.
Mok baloh nge ayoh mmalang,
Mok lari kelek kusang,
Mung tetap mok mmenang.
Kalu tin Milo ayoh tu mahal,
Ayoh nok gada
Nok cari petue dadoh ganja,
Nok suruh mung tinggal.
Awang,
Kita bukang orang kaye.
Ayoh noreh getoh, mok mung jual gambir.
Kalu mung beghenti isap dadoh,
Kulit mung lembut macang kulit ayoh.
Tinggallah dadoh tu Awang.
Baliklah mok nok ajor mung semayang.
hasil ilham:
Brahim - Kuala Berang
Jadilah Awang - Sajak Kuala Berang...
Wednesday, April 28, 2010
Akhirnya Kau Terbang Jua
Alhamdulillah,akhirnya sahabatku dapat terbang jua kembali ke bumi iman dan hikmah untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu setelah berkelana selama dua bulan di kota seribu menara. Halangan yang mendatang telah dihadapi dengan jayanya.
Masalah tiket dan visa yang digembar-gemburkan akhirnya hanyalah sampah permainan. Setelah tiket ditangguh dan visa dibuat mata mereka tidak sedikit memandang apalagi bertanya. Bersabarlah teman itu semua adalah ulam dalam kehidupan agar bisa menambah rasa. Segala simpton-simpton yang menyedihkan kau ludahkan ia dimatar egypt agar bisa kau telan manisannya.
Semoga terus tsabat dalam perjuangan menuntut ilmu disana dan jangan dilupai untuk berdoa semoga kami disini dapat meneruskan saki baki perjuangan yang semakin selesai.
Selamat hari lahir buat sahabatku Hafiz bin Jusoh. Semoga amalan seiring dengan usia dan sentiasa dibawah payung rahmatNya.
p/s: Masa hantar sahabatku terlihat di papan elektronik lapangan terbang penerbangan ke Addis Ababa. Tadi search google akhirnya Addis Ababa adalah ibukota ethiopia. Thanks pac cik google.

Monday, April 26, 2010
gitulah
Malam maren gi ato saing nok balik tempat yer belajo. gi dalam lime orang campur dengan dreba. Sapa airport tunggu dalam setengoh jam sebab sapa awal lajok, jadi kena tunggu la sapa pintu masuk nk check in buke. Bila pintu buke cepat-cepat masuk dalam lalu takut ade masaaloh ker nape-nape ker. Alih-alih ade sungguh masoaloh, dok leh nok check in sebab pegawai kabo tak dok visa. Pastu saing suruh royak ngaji di negara tu. puas kecek dok leh starang. pastu yer nok tiket return pulok. doh ah tiket return ade dekat sabek nung. mana dang nk g ambik jauh tu boh.
pastu kalut kali.try gi kat jabat hok cara tiket kabo ker yer kawan aku ade masaaloh tiket. hok jaga situ oyak ni bukan masaaloh tiket tapi masaaloh visa. pastu gi jupe kastam oyak la ke hok duk jaga situ saing aku ni ngaji kat negara tu wat nape gi nok visa nyer.kang urusan visa wat kat airport negara tu. pastu yer check kat komputer yer. yer kabo bereh tak dok masaaloh. seme pannas lake doh. kapal terbang nk berlepas doh. pesenggan dok leh balik doh geng aku.
dok ulang-alik dari kauter tiket dengan pintu masuk. mintok tiket asal dengan kauter sebab hok dalam nung nok tiket asal pulok. wi tiket asal pun x leh jugak. last kali tepon member suruh tubek. sebab jam pukul 11 doh.kapal terbang tolok pukul 11.15 mana dang doh.
pastu gi jupe kaunter tiket nok uboh tarikh hari lain.kena bayar 50usd pulok.parok tu.leh wat bayor sewa rumoh dgn makan doh tu. nok nangis wase. siang ker saing ambe. sengih-sengih campur maroh. rase nk nyepak orang jah..harap esok urusan yer dengan kedutaan dipermudohkan lah. tapi orang kate ade hikmat lake setiap ujian tu. harap-harap gitulah. duk mikit jugok,kalu kena ke aku memang dok ahu ah nok kate nape.mungkin jerit doh kut.
sape hok bace ning harap doa-doa biar mudoh.
kapal terbang ning ah hok patutnyer saing ambe naik malam.

Saturday, April 24, 2010
Kisah Mereka
Assalamualaikum...
Kulakar cerita tentang mereka untuk dijadikan pelajaran bagi kita, kerana mereka sungguh istimewa dalam bersahabat. Dimalam yang hening, kota ini masih lagi seperti dahulu penghuninya sentiasa bergerak cepat dalam suasana sesak. Kenderaan bergerak pantas menuju kedestinasi. Dalam ribuan manusia itu ada insan-insan yang sedang berjalan mengikut arus yang sentiasa menghambat, membawa barangan belian untuk keperluan hidup. Mereka menaiki bas untuk ketempat yang ingin dituju.
Orang ramai berasakkan memburu tempat untuk duduk. Mereka juga bertanding sama tetapi hanya dua tempat kosong yang tinggal sedangkan mereka berempat. Dua teman sedang melepaskan lenguh sambil yang lain masih berdiri menunggu kekosongan yang waktu akan menentukan ketibaannya. Selang beberapa minit berlalu bangun seorang tua turun menuju ke destinasinya. Semua barangan mereka dipaku oleh teman yang duduk. Asoka pun mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh mak cik itu. Asura masih lagi berdiri sambil tangan memegang erat besi dilelangit bas agar olengan yang muncul tidak menghanyutkan dirinya.
Bas terus meluncur saling berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi. Hon dibunyikan memberi isyarat kepada kenderaan dihadapan agar mengambil jalan kiri untuk pemanduan yang sederhana kelajuan. Wunan tiba-tiba bangun mengosongkan tempat duduk sambil mempersilakan Asura untuk melepaskan lelah. Sungguh Wunan telah menunjukkan sikap yang baik dalam persahabatan untuk dicontohi oleh kita. Susah senang bersama dipraktikkan dengan jayanya oleh Wunan.Begitu ramai manusia yang tahu tetapi amat sedikit yang mengamalkan. Semoga perkongsian ini dapat memberi kita kesedaran agar mampu untuk berkorban tika diperlukan.

Subscribe to:
Posts (Atom)