Assalamualaikum...
Kulakar cerita tentang mereka untuk dijadikan pelajaran bagi kita, kerana mereka sungguh istimewa dalam bersahabat. Dimalam yang hening, kota ini masih lagi seperti dahulu penghuninya sentiasa bergerak cepat dalam suasana sesak. Kenderaan bergerak pantas menuju kedestinasi. Dalam ribuan manusia itu ada insan-insan yang sedang berjalan mengikut arus yang sentiasa menghambat, membawa barangan belian untuk keperluan hidup. Mereka menaiki bas untuk ketempat yang ingin dituju.
Orang ramai berasakkan memburu tempat untuk duduk. Mereka juga bertanding sama tetapi hanya dua tempat kosong yang tinggal sedangkan mereka berempat. Dua teman sedang melepaskan lenguh sambil yang lain masih berdiri menunggu kekosongan yang waktu akan menentukan ketibaannya. Selang beberapa minit berlalu bangun seorang tua turun menuju ke destinasinya. Semua barangan mereka dipaku oleh teman yang duduk. Asoka pun mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh mak cik itu. Asura masih lagi berdiri sambil tangan memegang erat besi dilelangit bas agar olengan yang muncul tidak menghanyutkan dirinya.
Bas terus meluncur saling berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi. Hon dibunyikan memberi isyarat kepada kenderaan dihadapan agar mengambil jalan kiri untuk pemanduan yang sederhana kelajuan. Wunan tiba-tiba bangun mengosongkan tempat duduk sambil mempersilakan Asura untuk melepaskan lelah. Sungguh Wunan telah menunjukkan sikap yang baik dalam persahabatan untuk dicontohi oleh kita. Susah senang bersama dipraktikkan dengan jayanya oleh Wunan.Begitu ramai manusia yang tahu tetapi amat sedikit yang mengamalkan. Semoga perkongsian ini dapat memberi kita kesedaran agar mampu untuk berkorban tika diperlukan.
No comments:
Post a Comment