Monday, July 12, 2010

Pei Pan dan Imam Markisa





Kredit:Disini

kredit:Disini

Lewat 2002 aku mula belajar mengunyah novel. Hidangan pertama yang dikunyah ialah Pei Pan dan Imam Markisa. Hidangan yang dibeli oleh sahabatku ini berjaya memikat lidahku. Sajian yang dimasak oleh chef terkenal diadun dengan bahan-bahan segar dan disempurnakan oleh secukup rasa membuatkan aku mula mencari-cari hidangan seterusnya. Walaupun tidak membeli tapi aku sering menghidu aroma ini melalui teman-temanku yang mampu untuk membelinya.

Setelah berkelana di sahara ini, minat ini semakin mendalam. Kali ini bukan lagi meminati hidangan tetapi mula bercita-cita untuk menyediakan masakan untuk dihidang. Hari ini ia masih lagi sebuah impian dan berharap agar suatu masa ia akan menjadi satu realiti bukan lagi mimpi.

Menjelajahi dari satu kamar ke kamar melihat keindahan dan keunikan sentuhan mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia ini memberi seribu satu rasa yang tidak dapat diterjemahkan oleh kata. Sesetengah mereka tidak lokek untuk memberi tips dan teknik secara terus dan ada juga menyampaikannya melalui karya mereka.

Dalam suka terselit jua duka melihat segelintir mereka yang berkarya tetapi seolah lupa bahawa mereka seperti guru yang menyelitkan ajaran. Jika betul maka khayalak yang membaca akan mendapat manfaat tetapi jika sebaliknya maka mereka akan menanggung akibatnya. Fikirkan dahulu sebelum melarikan pena untuk mencipta patah kata yang terserlah keindahan bahasa agar kita tidak menyesal dihari kemudian.

Tuesday, July 6, 2010

Rumah Pasir

 Mereka cuba menghalang pelbagai alatan masuk ke bumi Gaza setelah mereka menghancurkannya. Hari demi hari penduduk Gaza berjaya menunjukkan pada kerajaan haram zionis bahawa mereka mampu hidup walau tekanan diterima. Allah tidak akan meninggalkan hambaNya...





Kredit: AlJazeeraEnglish

Monday, June 21, 2010

Gigi Blubang



Dahulu

Satu keluarga dibakar akibat gagal melunasi hutang yang dipinjam dari ceti haram 'along'. Mengikut teman rapat, mangsa dikatakan memerlukan wang untuk menampung hidup setelah semua duit simpanan lesap ditipu agen skim cepat kaya yang disertainya. Mayat mangsa dan keluarga dipercayai diseksa sebelum dibakar berikutan beberapa alatan yang mencurigakan dijumpai.




Sekarang.

Satu keluarga hidup dalam ketakutan kerana sering diganggu oleh kumpulan ceti haram 'along'. Ketika Mahabbah Club  mengadakan lawatan bulanan, mereka sekeluarga kelihatan seperti ketakutan. Setelah sesi ramah mesra dan soal jawab akhirnya mereka menceritakan perkara sebenar. Mahabbah Club menasihati mereka supaya membuat laporan polis . Mengikut sumber terdekat, mereka meminjam wang  dengan ceti haram itu untuk dijadikan duit taruhan bagi judi bola sepak yang sedang hangat berlansung.






Picture kredit:Google.com

Tuesday, June 15, 2010

.....

Saat Itali dan Paraguay rancak memburu kemenangan semalam, saya dan Amir menikmati sajian dari tv3. Arjuna begitulah judul cerita yang ditonton. Cerita tentang persilatan yang sudah lama menghilang di skrin telivision. Cerita yang memaksa otak untuk kembali mengingati apa itu semutar hitam, keris hitam bersalut emas dan cerita yang sama waktu denganya. Cerita yang mengangkat seni beladiri melayu. Cerita yang kini sudah hilang dari pemikiran kita.

Walaupun Arjuna tidak dapat memuaskan hati tetapi ia dapat memenuhi kehendak hati yang dahagakan drama sedemikian. Mungkin pengarah filem boleh kembali memikirkan untuk menyediakan cerita yang mengangkat seni beladiri kita daripada filem yang semakin merosakkan minda masyarakat. Tampilkan kembali kehebatan senibeladiri melayu bersama elemen-elemen ketimuran yang semakin terhakis. Nilai ketimuran yang dahulu begitu sinonim dengan masyarakat melayu perlu ditonjolkan agar masyarakat hari ini dapat mengambil faedah.

 kredit: Here

Kita mungkin perlu melihat bagaimana negara Thailand yang mengangkat kembali senibeladiri Muay Thai, China dengan kung fu yang hari ini masih lagi diterima oleh penonton. Saya merindui wanita yang berkelubung kain batik menutup aurat yang penuh dengan sifat malu dan adab-adab ketimuran. Lelaki segak bertanjak, bersampingkan kain pelikat sambil dipinggang tersisip keris senjata warisan melayu. Bahasa yang digunakan begitu sopan sesuai untuk tontonan umum.


P/s: Doakan semoga rombongan yayasan amal yang ingin menyalurkan bantuan ke Gaza selamat dan misi       tercapai. Jangan lupa untuk terus berdoa kepada Gaza dan rombongan yang akan memecahkan kepungan Gaza.
- Doakan kejayaan kami dalam imtihan.