★ The Power of BismiLLAH...

Di Lakar Nothing Special | 5:27 PM | 0 comments »







Makanan yang halal & toyyib sekalipun boleh hilang/sedikit barakahnya jika makan tanpa dimulakan dengan>>> 'BismiLLAH'. 

★ Satu kisah...

Abu Ayyub Al-Ansori menceritakan bahawa suatu hari beliau & para sahabat dihidangkan Rasul صلى الله عليه وسلم makanan.

Beliau berkata: "Aku tidak pernah melihat makanan yang sangat² besar/banyak barakahnya lebih dari makanan itu (yang dihidangkan Rasul صلى الله عليه وسلم) di permulaan kami makan. Namun berlaku sebaliknya pada saat terakhir kami menghabiskan makanan.

Ditanya kenapa berlaku demikian? {Dalam satu tempat & masa -awal & akhir- berlaku 2 situasi yang berbeza -banyak barakah dengan sedikit barakah- padahal masih pada makanan yang sama}.

Jawab Rasul صلى الله عليه وسلم: "Di awal makan kita telah menyebut Bismillah, tapi kemudian ada yang datang makan bersama kita dan dia tidak menyebut BismiLlah maka syaitan pun makan bersamanya."

*Olahan dari Kitab Syamail Muhammadiyyah صلى الله عليه وسلم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم









Kredit: Fattabiouni Malaysia

Tanda Kasih

Di Lakar Nothing Special | 3:35 PM | 0 comments »



❀ Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها berkata: Tatkala aku melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada dalam keadaan baik, aku berkata: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.

♥ Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun mendoakannya: Ya Allah! Ampunilah dosa ‘Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang-terangan.

❀ Lalu Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها ketawa kegembiraan sehingga kepalanya jatuh ke riba Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kerana terlalu gembira.

♥ Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: Apakah doaku menggembirakanmu?

❀ Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها menjawab: Kenapa tidak, aku begitu gembira dengan doamu itu.

♥ Lantas Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun bersabda: Demi Allah! Inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat.

(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243).

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 





Copy :from :Fattabiouni

Kisah yang agung

Di Lakar Nothing Special | 12:29 PM | 0 comments »



Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.

Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”

Imam bertanya: “Apakah doa itu?”

Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”



COpy From.Fattabiouni Malaysia..

Fahamilah...

Di Lakar Nothing Special | 3:28 PM | 0 comments »




Maksudnya:

Mereka berkata : Malang bagi manusia yang tidak memahami bahasa Inggeris. Mereka sukar


 untuk memahami kata-kata manusia.


Aku berkata : Malang bagi manusia yang tidak memahami bahasa Arab. Mereka sukar untuk 



memahami kata-kata Tuhan manusia.


Terjemah:Abdullah Haris