Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

Hari ini bulan zulhijjah 1429 telah meninggalkan kita. 1 muharram 1430 telah menjengah kita. Ini beerti umur kita makin meningkat dan mati makin menghampiri kita. Mahu atau tidak masa lalu telah meninggalkan kita, hari ini dan mendatang akan terus dilalui sehingga tiba saat yang di tentukan oleh Allah.

Apa yang yang diimpikan pada tahu lalu adakah tercapai atau tidak kita perlu menghadapi masa yang mendatang dengan impian yang baru atau merealitikan impian yang lalu yang masih belum tercapai. Mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah nabi Muhammad saw dan para sahabat yang mempertahankan islam sehingga kita hari ini diberi nikmat oleh Allah untuk menganuti agama fitrah yang suci lagi lurus ini. Bagaimana perpaduan yang ditunjukkan oleh kaum Ansar dan muhajirin walaupun tidak mempunyai ikatan kekeluargaan tetapi ikatan persaudaraan islam yang kuat menyebabkan mereka sanggup untuk melebihkan saudara mereka dari diri mereka sendiri. Tetapi kita hari ini walaupun beragama islam tetapi ikatan persaudaraan itu agak hambar sehinggakan kita lebih mementingkan diri sendiri dari saudara kita sendiri mengakibatkan umat islam menerima nasib malang di bumi palestin, iraq dan yang paling hampir dengan bumi Malaysia ialah Indonesia.

Bila tiba satu muharram kita mengadakan sambutan maal hijrah, mengadakan perarakan, menobatkan tokoh maal hijrah, selawat dan nasyid tetapi adakah sekadar hanya untuk itu pengertian kita tentang hijrah. Sesungguhnya pengorbanan golongan ansar dan muhajirin adalah kerana mereka ingin melihat islam itu kekal suci dan menjadi millah dalam kehidupan kita. Sejauh manakah kita mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan kita itu yang perlu di muhasabahkan.

Intipati dari peristiwa hijrah ialah pengorbanan. Untuk melakukan sesuatu penghijrahan samaada dari segi untuk kecemerlangan akedemik bagi pelajar, kenaikan pangkat bagi pekerja atau sebagainya memerlukan suatu pengorbanan samaada dari segi masa, tenaga dan juga wang ringgit. Jika penghijrahan dilakukan tanpa pengorbanan maka sesuatu hijrah itu tidak akan berjaya.

Kita sebagai umat islam harus melakukan hijrah dari perkara buruk kepada yang lebih baik terutama dari segi amalan kita sebagai hamba yang akan mengadap Tuan semesta alam. Memaksimakan kebaikan dan meminimumkan keburukan perlu di impikan dalam hati menjadi agenda utama bagi tahun baru ini. Impian dunia dan akhirat perlu di seimbangkan.



Selamat menyambut maal Hijrah.

gambar uPLOad from

Thursday, December 25, 2008

Alhamdulillah hajat untuk ziarah syeikh Jamal terlaksana juga. Setelah sekian lama memendam hasrat untuk kesana kali ini baru tercapai. Perjalanan mengambil masa selama dua jam menaiki tremco dengan bayaran sebelas geneh(matawang mesir).

Masa sampai di Damanhur tok iman baru menghabiskan khutbah yang pertama. Jadi sempatlah untuk solat jumaat di masjid dalam mahattah yang cantik yang bebas dari kontaminasi. Seusai solat berkeliaran mencari kedai buah-buahan untuk buah tangan. Setelah hampir sejam menunggu syeikh Jamal pun tiba untuk menjemput. Setelah itu kami menaiki taksi yang memakan masa selama lima minit untuk ke rumah beliau.

Setelah beramah mesra kami dihidangkan dengan juadah yang menyebabkan perut kami kekenyangan.Juadah yang dimasak oleh isteri beliau memang best sehingga menjilat jari sebab sunnah .Tapi memang masakan isteri beliau sedap sampai semua orang tambah nasi . Kami pulang ke kaherah selepas maghrib. Syeikh Jamal sempat memberikan kalam taujihat kepada kami dan seluruh pelajar Malaysia di sahara desert agar bersungguh dan istiqomah dalam pengajian agar pulang membawa ijazah dan ilmu yang berguna untuk masyarakat di Malaysia.



p/s:
isteri syeikh Jamal sedang mengandungkan anak yang ketiga.
Syeikh Jamal sampaikan salam kepada semua ex-mtant dan seluruh penduduk padang midin dengan ucapan السلام عليكم. كل عام وانتم بخير

Tuesday, December 23, 2008

panorama

nothing

Pertamanya selamat pengantin baru diucapkan kepada temanku ustaz ِAzizi yang telah mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya ustazah nor Hura semoga berkekalan hingga ke akhir hayat…

با رك الله لكما وبارك عليكما و جمع ببينكما في الخير


BUNGA CAMELIA

Minta maafla sebab lambat wish ,biasa la perkhidmatan internet tiada jadi lambat sikit la. Semua artikel ini diupload menggunakan belas ihsan teman yang ada internet. Jika sifat ihsan tiada maka semua artikel tidak akan dipublish berlalu dimamah waktu menunggu saat kan hilang nilainya. Bila nak buat kenduri ustaz Azizi , dah lama kempunan nasi minyak.hehehe

Kepada ustaz Ikram yang telah muncul dengan blog yang makin mantap “reborn ” katanya…tahniah kerana buat perubahan.harap-harap lepas ini tulisan dalam blog makin mengusik jiwa mengetar hati yang membaca.

Saturday, December 13, 2008

DAMIetta

Hari ini aku nak cerita tentang muhafazah Dumyat. Dumyat terbahagi pada dua iaitu dumyat jadid (baru) dan dumyat qadim(lama). Jadi aku nak cerita pasal dumyat jadid. Sebelum ini aku pernah cerita dah pasal Dumyat ini , tapi bukan dalam blog ini tapi dalam blog sulung aku. Pada pertengahan bulan November baru ini aku pergi pulak sekali lagi. Hajat dihati nak pergi masa musim panas tapi masa tidak mengizinkan.

Dumyat jadid memang best sebab tempatnya tenang jauh dari hiruk piruk kota macam kaherah. Dengan rumah yang beraneka bentuk ditambah pula rumah di dumyat jadid berwarna bukan macam kaherah rumah warna sama dengan debu. Maklumlah dumyat jadid bandar terancang macam Alexandaria. Sebab itu la aku suka pergi dumyat. Orang arab dumyat pun baik dan ramah mesra. Bila duduk di dumyat jadid rasa macam duduk di Malaysia dapatlah menghilangkan rindu.

Satu tempat yang menarik di dumyat ialah ra’su bar. Tempat ini ialah tempat pertemuan antara sungai Nil dan laut. Kita dapat tengok nampak warna air laut yang kebiruan dan sungai nil yang kejernihan bertemu tapi tidak besatu. Perkara ini terjadi untuk menunjukkan kekuasaan Allah.

ia biarkan air dua laut (yang masin dan Yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.
diantara keduanya ada penyekat Yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; (Ar-Rahman 19-20)



Al-Azhar cawangan Dumyat




Pada musim sejuk yang sedap sekali ke dumyat apabila kerang telah memunculkan diri insyaAllah pada pertengahan bulan satu. Kerang yang bersaiz sebesar tapak tangan. Memang teruja apabila melihat. Setakat ini coretan tentang dumyat. Bila kerang naik nanti akanku upload gambar untuk tatapan.



5/12/08
7 zulhijjah 1429
10:12 am
arsalan street.

Wednesday, December 10, 2008

SEJuk

Bila musim sejuk makin sejuk maka badan akan ditimpa pelbagai penyakit. Hidung selsema, badan rasa nak deman pastu bibir pecah. Itu perkara biasa bila berlaku pertukaran musim. Nak buat macam mana aku anak jati Malaysia masih alah dengan cuaca tapi masih tega untuk berjuang.

Pagi tadi masa keluar rumah, bahang kesejukan menusuk di tulang. Bila cakap keluar asap macam duduk di eropah la pulak. Aku terfikir masa takbir raya haji nanti mesti banyak lagi asap yang keluar mesti tambah bersemangat untuk bertakbir. Tapi satu penyakit yang sangat bahaya pada musim sejuk ialah tidur. Beralaskan tilam yang empuk berselimutkan Saratoga tidur anda bisa tidur seenak-enaknya. Semua orang mesti malas untuk bangun dari katil hanya duduk dalam Saratoga. Semua nak jadi kuih lipat. Nak masak mesti fikir dua tiga kali sebab air sangat sejuk apalagi nak keluar rumah.. pasal mandi jangan ditanya la.nak ambik air sembahyang pun basuh yang wajib. Tambahan pulak rumahku tidak mempunyai sakhonah(alat pemanas air). Jadi mandi mesti dua kali seminggu itupun kalau mandi . badan tidak berbau,tapi kalau duduk di Malaysia jangan buat sebab cuaca lain.

Tapi masa musim sejuk kalau nak pergi jalan dekat kawasan padang pasir memang sedap sebab tidak panas. Masa ini biasa pelajar Malaysia akan ke Sinai untuk mendaki jabal(bukit) Sinai dan menjelajah kawasan sinai yang penuh dengan sejarah nabi-nabi especially nabi Musa. Kalau sebelum mendaki hujan pasti ada salji walupun tidak banyak seperti Negara yang bersalji. Tahun ini kalau ada rezeki aku pun nak mendaki punjak Sinai.Masa ini la nak pergi pyramid sebab pyramid sangat panas kalau pergi musim panas. Bila panas mood nak berjalan memang turun.



salji di puncak sinai

Musim sejuk juga pelajar azhar akan berhempas pulas untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaab fasal satu akan ditempuhi. Moga Allah permudahkan untuk menjawab peperiksaan dan najah.amin….







4/12/08
6 zulhijjah 1429
5.00pm
arsalan street

Wednesday, December 3, 2008

MUsim itu TIBA LAgI

Bulan zulhijjah kini tiba lagi. Bulan ini orang akan cakap pasal pergi haji dan Raya Haji atau idil Adha. Jadi hari ini aku nak cakap pasal pergi haji. Semua umat islam akan berpusu-pusu untuk ke Mekah Al-mukarammah bagi yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji yang sangat di tuntut sekali dalam seumur hidup untuk dilakukan. Jutaan umat islam akan berkumpul untuk menunaikan rukun haji yang bermula dari ihram hingga ke tawaf wida’. Kesatuan umat islam dapat dilihat dengan berpakaian ihram yang putih walaupun berlainan kulit,bahasa tapi bersatu di bawah payung keimanan, jika ini berkekalan pasti bumi Palestin sudah mampu untuk dibebaskan.

Berbalik pada cerita haji, kalau dahulu orang tua-tua kita pergi ke Mekah dengan kapal. Tiga bulan baru sampai, tapi sekarang macam-macam pengakutan yang disediakan. Di Malaysia biasa orang naik kapal terbang, Jordan biasa naik bas manakala Mesir biasa naik kapal laut. Zaman serba moden, jadi pengakutan pun semakin maju. Tapi kadang-kadang bila sesuatu itu susah untuk kita dapat ia lebih manis dan kesannya lebih mendalam.

Untuk bakal haji harap persiapan dari segi mental dan yang terpenting ilmu itu sudah mantap agar menatijahkan haji yang mabrur bukan haji malboro kata Ustaz Azhar. Jangan sampai di tanah Haram baru duduk belek kitab, hantar sms ke ustaz bertanya hukum itu dan ini, semua itu harap di mantapkan sebelum mengijakkan kaki di tanah suci.. Sebelum pergi pastikan jiwa suci kerana anda akan ke tempat yang suci. Apa yang penting bagi bakal haji harap bersabar dalam liku yang dihadapi dalam persiapan, perjalanan pergi dan balik serta masa duduk di tanah haram.

Kawan-kawan aku ada jugak pergi haji tahun ini ku doakan agar kalian mendapat haji yang Mabrur.. Harap sampai depan kaabah tolong la doa moga diri ini sempat untuk menunaikan ibadat haji walupun sekali dalam seumur hidup.

Kepada semua bakal haji diharap mendapat haji yang mabrur…amin…….





4:42 pm
28 zulkaedah 1429
November 26, 2008

Sunday, November 30, 2008

IA DATANG LAGI

MIGRAIN

Setelah lama tidak bertandang, hari ini ia bertamu kembali. Rasa itu kembali bagaikan ingin menyentap ubun-ubunku. Seluruh kekuatanku tidak dapat menahan rasa itu. Ia kembali bagaikan harimau kelaparan, menerkam kepalaku, merobek urat-uratku. Baru terasa diri ini benar-benar kerdil berbanding yang Maha Kuasa Allah tuhan yang menciptakan rasa itu…




Memori lama mekar kembali, apabila saat ini , tangan lembut itu akan mengusap ubun ini. Memberi kata semangat agar bersabar diatas musibah ini. Menutur bait-bait kata yang sangatku impinkan. Terngiang-ngiang di cuping telinga madah-madah itu, tetapi apakan daya, aku kini jauh di rantau orang. Rasa ini akan menyedarkan bahawa nikmat sihat itu sangat manis dan ia perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.

Simpton-simpton itu telah mula kelihatan pada malam kelmarin tetapi makin menjadi-jadi hari ini ketika azan asar berkumandang. Disaat diri sedang mengadap komputer. Tiba-tiba pening pun datang bersama raya loya. Ku gagahkan diri untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Apabila ia datang, segala aktiviti akan terhenti kerana aku hanya mampu untuk berada di tempat beradu untuk berehat dan terlena . Bangun menunaikan solat maghrib, rasa loya semakin kuat menatijahkan semua makanan yang dimakan sebelumnya dimuntahkan. Aku bersyukur kerana setelah muntah ia akan rasa lega. Itulah yang diungkapkan oleh doktor sewaktu kali pertama aku disyaki terkena penyakit ini…

“ awak pening sebelah mana? Kanan ke kiri?” Tanya doktor..

“sebelah kiri, bila pening jadi macam mata stail nak kabur pastu lepas muntah kurang sikit rasa”. Kataku pada doktor.

“memang apabila muntah tekanan akan keluar bersama ”. terang doktor .

Malam ini rasa itu semakin berkurang. Alhamdulillah jutaan kesyukuran kupanjatkan dan semoga sakit ini akan mengugurkan dosa-dosa kecilku. Coretan ini terhenti disini kerana otak masih mampu tidak mampu untuk dimaksimakan. Harapan agar anda sudi untuk mendoakan agar penyakit ini sembuh..


27 ZULKAEDAH 1429 HIJRAH
25 NOVEMBER 2008
1:05 AM
ARSALAN STREET

Saturday, November 29, 2008

Tertipu lagi

Sudah lama tidak mengupdate blog ini. Apa boleh buat, jauh di lubuk hati menyimpan hasrat untuk mengupdate blog tetapi dinafikan oleh akal yang tidak mampu mencurahkan idea. Kadang-kadang diriku terfikir bagaimana orang lain sentiasa ada idea untuk mengupdate blog mereka. Harap-harap lepas ini idea akan selalu mencurah agar blog ini sentiasa ada yang baru.

Hendak dijadikan cerita, hari ini seperti biasa, bawwab rumahku datang mencuci tangga, ini adalah salah satu cara untuk mereka mendapat duit. Apabila tiba dihadapan pintu rumahku tanpa segan silu bawwab mengetuk pintu. Walaupun belum melihat siapa yang datang aku sudah dapat mengagak dengan cara ketuk pintu separa sakit hati. Kalau orang Malaysia tidak akan ketuk pintu seperti itu.

“Khomsah wa sab’in ,”itu yang terpancul dari mulut bawwab.

Aku pun terus ambil pitis dan bagi pada bawwab.lepas bawwab itu blah aku pun duduk relax sambil menatap komputer.tiba-tiba ketukan kali kedua kedengaran. Aku melihat melalui lubang pintu muka bawwab lagi, muka yang akan menghabiskan pitis aku.

“Khomsah wa sab’in Kaman” , bawwab mintak pitis lagi.

Watpe nak pulak pitis. Bawwab pun kabo sebab yer basuh lantai.aku pun wi la pitis. Ape yang menarik setiap kali bawwab mintak 75 sen aku wi 5.75 sen. Mula-mula dok perasaan lagi.lepas bawwab tu balik.aku mari mikir. Bawwab mintak 75sen tapi aku wi 5.75 sen. Soh doh aku salah wi.memang kaya ah bawwab malam tu, mesti beli roti ish hok mahal kali, dokpun makan KFC malam 2, Fiona jadi gok. Aku jugak hidup dalam tekanan sebab hilang 11.50. patut ah bawwab tu rajin pelik malam tu, kena-kena boleh makan besar.


Moralnya, lain kali dengar molek nape bawwab sebut, lepas tu kena rajin lagi belajar bahasa arab sebab nombor pun tukor lagi.huhuhu..


8:56 pm..
11/12/08
rabu malam khamis
rumah tuson…

p/s: tulisan skema campur rojok….tulis dalam tekanan..lepas ni ingat pah bile-bile ah…

Wednesday, October 1, 2008

SElamat Hari Raya

Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengan rahmat dan inayahNya dapat kita menjalani ibadah puasa, moga-moga ibadah puasa itu diterima..amin….

Setelah kita menjalani ibadah puasa selama sebulan, maka Allah menganugerahkan hari raya sebagai hari kemenangan untuk kita yang berjaya menahan hawa nafsu di bulan ramadhan..

Hari raya dah tiba, jadi saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kedua ibubapa, keluarga, sanak saudara, guru-guru, sahabat-sahabat dan semua rakyat Malaysia andai ada silap dan salah.. saya juga dengan rela hati memaafkan segala silap dan salah orang pada saya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Disini dicoretkan adab-adab dan perkara sunat yang patut dilakukan ketika menyambut kedatangan ramadhan:

- ucapan takbir pada malam hari raya bermula terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbir sembahyang raya.
- mandi sunat hari raya.
- memakai pakaian yang bagus
- memakai wangian dan membuang bau yang tidak elok
- makan dan minum sebelum ke masjid untuk menunaikan solat idulfitri



Makan tokmiyyah dengan roti isyh,
Roti isyh dibeli di tusun,
Kalu ada silap salah,
Harap maaf 0-0…

SELAmat haRI raYA……….. maaf zahir dan batin…..

Kullu am’ wa antum bi khair

Tuesday, September 30, 2008

Lembah nil pada malam ini seperti biasa, bingit hon dan zibalah yang bertaburan membuatkan lembah ini sentiasa hidup. Sikap rakyatnya yang memandang enteng akan aspek kebersihan menjadikan lembah ini berlaku kontaminasi yang teruk.Lautan manusia yang beraneka ragam membuatkan lembah ini bertambah hidup. Sungai nil yang mengalir tenang membawa seribu rahmat dan rezeki kepada penduduknya.

Syari’ Arsalan seperti hari-hari yang lain sunyi, Cuma kadang-kadang kesunyian ini dicemari dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang. Rumahku ini turut terkena tempiasnya dek kerana ahli bait yang hanya tinggal dua orang sahaja.Sayup-sayup kedengaran alunan muzik dan suara yang seolah bunyi seperti himar menandakan ada majlis perkahwinan. Tiba-tiba hati ini berfikir, bilakah diri ini akan mendirikan masjid. Rasa itu segera dinyahkan, belum tiba waktu yang sesuai untuk difikir akan hal itu.





Hati ini tiba-tiba sayu teringat akan pelbagai peristiwa sedih yang mewarnai ramadhan kali ini. Bermula dengan berita pemergian bapa kepada dua orang sahabatku di permulaan ramadhan. Moga pemergian mereka pada bulan ramadhan menjadi rahmat dan ditempatkan dikalangan para aulia,wali-wali Allah dan para solihin.Episod duka itu terus menghimpit diri ini dengan perpisahan dengan dua seniorku iaitu ust Khairil dan ust Husin. Dua permata shoubra ini pulang untuk menabur bakti di negaraku mendidik anak bangsa agar menjadi sebenar-benar hamba dan manusia. Disaat manusia semakin hilang pedoman mereka diharap membawa obor untuk menerangi manusia.Kepulangan mereka menandakan kehilangan hackers-hackers di shoubra.






Bumi Theresa juga sunyi dek kerana kepulangan warganya. Hilai tawa yang dahulu sering kedengaran kini hilang. Tiada lagi bunyi suara ust Hashim yang sering menceriakan suasana dengan jenakanya dan gelagatnya. Mee sup dan nasi ayam beliau yang berjaya menaikan nafsu makan mungkin tidak akan dapat dinikmati lagi. Ulul absar juga kehilangan bek kiri kental iaitu saudara ust Adnin yang juga telah menamatkan pengajian di perlembahan nil ini. Tiada lagi senyumam yang sering terukir di bibir beliau.

Namun kedukaan tidak akan selamanya, Allah itu maha adil, tidak akan membiarkan hambanya dalam kedukaan dihadiahkan pula kegembiraan untuk hambanya. Namun berapa ramaikah hambanya yang bersyukur?....

Kedatangan pelajar baru ke ardul kinanah ini mengubat episod duka perpisahan. Seramai tujuh orang telah mendaftarkan diri untuk menyambung pengajian dalam bidang qiraat. Buat pendatang baru ingatlah bahawa lembah nil ini ada firaun dan Nabi Musa. Kalian harus bijak untuk memilih.

Jemari ini bagaikan berat untuk terus belari diatas keyboard. Minda ini bagai ketandusan idea seumpama tandusnya bumi sahara ini…….

Ila liqa’ Maassalamah……ja matta….


Gambar-gambar insan yang ku sebut dalam artikel ini akan diupload kemudian...

Saturday, September 27, 2008

PIndah LAGi

Jutaan kesyukuran kepada Allah tuhan sekalian alam kerana nikmat dan kurniaanNya dapat lagi kita menghirup udara dan nikmat berada dalam bulan ramadhan yang akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Moga-moga kita diberikan peluang untuk beribadat kepadaNya dan bertemu dengan Lailatul qadar..amin

Artikel ini mungkin yang terakhir sebelum berhijrah ke tempat baru yang tidak mempunyai internet, jadi fahamlah kalian bahawa blog ini mungkin akan dipenuhi dengan sawang-sawang yang tidak tahu bila akan dibersihkan. Mungkin sawang itu akan kekal terpatri kejap diblog ini. Tetapi kuberharap moga sawang-sawang itu akan terusir dengan kehadiran artikel-artikel yang akan ku usahakan kemunculannya.

Tempat yang baru yang kuberhijrah ini moga lebih bermanfaat untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan yang belum selesai dan semakin mencabar. Di era gobalisasi yang memerlukan mujahad dan pengorbanan yang tinggi demi untuk merealisasikan cita dan hasrat yang ditanam. Moga ku akan menggunakan setiap saat dan tika dengan perkara yang lebih berfaedah dan memberi pulangan yang baik untuk diri ini, agama, bangsa dan Negara.



(ku dambakan kedamaian itu.....)

Proses penghijrahan perlu dilakukan untuk kemajuan diri, kita disuruh untuk mentajdid kan iman kita kerana ia sentiasa naik dan turun, untuk memperolehi sesuatu yang bernilai kita perlu untuk memaksimakan usaha, persekitaran yang baik adalah salah satu faktor yang menjadi pemangkin kepada kejayaan seseorang. Persekitaran yang sihat dan bersih akan melahirkan kedamaian manakala persekitaran yang tidak begitu baik akan melemahkan daya saing seseorang. Cabaran yang banyak akan mematangkan seseorang tetapi kita juga perlu menilai kemampuan diri agar kita tidak hanyut dibawa arus.

Coretan kali ini terhenti disini, ku dambakan doa kalian untuk meneruskan sisa perjuangan. Ku berharap moga tempat baru akan memantapkan lagi diri ini untuk menuntut ilmu.

Sunday, September 14, 2008

Ramadhan

B erlalunya hari demi hari, malam silih berganti siang , sedar atau tidak kita telah menempuh separuh dari Ramadhan. Terasa semalam baru bersua. Merenung kembali saat pertama bertemu hingga kini, apakah amalan yang telah dilakukan , apakah menggunakan setiap waktu dengan membuat amalan atau membiarkan ia berlalu tanpa penghayatan..

Kita tidak mampu untuk berundur ke belakang yang pasti hari ini harus dimaksimakan amalan, usah berfikir untuk melakukannya pada esok hari, kerana esok adalah belum pasti. Apakah diseparuh ramadhan ini kita masih belum menyentuh al-Quran yang merupakan wahyu suci untuk kita sebagai muslim? Apakah kita masih malas untuk membasahi lidah ini dengan zikrullah dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw ? masih berkirakah kita untuk menghulurkan sedekah pada yang memerlukan walhal kita sanggup untuk berbelanja secara boros semata-mata untuk juadah berbuka..Jika ini berlaku kita masih punyai sisa-sisa waktu untuk berubah…

Amalan qiamullai harus dipergiatkan lagi bagi yang dah memulakannya, tetapi bagi yang belum usah tenggelam dengan keseronakan yang sedikit, nyahkan naluri tidur untuk mengejar ganjaran melakukan amalan pada bulan yang digandakan amalan sunat ini. Solat terawikh yang kita lakukan secara berjemaah di masjid harus dimujahadahkan agar tidak tenggelam dengan kemalasan dan unsur-unsur negatif. Jika kita masih mengamalkan sifat mengkeji, memaki hamun, bercakap kotor dan lain-lain sifat yang mazmumah. Ayuh kita tinggalkan agar amalan puasa kita menjadi semakin baik. Kita semaikan benih-benih mahmudah dalam diri kita agar matlamat puasa untuk melahirkan insan yang bertaqwa tercapai.




Carilah malam yang lebih baik dari seribu bulan dalam malam yang ganjil di sepuluh malam yang terakhir, padanya terhimpun rahsia dan barkat . Banyakkan doa untuk diri,keluarga masyarakat khususnya umat islam di palestin yang menanggung seribu satu derita kerana ditindas oleh Israel laknatullah.

. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. :(al-qadr:3)

Marilah kita pasakkan azam untuk melakukan amalan disaat kita masih punyai waktu untuk melakukanya.Janganlah kita sesali setelah ia meninggalkan kita kerna tiada manfaat akan diperolehi.

Tuesday, September 2, 2008

Sekadar renuNgan

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu
masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni
sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....


mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu
siaran siam .....
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakanuntuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit
dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak.
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ...
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat
mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter
memandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain
benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang
mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter
sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...

kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat
jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak
ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap
malam selepas maghrib anak mak ini
berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2
mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah
untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Sunday, August 31, 2008

MArhaban YA Ramadhan

RAmadhan tiba lagi..APakah anda telah bersedia untuk menyambutnya....JOm sama-sama memeriahkannya..bulan tOP Up amalan...Bulan yang diturunkan Al-quran untuk petunjuk dan furqan...



Ketahuilah ibadah puasa adalah untuk melatih kita menjadi orang yang bertaqwa. raHMat pada permulaannya...pertENGahannya keaMPUnan..... TElepas dari api neraka pengakhirannya....



bersahurlah kerana padanya terdapat berkat.. cepatkan berbuka dan lambatkanlah sahur..



selamat menjalani ibadah puasa.Moga-moga tahun ini kita akan dapat meningkatkan amalan kita. Rebutlah peluang ini.... DUrian runtuh yang hanya setahun sekali.penuhilah malam dengan berqiamullai...banyakkan zikurllah,membaca al-Quran dan tarawikh


<

CArilah malam lailatul Qadar di sepuluh malam yang terakhir kerana padanya lebih baik dari seribu bulan.

Wednesday, August 27, 2008

berpisah dan bertemu lumrah alam

Setiap yang bertemu akan berpisah, setiap yang hidup pasti akan mati, kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kita berduka. Semua itu adalah sunattullah. Setiap yang berjaya tidak mampu untuk menafikannya.

Sesuatu itu akan dikenang bila sudah tiada. Begitulah persahabatan akan terasa keindahan apabila terjadinya perpisahan. Persahabatan yang paling indah adalah semasa di zaman persekolahan. Suka duka yang dikongsi bersama sukar dilupakan. Perpisahan mungkin terjadi disebabkan terpisahnya di antara dua alam, atau kerana berakhirnya tempoh pengajian dan sebagainya. Bagi mereka yang belajar di luar Negara, persahabatan adalah salah satu nilai yang penting dalam meneruskan kehidupan di luar Negara. Sahabat adalah tempat kita cari apabila kesusahan begitulah sebaliknya. Susah senang di rasai bersama.

Buat teman-teman yang akan meninggalkan ardul kinanah, selamat berjuang ku ucapkan.Anda akan menjalani satu kehidupan baru yakni alam pekerjaan. Alam yang penuh dengan segala macam pancaroba..Ingatalah kepulangan kalian sangat dinanti oleh masyarakat yang dahagakan ilmu dan tarbiyyah dari kalian. Curahkanlah segala ilmu yang ada untuk anak bangsa agar mereka menjadi 'manusia'.Tugas mendidik anak bangsa terletak di bahu kalian. Kenang kembali tujuan asal kita menuntut ilmu adalah untuk memberi inzar kepada masyarakat apabila pulang ke tanah air.


Diantara tanda-tanda benar dalam Ukhuwah ialah menerima keritikan teman, menutupi aib teman, dan mengampuni kesalahannya." (kata-kata Hikmah dari Imam Syafi'i Rahimahullah

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari. (Saidina Ali)
Aku merinduimu TEMAN untuk berjuang Aku rindukan SAHABAT untuk berjihad. Aku rindukan KAWAN senda dan tawa. Aku rindukan SADIQ untuk sama-sama beribadat .Aku rindukan RAKAN untuk sama-sama bermuhasabah yang sama-sama menuntut ilmu Allah yang sama-sama bekerja demi Islam yang sama-sama berkorban demiNya dan sama-sama saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Sunday, August 24, 2008

shiken no seiseki

Natijah, result, keputusan peperiksaan, shiken no seiseki dan sewaktu dengannya telah keluar. Semua student universiti Al-Azhar cuak untuk melihat keputusan. Tetapi dari apa yang kudengari ramai yang tidak najah dalam peperiksaan kali ini. Al-Azhar dah kembali syadid. Teman-teman rapatku ada yang najah dan dapat naik tahun omedattou(tahniah) @ mabruk di ucapkan. Yang tidak dapat naik tahun jangan bersedih mungkin ada hikmat disebalik itu.

“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. “Al-Imran:190

Bagi yang berjaya mungkin bergembira dengan kejayaan yang diperolehi, tetapi yang tidak berjaya walaupun telah berusaha dengan bersungguh jangan putus asa kerana ia merupakan ujian daripada Allah seperti mana firmaNya:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”al-Ankabut
“Dan demi sesungguhnya kami tetap menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan kami ternyata adanya orang yang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar. Kami dapat mengesahkan berita mengenai keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 3)
Disinilah sifat gaman(sabar) dapat dilihat setelah diuji.mungkin sebelum ini kita hanya bercakap tetapi apabila musibah menimpa kita barulah kita tahu apa yang diucap tidak semudah itu untuk diamalkan.ketahuilah bahawa:
Sabar yang bernilai tinggi ialah bertabah hati pada permulaan datang musibah. (Sahih Muslim)

Umar bin Abdul Aziz berkata, “tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT., kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan mengganti yang lebih baik bagi dirinya”.

Wednesday, August 13, 2008

TAQWA

Ayat al-Quran dah hadis yang menyatakan akan bab taqwa.apakah yang dimaksudkan dengan taqwa?Taqwa ialah melakukan suruhan Allah dan meninggalkan Larangan-Nya.untuk lebih detail....

قَالَ الله تَعَالَى : { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ } [ آل عمران : 102]
Allah Ta'ala berfirman: "Hai sekalian orang yang beriman, bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan." (ali-lmran: 102)

وَقالَ تَعَالَى : { فَاتَّقُوا الله مَا اسْتَطَعْتُمْ } [ التغابن :16]
Allah Ta'ala berfirman lagi: "Bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan sehabis kemampuan kamu." (at-Taghabun: 16)
Ayat ini menjelaskan apa yang dimaksudkan dari ayat yang pertama (maksud sebenar-benar taqwa ialah sehabis kemampuan kamu).

وَقالَ تَعَالَى : { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً} [ الأحزاب :70 ]
Allah Ta'ala berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang betul - sesuai dengan apa yang sesungguhnya." (al-Ahzab: 70)
Ayat-ayat yang berhubungan dengan perintah bertaqwa itu banyak sekali dan dapat dimaklumi.

وَقالَ تَعَالَى : { وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ } [ الطلاق : 2-3 ]
Allah Ta'ala berfirman: "Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan untuknya jalan keluar - dari segala macam kesulitan - dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (at-Thalaq: 2-3)

وَقالَ تَعَالَى : { إِنْ تَتَّقُوا اللهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَاناً وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ } [ الأنفال :29 ]
Allah Ta'ala berfirman: "Jikalau kamu semua bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan untukmu pembeza - antara kebenaran dan kesalahan-, juga menutupi kesalahan-kesalahanmu serta mengampuni dosamu dan Allah itu memiliki kurniaan anugerah yang besar." (al-Anfal: 29)

Adapun Hadis-hadisnya ialah:


1. Pertama: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya: "Ya Rasulullah, siapakah semulia-mulia manusia?" Beliau s.a.w. bersabda: "orang yang paling bertaqwa. Para sahabat berkata: "Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w, menjawab: "Kalau begitu ialah Nabi Yusuf, ia adalah Nabi, putera kepada Nabi dan inipun putera kepada Nabi pula dan ini adalah putera khalilullah (yakni bahwa Nabi Yusuf itu adalah putera Nabi Ya'qub putera Nabi Ishaq putera Nabi Ibrahim yaitu Khalilullah). "Para sahabat berkata lagi: "Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w. menjawab pula: "Adakah kamu bertanya tentang logam-logam (orang-orang yang hebat) dari bangsa Arab? Orang-orang yang terpilih dan hebat dari bangsa Arab itu di zaman Jahiliyah, maka itu pulalah yang merupakan orang-orang yang terpilih di zaman Islam, jikalau mereka faquhu." (Muttafaq 'alaih)
Lafaz Faquhuu jika dibaca dengan didhammahkan qafnya adalah masyhur, tetapi ada yang mengatakan dengan mengkasrahkan qaf, lalu dibaca Faqihuu, yang membawa arti "mengerti akan hukum-hukum syara'."

ا
2. Kedua: Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau - yakni lazat dan nyaman - dan sesungguhnya Allah itu menjadikan kamu semua sebagai khalifah di bumi itu, maka Dia akan melihat apa-apa yang kamu lakukan. Oleh karenanya, maka berjaga-jagalah dari dunia dan berjaga-jagalah pula tipudaya wanita. Sebab sesungguhnya fitnah yang pertama terkena pada Bani Israil adalah dalam persoalan kaum wanita." (Riwayat Muslim)


3. Ketiga: Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohonkan padaMu al-huda (petunjuk), ketaqwaan, al-‘afaf (kebersihan hati dari yang kotor) serta al-ghina (kekayaan hati)." (Riwayat Muslim)



4. Keempat: Dari Abu Tharif, yaitu 'Adi bin Hatim At-to'i r.a., katanya; "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang bersumpah dengan suatu sumpah, kemudian tiba-tiba ia mendapati ada yang lebih taqwa dari apa yang disumpahnya, maka hendaklah memilih ketaqwaan itu (dan membatalkan sumpahnya)." (Riwayat Muslim)



5. Kelima: Dari Abu Umamah yaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah dalam haji wada' - haji terakhir beliau s.a.w. beliau s.a.w. bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah, kerjakanlah solat lima waktumu, lakukanlah Puasa dalam bulanmu - Ramadhan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah ketua-ketua kamu, kamu semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dalam akhir kitab bab shalat dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.®

Segala kekurangan dan kesalahan harap dperbetulkan...©

Friday, August 8, 2008

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

Sekadar berkongsi maklumat.jangan terlalu taksub ..tapi kadang-kadang ape yang dikatakan dibawa ini betul

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang
dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif,
berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah
dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan
diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik
tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk
di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar
kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak

dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak
pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati
untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila
dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat
sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka
berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk
merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan
sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi
tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan
boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan
pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah
simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai
dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan
sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan
penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak
dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi
perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn
hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang
sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada
perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan
pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang
tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain &
menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental &
fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi
oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa
diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan
yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai
anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN -
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai
yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka
menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat
marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang
sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema
Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang
mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada
barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah

kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya
lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka
menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk
dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi
sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak
suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka,
caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan
pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan
peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka
tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari
segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah
terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat
kerja

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap
orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap
kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai
harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar
biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah

merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin &
terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya
pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah
memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka
hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang
luas Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat
menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong &
berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa
berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam
pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat
dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi
yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong,
bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru
yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan
tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat
yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang
bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu
degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka
marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai
muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan
daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai
berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat
mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai
berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan
dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka
menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka
bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat
marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat
tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran
dengan logic.

Ayuh bantu

Buat mahasiswa Malaysia di Mesir ardul Kinanah.peluang untuk anda menambahkan lagi pahala. Ianya telah bermula.Jika anda muslim,maka buktikanlah dengan membantu saudara seislam kita yang kini menderita di bumi Palestin.


Pakaian yang mungkin bersepah di rumah kita,kitab-kitab yang terlebih,barangan elektronik dan rempah kering,semua itu boleh disedekahkan.apa tunggu lagi.jom sedekah...program yang dianjurkan oleh PMRAm...


Thursday, August 7, 2008

PRoMOte

Ni ada satu iklan yang ahli MAQAZ perlu ambik ihtiman.Satu program akan diadakan pada masa terdekat.bila program itu diadakan?hari ape?pukul berapa?dimana?apa nama program 2?korang baca jer la penerangan di bawah 2..




apa macam dah tahu dah.jadi jomla kite meriahkan program ni...Pada peminat team "ULUL ABSOR FC" nantikan kemunculan mereka. Team ini pernah mengalahkan Man Utd fc,Arsenal fc.chelsea fc...ye ker????kenapa korang x caya ker???kalau tak caya jom turun dan saksikan mereka beraksi.....

ok la..oppssssss........mengikut maklumat terbaru program ini akan diadakan di nadi exco mozallat(betul ke tidak ejaan nyer)...huhuhu...


program ini iNsyaAllah akan melahirkan pemuda yang kuat dan mampu untuk mengabdikan diri kepada Allah.....fizikal cergas mental cerdas...... ja matta...

Monday, August 4, 2008

Lebih baik menderma daripada beli rokok


Salmah Mat Husain
Mon | Aug 04, 08 | 11:04:30 am MYT

KOTA BHARU, 4 Ogos (Hrkh) - Mereka yang gemar merokok disaran meninggalkan tabiat buruk tersebut dan menggunakan wang membeli rokok itu untuk menderma.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak seorang pun pegawai perubatan menyebut merokok tidak membahayakan kesihatan.

"Sekiranya wang berkenaan digunakan untuk menderma termasuk pembinaan masjid, dan sekolah, ia dapat membantu seseorang itu di akhirat kelak.

�Kalau hisap rokok, bukan sahaja tak dapat pahala, penyakit pula yang datang," ujarnya pada satu program di sini, baru-baru ini.





Ketika berucap sebelum itu beliau menyifatkan mereka yang enggan menunaikan ibadat solat seperti melakukan perbuatan kurang ajar kerana tidak mahu mengikut perintah Allah Taala.

"Lebih baik saya mengeluarkan perkataan kurang ajar di dunia ni berbanding balasan neraka jahanam kepada mereka yang tidak mengerjakan solat," katanya.

Menurutnya dalam peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah memperlihatkan kepada baginda bagaimana seorang hamba menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah, kemudian bercantum kembali dan menghantuknya semula berulang kali.

"Peristiwa itu menggambarkan bagaimana balasan terhadap manusia yang engkar tidak mahu sujud kepada Allah sehingga akhirnya mereka terpaksa menghantuknya sendiri," ujarnya. - mj _

Monday, July 28, 2008

Renungan

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Saidina Usman Ibn Affan r.a.

Saturday, July 26, 2008



MAKLUMAT KEJOHANAN

Tarikh : 26 - 31 Julai 2008
Masa : 7.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Padang Iskan Tullab,Hayyu Sadis.
Anjuran : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.



MAri pakat turun ramai-ramai.sokong pasukan kegemaran anda. Tapi ingat piala sumbangsih sudah jadi milik MAqaz shoubra...ja matta

Friday, July 25, 2008

Luahan Rasa

Dua tiga hari ini.aku kerap membaca blog budak-budak jepun yang banyak menyentuh hati kecil ini.Walaupun mereka bukanlah bidang agama tapi tahap kesedaran mereka tentang islam sangat tinggi. Mereka sering mengadakan usrah dan program yang dapat mendidik rohani. Inilah meraka yang akan menjadi golongan protaz.Mampu untuk bercakap tentang islam walaupun sebagai seorang arkitek.

Aku teringat kata-kata ustaz affandiAntum berada dalam bidang yang terbaik, tetapi tidak semestinya antum orang yang terbaik”. Bila difikir balik kata-kata ustaz fendi ada benarnya. Berapa ramai yang belajar agama tapi menjadi perosak kepada agama itu. Ini sebenarnya yang harus ada dalam diri pelajar agama,dek kerana anda seorang yang belajar agama janganlah anda merasakan diri anda yang terhebat. Apa yang dinilai oleh Allah ialah tahap ketaqwaan seorang hamba itu.

Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu”.(al-hujuraat:13)

Apa-apa pun kepada budak-budak jepun, terus istiqamah dalam mencari mardhatillah. Dugaan dan cabaran pasti akan ada kerana ia akan mematangkan kita. Jadikan cabaran dan dugaan itu sebagai asam garam dalam menuju ke negeri yang abadi.

Wednesday, July 23, 2008

5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya;


Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Sunday, July 20, 2008

Minta Maaf

Assalamualikum semua.


Pertamanya minta maaf 'gomenasai' la sebab url my blog dah bertukar secara tiba-tiba. Ape kes????kalau korang nak tahu sebenarnya my old url ade masalah sikit, jadi terpaksa la tukar. Antara sebabnya terkesan dengan bacaan dari tawel tuan punya blog hembusan. to all my friend and my visitor i hope u still visit my blog ok( sorry kalau b.i yg kurang).

Mesti anda kata,my old url wahyusuci6236.blogspot.com lagi elok sebab no itu melambangkan bilangan ayat Al-quran( ke ada yang x tahu bilangan ayat Al-Quran). Tapi nak buat macam mana rasa nak tukar url.korang terima je la alasan ini.Tapi yang betulnya saja jer rasa nak tukar url. x salah kan sebab this in my blog.jadi itu jela yang nak bagitahunyer ape-ape pun renungi hadis-hadis dibawah :


"sabar yang bernilai tinggi ialahbertabah hati pada permualaan datang musibah "
( shahih Muslim)


"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sebelum ia cinta kepada saudaranya atau jirannya seperti cintanya kepada dirinya sendiri." (Sahih Muslim)


"Kebajikan itu ialah budi yang indah. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan di ketahui orang lain." (Sahih Muslim)








Saturday, July 19, 2008

Dur Thani


Assalamualaikum semua. Blog ini hampir bersawang dek kerana sifat malas yang menular dalam diri. Sebenarnya hari ini "doyobi (Saturday) 19 julai 2008, at 9.00 am diriku telah berperang dengan soalan peperiksaan untuk dur thani. Soalan kali ini agak mencabar mental dan fizikal kerana soalan yang keluar tidak dihafal. Jadi tekanan telah dirasai, apakah takhalluf menantiku????itulah jalan yang ku nampak setakat ini.

Tapi sebenarnya kejaiban mungkin boleh berlaku andai Allah mahu ia berlaku...i do'nt know just pray may Allah bless me. Apa-apa pun nasi sudah menjadi bubur atau dalam jepun 'Ato-no-matsuri'. Tapi sebenarnya diri ini masih bernasib baik kerana satu madah jer yang kena dur thani. Orang lain ade kena 2,3 paper mesti lebih merasai tekanannya. Aku doakan kalian akan lulus..amin...watakushitachi no seikou wo inotte kudasai...


ok lah.dah x tahu nak merepek ape.ape-ape pun tahniah kepada angkasawan negar kerana dianugerahkan gelaran datuk....ok...ja matta



Sunday, July 13, 2008

Kebahagiaan




Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Orang yang beriman inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebaliknya bagi orang yang tidak mempercayai dar-akhirat juga ingin kan kebahagiaan didunia. Ukuran kebahagiaan bagi sebuah keluarga bukanlah pada banyaknya harta tetapi pada keharmonian sebuah rumahtangga itu.



Rasulullah saw mngajar kita bagaimana untuk mendapatkan kebahagian sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Hibban maksudnya:

”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”



Hadis ini mengajar kita cara untuk mendapatkan kebahagiaan. Wanita yang solehah merupakan sebaik-baik perhiasaan. Antara cirri-ciri wanita solehah ialah apabila kamu memandangnya ia akan menyenangkan kamu. Rumah yang luas ialah yang memberi kamu keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak serta dapat mengenangkan fikiran apabila berada di dalamnya.

Jiran yang baik adalah antara factor yang menjadi pemangkin dalam mencari kebahagian. Jiran yang baik ialah yang tidak nmenyakiti hati jirannya dan ramah tamah dalam pergaulan. Kita juga disuruh untuk memuliakan jiran sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah maksudnya:

“:Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (bukhari dan muslim).



Kenderaan yang selesa ialah kenderaan yang mampu membantu kita dalam menjalankan urusan harian. Kenderaan yang mahal tetapi membebankan kita tidak termasuk dalam kategori kendaraan yang selesa.

Marilah kita sama-sama mengamalkan hadis ini agar mendapat kebahagiaan di dunia dan yang terpenting kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

Saturday, July 5, 2008

Jenis-Jenis Tangisan



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

1) Menangis kerana kasih sayang kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.



6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Wara' dalam menuntut ilmu

Sayugia bagi seorang penuntut ilmu perlu ada sifat wara'. Sifat wara' bermaksud membuat sesuatu yang pasti halal. Sifat wara' ialah sifat yang akan membawa kepada sifat zuhud. Dalam kitab تعليم المتعليم ada menyebutkan tentang wara' dalam bab yang khusus.


Rasulullah saw bersabda:' Sesiapa yang tidak memiliki sifat wara' dalam menuntut ilmu,Allah taala akan menguji mereka dengan salah satu daripada tiga perkara: pertama, Samaada akan dimatikan pada usia muda, kedua akan ditempatkan di pendalaman( atau tempat orang sibuk yang tidak mempedulikan ilmu) dan yang ketiga Atau di uji menjadi hamba pemerintah.'

Diantara kepentingan memiliki sifat wara' ini kerana apabila seseorang memiliki sifat wara' maka semakin manfaat ilmunya. Proses pembelajaran semakin mudah dan akan mendapat faedah yang banyak. Antara ciri-ciri orang yang memiliki sifat wara' ialah mereka akan mengurangkan makan, mengurangkan tidur dan mengurangkan bercakap benda yang tidak bermanfaaat.



Diantara sifat wara' ialah menjauhkan diri dari makan makanan di kedai sekiranya boleh kerana makanan di kedai mendekatkan kepada lupa, menjauhkan diri dari mengingati Allah dan makanan di kedai kurang keberkatan. Setiap makanan yang dilihat oleh ramai orang maka makin kuranglah keberkatan makanan itu.




Wednesday, July 2, 2008

Keindahan ciptaan Allah

Keindahan ciptaan Allah swt. Mari kita sama-sama saksikan keindahan alam ciptaan Allah dan sayugia bagi kita mengucapkan kesyukuran atas ciptaan Allah yang indah ini. Tatapi la foto ini dengan mata hati nescaya anda akan takjub di atas ciptaan Allah.


INFO}
pantai Ageba yang terletak di matruh merupakan antara pantai yang ter cantik di matruh. Dinamakan pantai ageba kerana keajaiban yang ada pada pantai ini. Air di pantai ini akan berubah menjadi tujuh warna apabila menjelang petang. Subhanallah maha suci Allah yang menciptakan alam ini tidak sia-sia.



ageba

ageba again

ageeba again and again

jabal mauta-tulisan zaman firaun

cleopetra beach


cleopetra marrah thani

cleopetra

ageba lagi

Tuesday, July 1, 2008

Blogger now schedules future-dated posts

Thanks kepada blogger.com kerana membuat program ini. Kalau korang nak tahu semua posting blog ini dari 27 hingga 30 jun di publish menggunakan program ini la. Program ini kita boleh set time untuk publish entry. Jadi blog tidak akan bersarang la walaupun ditinggal selama beberapa hari. Kalau korang nak tahu lebih lanjut koRANG boleh explore sendiri di blogger buzz.

Program ini senang untuk difahami.jadi kalau kurang power bahasa inggeris pun boleh faham la. kalau power bahasa inggeris mungkin lebih banyak yang korang akan dapat tahu.

Sebenarnya banyak lagi program yang blogger.com aku tidak explore. Harap-harap lepas ini ada masa untuk explore program-program yang disediakan. Sebab banyak program yang membantu blogger sebenarnya.ok la setakat ini saja post aku. Dah kekeringan idea. Apa-apa pun selamat mencuba. osakini.....mata ne


Monday, June 30, 2008

Musim panas dan AbC

Tajuk entry aku hari ini agak pelik sikit tapi dalam maknanya. Hanya yang merasai akan mengetahui makna yang tersirat. Di saat cuaca yang membahang ini, aku sering terfikir alangkah indahnya dapat minum air batu campur ( abC ). Cuba bayangkan betapa nikmatnya dapat menelan air batu yang dicampur dengan sirap, susu kacang dan ramuan yang lain hingga melayakkan namanya air batu campur. Kalau ada orang malaysia yang jual aBc di mesir ini, aku berani jamin la memang boleh kaya la.

Aku rasa Malaysia sekarang memang bertambah laris jualan air batu campur ekoran pemanasan global dan yang paling penting sekali isu minyak naik yang mampu membakar hati rakyat malaysia. Kemarahan yang tidak dibendung hingga ada pihak merancang untuk mengadakan himpunan sejuta rakyat malaysia pada 6 julai ini. aku menanti apakah akan berlaku apa yang dirancang atau sebaliknya. Aku berharap kalau berlaku perhimpunan ini, tidak ada kejadian yang tidak diingini terjadi.


memang mengamcam betul abc ni

ni lagi power.kehijau-hijauan colournya.


ni ok jugak ni.

Aku teringan kata kawanku ulamak memberitahu "harus minum air sejuk pada musim panas kerana seluruh anggota akan bersyukur". Gambar atas abc untuk menyejukkan badan pada musim panas. Manakala gambar bawah untuk menurunkan suhu kepanasan rakyat malaysia.





Sunday, June 29, 2008

Picture lagi

Aku upload lagi gambar untuk korang tengok. Apa yang penting, aku harap dengan melihat keindahan ciptaan Allah ini dapat melahirkan rasa syukur dan menambahkan iman kepada Allah.


Gambar alex dari atas Qal'ah Qaitbay

Kubu Qaitbay

Maqam Nabi daniel

Masjid nabi daniel

Qal'ah Qatbay



Ini gambar masa matahari terbit di Gunung Sinai. Pada entry yang lepas aku ade cerita pasal kecantikan matahari keluar dekat sinai. Jadi aku upload jugak untuk tatapan korang











ok la semua. harap anda semua berpuas hati. Tengok, fikir dan bersyukur atas nikmat-Nya.Assalamualikum.adios.