Selamat tahun baru maal hijrah1431H..kullu am wa antum bikhoir...Semoga Allah menjadikan tahun ini tahun yang memberi kebaikan ,memberi kemenangan dan keizzahan kepada umat islam dan mengeluarkan kita dari mehnah dan menjadikan selepas kesusahan kesenangan,selepas kesulitan kegembiraan dan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..insyALLAH..amin...
Hari ini kita bertemu dengan tahun baru dan meninggalkan tahun lepas,begitulah kehidupan insan.Tahun silih berganti datang dan pergi. Setiap tahun akan berlalu,begitu juga hari akan berlalu,masa akan meninggalkan kita bahkan setiap saat akan berlalu seperti pokok yang akan layu sehingga datang saat ajal kita yang tidak sedikitpun terlewat atau terawal dari masa yang ditentukan..
Memetik apa yang diucapkan oleh Dr Yusuf Qardawi Hafizohullah dalam ucapan di putrajaya yang menegaskan bahawa jihad dan dakwah dua perkara yang terus berkekalan selagi mana seorang muslim itu masih bernyawa. Menjadi keaiban pada kita hari ini kerana kurang kita dalam usaha untuk menyampaikan islam sedangkan orang kafir begitu bersungguh dalam usaha mereka. Beliau mengambil contoh kitab bible yang diterjemah dalam pelbagai bahasa sedangkan alquran sangat sedikit diterjemahkan. Beliau menceritakan ketika mana beliau pergi ke Indonesia yang mana boleh ditonton di sini.
Beliau juga menegaskan agama islam bukan disebarkan melalui mata pedang. Sebagaimana contoh kita di Malaysia yang mana ajaran islam dibawa oleh pedagang yang datang berniaga bukan oleh tentera. Kita juga tidak boleh memaksa orang untuk masuk islam kerana ia dilarang oleh Allah tetapi kita harus menggunakan semua medium yang ada sebagai contoh internet untuk menyebarkan islam.
p/s:Anda boleh membaca Tulisan Dr Yusuf AL-Qardawi Hafizohullah disini.
Memantap ukhuwah,
Memperkasa Ummah