Monday, June 21, 2010
Gigi Blubang
Dahulu
Satu keluarga dibakar akibat gagal melunasi hutang yang dipinjam dari ceti haram 'along'. Mengikut teman rapat, mangsa dikatakan memerlukan wang untuk menampung hidup setelah semua duit simpanan lesap ditipu agen skim cepat kaya yang disertainya. Mayat mangsa dan keluarga dipercayai diseksa sebelum dibakar berikutan beberapa alatan yang mencurigakan dijumpai.
Sekarang.
Satu keluarga hidup dalam ketakutan kerana sering diganggu oleh kumpulan ceti haram 'along'. Ketika Mahabbah Club mengadakan lawatan bulanan, mereka sekeluarga kelihatan seperti ketakutan. Setelah sesi ramah mesra dan soal jawab akhirnya mereka menceritakan perkara sebenar. Mahabbah Club menasihati mereka supaya membuat laporan polis . Mengikut sumber terdekat, mereka meminjam wang dengan ceti haram itu untuk dijadikan duit taruhan bagi judi bola sepak yang sedang hangat berlansung.
Picture kredit:Google.com
Tuesday, June 15, 2010
.....
Saat Itali dan Paraguay rancak memburu kemenangan semalam, saya dan Amir menikmati sajian dari tv3. Arjuna begitulah judul cerita yang ditonton. Cerita tentang persilatan yang sudah lama menghilang di skrin telivision. Cerita yang memaksa otak untuk kembali mengingati apa itu semutar hitam, keris hitam bersalut emas dan cerita yang sama waktu denganya. Cerita yang mengangkat seni beladiri melayu. Cerita yang kini sudah hilang dari pemikiran kita.
Walaupun Arjuna tidak dapat memuaskan hati tetapi ia dapat memenuhi kehendak hati yang dahagakan drama sedemikian. Mungkin pengarah filem boleh kembali memikirkan untuk menyediakan cerita yang mengangkat seni beladiri kita daripada filem yang semakin merosakkan minda masyarakat. Tampilkan kembali kehebatan senibeladiri melayu bersama elemen-elemen ketimuran yang semakin terhakis. Nilai ketimuran yang dahulu begitu sinonim dengan masyarakat melayu perlu ditonjolkan agar masyarakat hari ini dapat mengambil faedah.
Kita mungkin perlu melihat bagaimana negara Thailand yang mengangkat kembali senibeladiri Muay Thai, China dengan kung fu yang hari ini masih lagi diterima oleh penonton. Saya merindui wanita yang berkelubung kain batik menutup aurat yang penuh dengan sifat malu dan adab-adab ketimuran. Lelaki segak bertanjak, bersampingkan kain pelikat sambil dipinggang tersisip keris senjata warisan melayu. Bahasa yang digunakan begitu sopan sesuai untuk tontonan umum.
P/s: Doakan semoga rombongan yayasan amal yang ingin menyalurkan bantuan ke Gaza selamat dan misi tercapai. Jangan lupa untuk terus berdoa kepada Gaza dan rombongan yang akan memecahkan kepungan Gaza.
- Doakan kejayaan kami dalam imtihan.

kredit: Here

Subscribe to:
Posts (Atom)