Saturday, June 7, 2014

Tokoh Yang Aku Kagumi



Al-Sheikh Mahmud Khalil al-Husairi Rahimahullah.

1. Orang pertama yang melakukan rakaman al-Quran al-karim riwayat Hafs an Asim sehingga 30 juzuk al-Quran pada tahun 1961M bersamaan 1361H. Mohd Mahfuz Jaafar & Sabri Mohammad(2013:2)

2. Tentang Sheikh Klik Disini.

            3. laman Web Tentang Sheikh. Klik Disini.


4. Antara bacaan yang sangat memberi kesan.







Sunday, April 13, 2014

Dia

Jelas kedengaran butir bicaranya.

Begitu bertenaga.

Antara memberi kefahaman dan melontarkan nasihat. Sesekali cuba untuk membuka dimensi fikir agar pendengar dapat menikmati dengan penuh kepuasan.


Saat itu, meskipun jasad kami dipisahkan oleh dinding-dinding dan bunyi kipas yang berputar, suaranya tetap mampu menjentik cuping telinga.

"siapa yang begitu bersemangat mengajar?" soalku pada teman yang sedari tadi asyik membaca.

"oo, itulah .....".

locengpun mengejutkan aku daripada lamunan. Dihadapan pintu seorang pemuda melemparkan senyuman.

Selepas bersalaman dan bertanya khabar kami berpisah untuk melunasi amanah yang terpundak dibahu ini.






Friday, February 7, 2014

Tersentap

Semakin menjauhi..


Apa rasamu jika selama ini engkau fikir kelakuanmu hanya sekadar mencuit-cuit walhal realiti merobek dan mencarik. Engkau membaca dan memahami akan tetapi seringkali dalam pelaksanaan ia hanya sepi.

Akhirnya engkau harus bersyukur kepada Allah kerana ia masih sayang dan cinta pada dirimu walaupun jika ingin dinilai seringkali cintamu pada Nya terpalit kecurangan.

Engkau dapat pelajari bahasa mampu memainkan peranan dalam membelai ataupun mencubit.

Akhirnya, engkau harus akui yang dirimu sering menjauh...

Dengan ilmu engkau akan mampu mencari jalan yang lurus..

Semoga terus tetap diatas jalan yang diredhai-dicintai.