Sunday, April 13, 2014

Dia

Jelas kedengaran butir bicaranya.

Begitu bertenaga.

Antara memberi kefahaman dan melontarkan nasihat. Sesekali cuba untuk membuka dimensi fikir agar pendengar dapat menikmati dengan penuh kepuasan.


Saat itu, meskipun jasad kami dipisahkan oleh dinding-dinding dan bunyi kipas yang berputar, suaranya tetap mampu menjentik cuping telinga.

"siapa yang begitu bersemangat mengajar?" soalku pada teman yang sedari tadi asyik membaca.

"oo, itulah .....".

locengpun mengejutkan aku daripada lamunan. Dihadapan pintu seorang pemuda melemparkan senyuman.

Selepas bersalaman dan bertanya khabar kami berpisah untuk melunasi amanah yang terpundak dibahu ini.