Wednesday, June 25, 2008

Alex

Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran kerana memudahkan perjalanan aku ke muhafazahalex(Iskandariah). Kali kedua menjejakkan kaki ke alex dalam bulan ini. Jaulah kali ini atas sponsour 'man besar" yang menyuruh aku menjadi musyrif. arigatogozaimasu " man besar" sebab sanggup sponsour aku. Aku terpaksa rahsiakan nama 'man besar' atas sebab-sebab tertentu.
Untuk pengetahuan korang semua Alex ni antara muhafazah yang tercantik di Mesir. Bangunan yang tersusun dan pantai yang cantik membuatkan pada musim panas ni semua orang tertumpu ke muhafazah alex ni. Banyak jugak dugaan yang terpaksa ditempuhi dalam jaulah kali kedua ini. Antara yang ketara ialah rumah tumpangan yang naik harga secara mendadak, bayangkan minggu lepas harga untuk sehari semalam ialah L.E 100 tapi pada kali ini harga ialah L.E 150. Atas kecekapan kawanku yang mengoreng arab last sekali harga yang diberi ialah L.E 110.
Antara tempat yang menarik aku lawati seperti maktabah yang boleh dikatakan tercanggih dan montazah yang menempatkan istana Raja Farouk. Hajat nak pergi jugak dekat kubu Qaitbay tapi membayangkan cuaca agak panas terus dikuburkan hajat itu.
Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita, tetapi jari jemariku tidak mampu lagi untuk menekan keyboard akibat keletihan. Lepas ni InsyaAllah kalau ade masa aku akan cerita lagi dan upload gambar sekali.ok.adios

No comments: