Thursday, June 26, 2008

Permata Yang Bersinar


Pada malam ahad yang lepas.aku berpeluang bertemu dengan salah seorang ulamak yang hebat iaitu Syeikh Habib Salim asy-syhatiri di Syahah Yamani. Beliau ialah salah seorang ulamak dari Yaman yang merupakan guru-guru kepada ulamak yang terkenal dari yaman seperti habib Ali. Ayah beliau merupakan Sultan Ulamak pada zaman beliau. Jadi tidak mustahillah keberkatan dan ilmu itu diwarisi oleh syeikh Habib Salim asy-Shatiri.

Dikesempatan yang ada, beliau telah memberikan kalam taujihat kepada kami semua agar bersungguh dalam menuntut ilmu dan ikhlas. Beliau juga menyuruh kami semua agar menggunakan peluang pada musim cuti ini untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dari menjauhkan diri dari melakukan perkara yang sia-sia seperti tidur. Banyak juga kata-kata As-Syeikh yang kena pada diriku ini. Moga aku dapat membetulkan kembali apa yang perlu diperbetulkan dan istiqomah dalam menuntut ilmu. Setelah selesai kalam taujihat kami dijamu dengan makanan yang paling sedap iaitu Hadr maut lauk kambing. Memang untung betul, selepas diberi makanan rohani oleh Syeikh Habib Salim dijamu pula dengan makanan fizikal.

Moga aku dapat menumpang keberkatan yang ada pada syeikh Habib Salim dan mengikut jejak langkahnya. ‘Ya Allah, aku mohon padamu agar kau berikan kekuatan kesihatan, kemurahan rezeki dan keselamatan kepada Syeikh Habib Salim’.amin…

Syeikh Habib Salim As-Shatiri

No comments: