Friday, April 24, 2009

BERTUKAR




"Pukul 4 doh!watpe dok azan lagi subuh ni?." gumanku dalam hati. waktu azan seingatku pukul 3.50 lebih tapi kenapa belum kedengaran laungan azan. Aku berfikir sendirian sambil mata menatap skrin television yang menyajikan sukan lumba mendaki bukit 4x4.

Tiba-tiba aku teringat kata sahabatku beberapa hari lepas ketika aku mengajukan soalan bilakah jam akan bertukar beliau ada memberitahuku mungkin pada 24 april. kumelihat pada kalendar handsetku memang sah hari inilah 24 april. Untuk lebih yakin lagi aku pun online yahoo mesengger berstatuskan status kegemaranku invisible dan bertanya sahabatku aris.

" sek ni royak tukar doh!tido ah lu, awal lagi ni."ujar beliau.

aku pun melihat status sahabatku mat wey yang berbunyi jam sudah bertukar. Maka dengan ini sahlah bahawa jam sudah bertukar dan aku bangun tadi pukul 2 pagi bukan pukul 3 pagi seperti yang tertera di jam handsetku. waktu sudah bertukar seiring pertukaran musim yang sudah mula membahang..

No comments: