Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Saturday, November 14, 2009

Rencam

Sudah lama kumengimpi tapi belum menjadi realiti.Sudah lama kumencuba tapi belum berhasil. benda yang sudah berada ditangan kadangkala boleh hilang inikan pula benda yang belum kelihatan. Kutekadkan hati kupateri di minda agar halangan hari ini bisa kutempuh dengan jaya tanpa melupakan  kepada yang memberi segala kekuatan.




Senyuman yang diukir tiada seri, pandangan yang terarah hambar, lantunan kata berbasi-basi. Hati yang kosong bisa menjadikan jagat ini suram. Hegemoni hati adalah sangat besar dalam gerak dan langkah. Benarlah kata Sang Kekasih bahawa hati itu adalah raja. Kejernihan hati bisa memandui kearah yang baik begitulah sebaliknya jika hati yang diseliputi dengan titik hitam. Hati yang putih menatijahkan kelakuan yang menyenangkan tetapi jika hati itu berpenyakit bisa bobrok dunia ini. Hati tempat tinggal bagi rasa suka, sedih , marah dan sebagainya.

Senyumlah
Jika disakiti yang terasa adalah hati, yang menanggung pedih adalah hati. Bila disayangi yang berputiknya kasih adalah dihati yang menjalar di segenap ruang hingga menyinari di wajah dan berpadu bersama langkah. Alunan kalamullah dan zikir bisa melahirkan hati yang tenang yang mampu mengalahkan tenangnya air disumur. Hati yang disirami dengan cinta Allah tidak hanyut atas kesenangan tidak tengelam dalam kesusahan. Susah dididik dengan sabar senang diajar dengan syukur akhirnya yang tuai adalah ganjaran pahala.

Thursday, October 15, 2009

Dimamah usia

Assalamualaikum.

Sesungguhnya setiap saat yang berlalu akan menjadi minit yang berharga,terus dinantikan,sedar atau tak ia akan terus berlalu berjam-jam lamanya,dan terus berlalu dari sehari ke sehari. Ia tak menunggu membentuk minggu, kerana mungkin lama ia tetap akan jadi bulan-bulan yang tak akan kembali. Lantas usia dari tahun ke tahun meningkat hingga berdekad. Andai dipanjangkan umur belum tentu capai seabad. Itulah masa yang langsung tak dapat dikejar dan dikembalikan.Ia akan terus berjalan dan berjalan tanpa menoleh ke belakang. Moga hari ini kita akan manfaat dengan masa. Wal asr...sanah helwah ya jamil.May ALLAH bless u always.Dari seluruh family dan salam perjuangan.

Hari yang berlalu tak akan kembali lagi.Hadapi hari muka penuh berhati-hati. Mak sentiasa doakan kejayaan along dunia akhirat.amin..

Quate diatas adalah mesej yang kuterima hari ini menyedarkan aku dari lamunan. Mengingatkan aku akan hakikat bahawa hari ini diriku sudah semakin dewasa , semakin hampir akan kematian dan dekat dengan pembalasan. Ibarat baju yang dahulu baru menjadi buruk akhirnya  bercarikan dan hilang tiada nilai. Aku dan baju berbeza kerana aku perlu melakukan tugasan yang diperintah oleh TUANku yakni ALLAH.

Umur yang semakin meningkat memerlukan penuaian amal yang banyak agar tidak merana dalam pemusafiran kerna destinasi yang dituju masih jauh tak kelihatan di ruang mata. Langkah yang diatur harus kemas dan perlu teratur agar tak tersungkur di tunggul dan akar yang berselerakan. Sekali sekala perlu melangkah panjang agar tak terpijak becok air . Menoleh ke  belakang juga perlu agar apa yang dilalui bisa mematangkan dan menjadi azimat untuk hari yang mendatang..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Semoga hari yang mendatang bisa ditempuh dengan cemerlang dibantu panah doa yang dilepaskan agar amalan dapat dipertingkatkan kualiti dan kuantiti untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba yang dengan rahmatnya mampu mencapai ganjaran yang diidamkan oleh semua insan beriman apa yang tak pernah dilihat,tak pernah telinga mendengar dan tak pernah terlintas dihati syurga bersama para nabi dan orang soleh...amin..




p/s: Mesej pertama dari adikku dan yang kedua Dari ibuku.i love u All...Terima kasih kerna mengingatiku. Semoga ALLAH mengampuni dosaku, ibubapaku,keluargaku dan semua umat islam. amin..

Thursday, October 8, 2009

3 x @M

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي، وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ، وَوَعْدِكَ، مَا اسْتَطَعْتُ،
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

@Penghulu Istighfar@


“(Wahai Allah, Engkau Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkau yg menciptaku, dan aku adalah Hamba Mu, dan Aku ada pada janji dan sumpah setiaku (syahadat), dan aku berbuat semampuku (menunaikan janji dan sumpahku itu), aku berlindung pada Mu dari keburukan yg kuperbuat, aku sadari kenikmatan Mu atasku, dan aku sadari pula perbuatan dosa dosaku pada Mu, maka ampunilah aku, karena tiada yg mengampuni dosa kecuali Engkau)


Hari ini adikku yang kelima telah melangkah ke medan pertempuran yang akan menuntut segala apa yang telah dipelajari untuk di aplikasikan dalam medan ini. Segala keringat akan ditagih, mental juga akan diuji sejauh mana kemampuan yang mampu digarap.

Aku juga pernah melalui detik ini dan akan terus melalui selagi mana aku berada di medan ini. Medan yang menguji kesabaran dan menuntut pengorbanan yang besar untuk mencapai apa yang ku impikan. Disamping persiapan mental dan fizikal, panah-panah doa juga perlu untuk pertolongan kerana semua itu adalah milikNya. DIA berhak memberi dan berhak menyekat kerana dia TUAN kita.

Aku doakan semoga Adikku diberi ketenangan dalam menjawab peperiksaan dan dipermudahkan serta akhirnya beroleh kejayaan yang cemerlang insyaALLAh....amin...

Luahan Hati



Peristiwa semalam menyebabkan hati ini semakin rindu padaMu. Walaupun aku tidak mampu untuk rapat denganMu mungkin aku curang dalam percintaan ini. Aku mendakwa mencintaiMu tetapi namaMu amat sedikit bermain dibibir. Hatiku selalu melupaiMu kerana dipenuhi cinta pada benda. Apa yang disukai olehMu sering ku pandang enteng.



Salam dari kejauhan mampu ku bisikkan dalam nada kesayuan. Semoga semalam menjadi saksi bibit cinta ini makin berputik dan InsyaALLAh akan mekar dan terus memenuhi kalbu ini. Aku mohon pada Allah semoga cintaku pada kekasihku ini akan terus dibajai dan membuahkan pohon yang rendang diwarnai oleh kuntuman bunga yang berseri.

Walau jarak yang memisahkan tapi ketahuilah semua itu tidak menjadi penghalang bagiku untuk membuktikan cintaku padaMu. Semoga Suatu hari nanti aku bisa bertemu dengan Mu melalui lewat mimpi atau jaga kerana semua itu adalah mungkin. Semoga kakiku yang hina ini masih diberi peluang untuk berpijak di tempat suci itu dan menjadi tetamuMu....




Ya Allah tambahkanlah cintaku padaMU dan pada KekasihMU...
amin.....

Friday, October 2, 2009

Kosong


Arghhhh.......sungguh bosan saat ini.

Rasa ini kembali lagi. Datang tak diundang pergi tak dihalau..Bila rasa ini menjelma maka segala perkara yang dilakukan seperti tidak ada erti. Baru dua helai membaca sudah hilang semangat, Walaupun mata sedang melihat monitor tetapi hati menerawang entah ke mana..hanya lagu ini yang menjadi teman.sudah puas ia membingit disini jika dinyanyikan secara live tentu sekali suara penyanyi ini tidak akan kedengaran kerana sudah terlalu acap diulang....aku perlukan sesuatu yang bisa menyahkan rasa ini..

Dalam skrin minda ditayangkan cerita tentang indahnya jika punya teman yang mampu membuatkan rawang hati ini hilang mungkin dengan tawanya, matanya yang jernih, wajah yang mulus, suaranya yang memujuk supaya tabah.....tapi dialam nyata aku keseorangan ditemani bunyi kipas yang masih memberikan angin untukku merasa nikmat dingin...diselang seli dengan kipas hard disk yang sekejap berputar dan berhenti mengikut kehendak diri sendiri.



Kubiarkan jemari ini mencoretkan sesuatu tanpa pedoman. Patah kata yang terhasil dari gerak ini mungkin kabur atau mungkin tempatnya di fantasi. Tapi disini tempat ia berteduh mencari setenguk air kekuatan agar bisa tahan melawan badai yang tak berkesudahan....jika ku mampu berlari akan ku pecut sekuat hati agar rasa ini tidak akan berasimilasi. mayapada ini seolah kosong tanpa penghuni. Ya Allah berikanlah aku secebis rasa agar ku bisa menjadi manusia..punya hati yang cekal tak goyah ditiup taufan...

Friday, April 24, 2009

BERTUKAR




"Pukul 4 doh!watpe dok azan lagi subuh ni?." gumanku dalam hati. waktu azan seingatku pukul 3.50 lebih tapi kenapa belum kedengaran laungan azan. Aku berfikir sendirian sambil mata menatap skrin television yang menyajikan sukan lumba mendaki bukit 4x4.

Tiba-tiba aku teringat kata sahabatku beberapa hari lepas ketika aku mengajukan soalan bilakah jam akan bertukar beliau ada memberitahuku mungkin pada 24 april. kumelihat pada kalendar handsetku memang sah hari inilah 24 april. Untuk lebih yakin lagi aku pun online yahoo mesengger berstatuskan status kegemaranku invisible dan bertanya sahabatku aris.

" sek ni royak tukar doh!tido ah lu, awal lagi ni."ujar beliau.

aku pun melihat status sahabatku mat wey yang berbunyi jam sudah bertukar. Maka dengan ini sahlah bahawa jam sudah bertukar dan aku bangun tadi pukul 2 pagi bukan pukul 3 pagi seperti yang tertera di jam handsetku. waktu sudah bertukar seiring pertukaran musim yang sudah mula membahang..

Thursday, April 23, 2009

Imtihan

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah pada hari ini aku telah selesai peperiksaan syafawi. Imtihan yang pada mulanya dijadualkan pada 19 april 2009 telah berlaku pengubahan jadual sehiungga akhirnya jatuh pada hari ini 22 april 2009.inilah yang berlaku di sini. Pengubahan jadual adalah perkara biasa.

Imtihan syafawi kali ini tanpa persediaan yang cukup bagus walaupun dapat juga menjawab soalan yang diajukan tapi masih belum berpuas hati kerana dibimbangi tidak lulus. Dengan simptom malas yang semakin menjadi-jadi penularannya menyebabkan banyak bab yang tidak berhasil untuk diulangkaji.

Ya Allah jadikanlah kami dari golongan mereka yang berjaya di dalam imtihan dunia dan akhirat.ameen..

Simptom malas ini walaupun telah diintimadasi dengan kegagalan tapi masih lagi berasimilasi dengan jiwaku. Stimulus yang dicari masih lagi kabur dari pandangan. Hanya satu harapanku agar simptom ini akan hilang dan aku mampu meneruskan perjalanan dalam menempuh ranjau yang menanti. Imtihan tahriri akan bermula pada 2 mei hingga 10 mei. Moga peluang yang ada dapat dimaksimumkan sebaik mungkin dalam mengulangkaji pelajaran.


Hanya satu kudamba dari kalian doakan moga aku rajin mengulangkaji dan menatijahkan kejayaan insyaAllah..ameeennn