Kesakitan adalah anugerah. Pemberian dari Allah kepada hambanya. Jika kita fikirkan, kesakitan menyebabkan kita akan mula mengingati akan "Tuan" pemilik kepada kesakitan dan kesihatan. Kesakitan menjadi wasilah untuk kita kembali menjadi hamba yang sangat memerlukan pertolongan dari "Tuan" yang Maha Memberi.
Kesihatan sering menyebabkan kita terlalai dalam melakukan tugas yang diamanahkan. Nama Allah akan sering meniti di bibir apabila kesakitan menjengah. Ibadah dilakukan dengan penuh khusyuk dan rendah diri apabila kita ditujah oleh kesakitan. Bayangkan tanpa kesakitan mungkin kita akan terus lalai dalam kehidupan yang penuh hina sehingga apabila datang waktu yang ditetapkan kita akan menyesal kerana telah terpedaya pada dunia.
Bersyukurlah pada nikmat kesakitan yang dengannya kita mensyukuri nikmat sihat. Ujian yang datang akan menghapuskan dosa dan menambah keimanan kita. Firaun adalah contoh manusia yang tidak pernah sakit. Nikmat sihat yang ada menyebabkan tertipu lantas mengaku menjadi tuhan. Ditambah dengan Sikap takbur yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga saat maut datang beliau masih lagi belum mahu untuk menyebut nama Allah tetapi menyebut beriman dengan Tuhan yang diimani oleh Bani Israil..
"Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". (Yunus:90).
6 comments:
salam..ust din sakit ke??
waalaikummussalam...sihat jah..cuma mari mikir 2 yang tulis 2..Ustaz Qamarul sihat x?..
sakit salah satu platform/transit kita sbg hamba utk lebih dekat kepada destinasi sebenar yg dituju. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara~
Semoga sakit ini penghapus dosa dan pengerat hubungan kita denganNya. moga terus istiqamah.
betullah apa yang ustaz cakap.. kadang2 saya terlupa akan anugerah sakit itu..
to Khazinatul Asrar:
Ameen..terima kasih atas komentar..
to Faarihin:
betul ker?hihi..semoga tidak terus memberontak apabila ditimpa sakit
And how it to paraphrase?
Post a Comment