Assalamualaikum...
Ingin berkongsi satu perkara yang perlu ada dalam sebuah keluarga. Untuk yang telah berkahwin harus mengambil ihtimam dan bagi yang belum mari kita cuba jadikan ia satu dalam agenda penting bila kita berumahtangga nanti.
Jika anda sudah melakukannya anda termasuk dalam yang beruntung, bagi yang belum ayuh kita cuba lakukan semoga sakinah,mawaddah,mahabbah wujud dalam keluarga kita.
Pesanan ini disampaikan oleh Habib Hussein as-Saqaff hafizohullah dalam salah satu khutbahnya yang menyuruh kita sebagai ibubapa dapat melakukannya sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Ibu bapa diminta berkumpul bersama anak-anak dan menceritakan tentang Allah dan Rasulullah saw walau dalam detik waktu yang sedikit kerana kita perlukan anak-anak yang membesar bersama penghayatan yang tinggi mengenai Allah dan Rasul saw untuk mewujudkan masyarakat madani yang kian ketandusan mutakhir ini.
Ibu bapa perlu bijak dalam mengolahkan cerita sesuai dengan kemampuan anak kerana kejayaan anda menyampaikannya membuatkan anda akan bahagia didunia dan akhirat dan natijahnya melahirkan masyarakat yang madani..
Pengajian sirah Jungjungan yang mulia sayyidina Muhammad saw adalah ubat yang mujarab untuk apa yang berlaku pada masa kini. Role model yang sangat elok untuk diikuti kerana Nabi Muhammad saw adalah insan yang terpilih dari kalangan yang terpilih yang memancarkan rahmat seluruh alam.
No comments:
Post a Comment