Thursday, August 12, 2010

Ceritera Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Matahari mula beredar gontai menuju ke destinasi seterusnya. Hangat masih terasa walaupun tidak sepijar tadi. Tiga bersaudara mula mengatur langkah menghala  kedestinasi yang mampu untuk mereka raih sesuap rezeki. Hari pertama ramadhan  kian hampir menutup pintunya. Jalan yang dilalui mula lengang mungkin manusia bersedia untuk bertemu dengan kegembiraan. Kegembiraan pertama yang dijanjikan oleh Allah disampaikan makhluk yang paling mulia syaidina Muhammad saw. Semoga kita semua dapat menikmati kedua-dua kegembiraan yang dijanjikan oleh Allah ameen.

Senyuman terukir dibibir mereka, mungkin disana terpancul jenaka menyebabkan bibir menguntum senyum. Dibelakang mereka kelihatan segerombolan manusia berkumpul mengagihkan santapan buat berbuka puasa. Tua,muda, besar dan kecil memenuhi dataran itu.

" Orang yang menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka yang berpuasa akan diberi ganjaran pahala seperti orang yang berpuasa. Bukahkah begitu?".

"Benar . Ganjaran pahala itu tidak dikurangkan walau sedikitpun".

Mereka meneruskan perjalanan ke tempat yang ingin dituju. Hanya beberapa langkah mereka akan sampai. Jeda. Tidak seperti yang tergambar difikiran, kawasan itu kosong seolah-olah benda itu tidak ...wujud.
Mereka berpaling melihat antara satu sama lain. Senyum masih terukir walau hati sudah rawan. Adakah perkara itu benar-benar berlaku. Seingatnya mereka mula memesrai tempat ini pada ramadhan tahun lepas. Sebulan mereka berbuka disitu. Hari ini mereka tersilap membuat perkiraan.Walaupun kerusi dan meja
ada tetapi tersimpan rapi ditempatnya. Tiada juadah berbuka puasa yang dihidangkan.

Tersembul ketawa...

Mereka kembali melangkah. Plan B terpaksa digunakan. Kita perlu bersedia dengan perangcangan yang pelbagai agar tidak buntu apabila ditimpa musibah. Destinasi seterusnya sedikit jauh. Keringat mula memesrai tubuh. Jangan sesekali mengalah.

Jauh kelihatan tempat yang dituju seperti gelap.

"Adakah tempat itu tutup". Guman hati

" Kita masih jauh. Perlu sampai kedestinasi barulah kita mampu mendapatkan jawapannya". Bisik semangat.

Hampa. Pintu tertutup. Gelap gelita.

Plan C digunakan. Fino menjadi sasaran terakhir. Jika gagal jua maka kembali kerumah adalah pilihan yang tepat. Sesak. Kereta memenuhi aspal. Perasaan semakin berdebar. Semakin menghampiri dan akhirnya. Fino juga tutup.


Azan telah berkumandang. Doa puasa dipanjatkan. Dengan lafaz bismillah tea susu hidangan sahur tadi menjadi juadah berbuka puasa. Sebiji kurma disuakan ke mulut.

Alhamdulillah kerana masih mampu menikmati kurniaan Allah. Bayangkanlah ada mereka yang berpuasa siang dan malam kerana tiada apa-apa untuk dijamukan.

2 comments:

Ahmad Nordinie said...

hehe..
siannye..
nanti kite bukak pose same2 ek
:p

Nothing Special said...

huhu..

biase jer...bila tu nk buke sama..x sabar nak makan cook door..hehhe