Showing posts with label Cerita pedoman. Show all posts
Showing posts with label Cerita pedoman. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Ceritera Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Matahari mula beredar gontai menuju ke destinasi seterusnya. Hangat masih terasa walaupun tidak sepijar tadi. Tiga bersaudara mula mengatur langkah menghala  kedestinasi yang mampu untuk mereka raih sesuap rezeki. Hari pertama ramadhan  kian hampir menutup pintunya. Jalan yang dilalui mula lengang mungkin manusia bersedia untuk bertemu dengan kegembiraan. Kegembiraan pertama yang dijanjikan oleh Allah disampaikan makhluk yang paling mulia syaidina Muhammad saw. Semoga kita semua dapat menikmati kedua-dua kegembiraan yang dijanjikan oleh Allah ameen.

Senyuman terukir dibibir mereka, mungkin disana terpancul jenaka menyebabkan bibir menguntum senyum. Dibelakang mereka kelihatan segerombolan manusia berkumpul mengagihkan santapan buat berbuka puasa. Tua,muda, besar dan kecil memenuhi dataran itu.

" Orang yang menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka yang berpuasa akan diberi ganjaran pahala seperti orang yang berpuasa. Bukahkah begitu?".

"Benar . Ganjaran pahala itu tidak dikurangkan walau sedikitpun".

Mereka meneruskan perjalanan ke tempat yang ingin dituju. Hanya beberapa langkah mereka akan sampai. Jeda. Tidak seperti yang tergambar difikiran, kawasan itu kosong seolah-olah benda itu tidak ...wujud.
Mereka berpaling melihat antara satu sama lain. Senyum masih terukir walau hati sudah rawan. Adakah perkara itu benar-benar berlaku. Seingatnya mereka mula memesrai tempat ini pada ramadhan tahun lepas. Sebulan mereka berbuka disitu. Hari ini mereka tersilap membuat perkiraan.Walaupun kerusi dan meja
ada tetapi tersimpan rapi ditempatnya. Tiada juadah berbuka puasa yang dihidangkan.

Tersembul ketawa...

Mereka kembali melangkah. Plan B terpaksa digunakan. Kita perlu bersedia dengan perangcangan yang pelbagai agar tidak buntu apabila ditimpa musibah. Destinasi seterusnya sedikit jauh. Keringat mula memesrai tubuh. Jangan sesekali mengalah.

Jauh kelihatan tempat yang dituju seperti gelap.

"Adakah tempat itu tutup". Guman hati

" Kita masih jauh. Perlu sampai kedestinasi barulah kita mampu mendapatkan jawapannya". Bisik semangat.

Hampa. Pintu tertutup. Gelap gelita.

Plan C digunakan. Fino menjadi sasaran terakhir. Jika gagal jua maka kembali kerumah adalah pilihan yang tepat. Sesak. Kereta memenuhi aspal. Perasaan semakin berdebar. Semakin menghampiri dan akhirnya. Fino juga tutup.


Azan telah berkumandang. Doa puasa dipanjatkan. Dengan lafaz bismillah tea susu hidangan sahur tadi menjadi juadah berbuka puasa. Sebiji kurma disuakan ke mulut.

Alhamdulillah kerana masih mampu menikmati kurniaan Allah. Bayangkanlah ada mereka yang berpuasa siang dan malam kerana tiada apa-apa untuk dijamukan.

Saturday, November 14, 2009

Rencam

Sudah lama kumengimpi tapi belum menjadi realiti.Sudah lama kumencuba tapi belum berhasil. benda yang sudah berada ditangan kadangkala boleh hilang inikan pula benda yang belum kelihatan. Kutekadkan hati kupateri di minda agar halangan hari ini bisa kutempuh dengan jaya tanpa melupakan  kepada yang memberi segala kekuatan.




Senyuman yang diukir tiada seri, pandangan yang terarah hambar, lantunan kata berbasi-basi. Hati yang kosong bisa menjadikan jagat ini suram. Hegemoni hati adalah sangat besar dalam gerak dan langkah. Benarlah kata Sang Kekasih bahawa hati itu adalah raja. Kejernihan hati bisa memandui kearah yang baik begitulah sebaliknya jika hati yang diseliputi dengan titik hitam. Hati yang putih menatijahkan kelakuan yang menyenangkan tetapi jika hati itu berpenyakit bisa bobrok dunia ini. Hati tempat tinggal bagi rasa suka, sedih , marah dan sebagainya.

Senyumlah
Jika disakiti yang terasa adalah hati, yang menanggung pedih adalah hati. Bila disayangi yang berputiknya kasih adalah dihati yang menjalar di segenap ruang hingga menyinari di wajah dan berpadu bersama langkah. Alunan kalamullah dan zikir bisa melahirkan hati yang tenang yang mampu mengalahkan tenangnya air disumur. Hati yang disirami dengan cinta Allah tidak hanyut atas kesenangan tidak tengelam dalam kesusahan. Susah dididik dengan sabar senang diajar dengan syukur akhirnya yang tuai adalah ganjaran pahala.

Sunday, July 12, 2009

Bila minat

Cerita tentang seorang nelayan yang amat meminati al-Quran.Setiap kali beliau ke laut untuk menangkap ikan setelah melabuhkan sauh dan pukat beliau akan membaca al-Quran.Begitulah rutin nelayan itu sehingga dalam sebulan dapat mengkhatamkan al-Quran.Setelah agak lama bekerja di laut nelayan itu beralih pula menjadi penjual ikan.

Disini bermula kisah sedih nelayan itu.Menjadi penjual ikan menyebabkan beliau tidak dapat mengkhatamkan al-Quran dalam masa sebulan.Suatu malam dalam keadaan sedih beliau membaca surah jumuah secara berulangkali dengan kehendak Allah beliau dapat menghafal surah jumuah.Setelah itu beliau menghafal surah munafiqun dan surah seterusnya sehingga surah an-nas.Beliau menhafaz pula juzuk 28 hingga 15 dan Akhirnya beliau dapat menghafal al-Quran 3o juzuk.Beliau merasa amat seronok kerana beliau dapat mengulang satu juzuk dalam masa ke pendalaman untuk menjual ikan.Dalam perjalanan pulang beliau dapat mengulang satu juzuk dan dalam masa sebulan beliau dapat mengkhatamkan al-Quran sebanyak 2 kali.

P/s.Cerita ini disampaikan oleh ust.Khairul Anwar al-hafiz.Saya tidak mendetailkan cerita ini.Anda boleh mendengar dengan lebih detail di ceramah islam.Com.