Senda gurau ibarat gula dalam minuman perlu tetapi jangan berlebihan. Tersenyum jika betul pada sukatan membarah jika berlimpahan. Tempat dan waktu juga perlu dilihat kerana jika terkhilaf lain yang melanda.
Hidup tanpa gurauan kosong ibarat meja tanpa kerusi, senyum madu tonik semangat dan penyembuh kedukaan.
Mayapada tanpa senyuman melumpuhkan. Pandang kiri dan jua kanan sebelum melontar itu 'gurauan' supaya hati tak terluka terhiris membuak kemerahan.
Ingat usik-usikan merangsang senyuman terkadang menghangat api kemarahan.
2 comments:
setuju ayat yang terakhir tu..
"Ingat usik-usikan merangsang senyuman terkadang menghangat api kemarahan."
cepat betul komen.hehe.
Post a Comment