Wednesday, December 29, 2010

Aku, mereka dan dia 2

Pantai kelihatan dibadai kuat oleh ombak. Melangit kemudian menjunam laju menolak pepasir. Semilir bayu dingin melayukan mata. Langit masih lagi menghamburkan titisan air membentuk lopak-lopak kecil di bumi. Suram cahaya lampu membalamkan pemandangan.

Ikhlas.

Mungkin itu yang aku boleh katakan. Lewat apa yang dipertuturkan. Kefahamanku menjerat aku membuat tafsiran itu. Terimbau kalam-kalam yang pernah melalui cuping telingaku. Tercantum satu persatu membentuk sebuah tetingkap kenangan. Aku mula mendengar syarahan  tentangnya ketika diri masih lagi belum mengerti apa itu sebuah kehidupan. Ia berulang-ulang sehingga kini. Tidak pernah jemu kerana semuanya ada input yang baru. Membesar bersama kedewasaan. 

Bayangkan kita bekerja pagi dan petang. Siang mahupun malam. Kondisi senang atau sukar. Berpanas hujan semua kita lakukan demi sebuah pengorbanan. Tetapi walhasil seumpama debu berterbangan. Hilang ditiup angin hinggap dijendela usang tanpa jemputan. Hadir bersama kesengsaraan. 

Umat dahulu selepas mereka berperang. Harta rampasan bukan diagihkan tetapi dipersembahkan untuk Pemilik alam. Timbunan harta dikumpul disatu tempat dan mata-mata mula menyaksikan akan sebuah penerimaan. Api datang memakan harta itu tanda sebuah keikhlasan. Begitulah ia berlaku. Tetapi terjadi pada satu ketika, api itu hanya melewati tanpa menyambar harta itu. Kebingungan yang melanda memerlukan sebuah jawapan. Seorang demi seorang dipersoalkan. Semuanya menyerahkan. Selang masa berlalu maka terhidang sebuah jawapan. Emas sebesar kepala lembu disimpan oleh panglima. Setelah ia diserahkan hilang dari pandangan dek api yang membaham.

Allah sahaja yang mengetahui akan sebuah keikhlasan. Manusia hanya mampu melihat luaran tetap terhijab apa yang didalam. 

Apa jua yang kita lakukan harap ia diterima sebagai amalan.Soleh lagi  berkelayakan. Kerana niat itu titik mula sebuah penerimaan.

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. Al- Bayyinah: 98:05


Ikhlas dan ikhlas.


p/s:MAlaysia akan bertemu Indonesia di GBK. Semoga kemenangan milik kita. Seperti Man utd menerkam sunderland malam ini pula giliran birmirgham. Bukan seperti Chelsea yang kesedihan diaibkan arsenal yang kesengalan. 

3 comments:

Faaein Himura said...

ikhlas nak datang ke sini.. hehehe..

ostat bila nak buat novel?

lakaran ni kalau dilakar-lakarkan selalu.. mampu menghasilkan satu karya yang bagus.. dah jadi novel bagi tau saya.. saya tunggu nak membelinya..
*kata-kata yang ikhlas ni.. hehehe..


p/s: smoga malaysia menang.. MU? err tak sabar nak tengok penyokong MU frust lagi.. HA HA HA.. =P

Nothing Special said...

ikhlas perlu diberitahu ker?hehe

novel entah la.tak pandai

Faaein Himura said...

yelah.. datang lagi ke sini dengan penuh ******.. opss tak leh bg tau. hahaha.


buat aje. pasti jadi.