Lampu kalimantan menerangi jihat. Diatas kerusi rotan tersimpuh insan. Mata terarah ke paparan kaca. Tangannya mengaru-garu kepala yang kegatalan. Kelemumur mungkin bersarang. Mengigit tanpa belas kasihan.
Dia datang dengan berkaca mata. Kain pelikat dan jua baju pagoda. Senyuman hadiah yang tak dilupa. Sedekah yang termudah ganjaran yang melimpah. Kerusi rotan terhenyak sedikit menerima jisim yang sedikit buncit.
" Aku setuju".
"Sepatutnya sudah lama". Kaca matanya ditekan.
" Apa yang baik kita terima ". Terus memberi komen tentang apa yang dipaparkan.
Layar kaca itu memuntahkan babak-babak cerita. Tentunya akan menjadi bualan. Seharusnya disepakati akan anjuran tetapi manusia pasti ada yang mahu dikhilafkan. Terlontar jauh ke bumi yang ditinggalkan. Sudah lama diamalkan. Tetapi aku tetap berpegang, jangan dihalang akan kebaikan kerana kejahatan itu yang paling layak ditentang.
Darjat mereka sudah diangkat. Walaupun hakikat memang termaktub dalam agama langit. Manusia yang dibutakan yang menurunkannya. Harapnya, mereka memaksimumkan penggunaan. Terhadang cela tertampang keji.
Bila permata sudah terhijab jangan pula ada yang menyelak.
No comments:
Post a Comment