Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus
membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya: Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah.
Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya.
Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran
dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari). Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka
membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada
mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat
dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya."
(Hadis riwayat Abi Daud). Menurut Mohd Shamsul Haqqil 'Azim, penulis kitab Aunul Ma'bud, maksud tadarus dalam
hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara satu sama lain. Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan semenjak zaman awal
Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian Islam yang sebenarnya.
Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul,
akhlak yang mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan
bermanfaat kepada orang lain. Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan meninggalkan syiar
tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bahkan
diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat
daripada Allah hasil daripada tadarus ini menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian
yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus. Dengan bertadarus, seseorang akan lebih rapat dengan al-Quran. Ia menjadi temannya
yang akrab, menunjukkan jalan yang lurus dan menegurnya jika melakukan kesalahan.
Generasi para sabahat r.a. lahir daripada keakraban ini. Bermula dengan keruntuhan akhlak
dan moral sehingga digelar hidup dalam masyarakat jahiliyyah akhirnya menjadi peribadi
insan yang mulia yang digelar sebagai generasi al-Quran yang unik. Pun begitu, bertadarus tanpa beramal dengan isi kandungan al-Quran merupakan satu
penyakit yang wujud di kalangan umat Islam yang merosakkan keperibadian muslim.
Mereka tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan. Firman Allah yang maksudnya: Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku
telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai".
(Al-Furqan: 30). Sebagai contoh kesan daripada bertadarus al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t
di dalam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: “Dialah yang mengutus seorang rasul
kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri,yang membacakan kepada
mereka ayat-ayat-Nya,menyucikan ( jiwa ) mereka dan mengajarkan kepada mereka
Kitab dan Hikmah ( sunnah ),meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan
yang nyata.” Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam keadaan ummi iaitu tidak tahu
membaca dan menulis akhirnya apabila alQuran diturunkan nabi membaca dan mengajar
kepada sahabat-sahabatnya maka kesan daripada tindakan itu lahir satu generasi seperti
Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, Ali bin Abi Talib dan AbdurRahman
bin Auf. Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah tergolong dalam golongan yang sesat. Oleh kerana itulah tadarus al-Quran merupakan satu amalan yang dituntut untuk diamalkan
oleh seluruh umat Islam khususnya para pendokong pejuang Islam supaya memahami
tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri. |
4 comments:
mohon share..syukran...
Laa.. ingatkan mu tulis sendiri..
to cahaya pembukaan
share la artikel dari harakah
to anonymous:
ade link kat bwh.lmbt gi kut aku nk nulis gini
There is definately a great deal to learn about this subject.
I like all of the points you made.
Feel free to visit my web page yahoo
Post a Comment