Cerita tentang seorang nelayan yang amat meminati al-Quran.Setiap kali beliau ke laut untuk menangkap ikan setelah melabuhkan sauh dan pukat beliau akan membaca al-Quran.Begitulah rutin nelayan itu sehingga dalam sebulan dapat mengkhatamkan al-Quran.Setelah agak lama bekerja di laut nelayan itu beralih pula menjadi penjual ikan.
Disini bermula kisah sedih nelayan itu.Menjadi penjual ikan menyebabkan beliau tidak dapat mengkhatamkan al-Quran dalam masa sebulan.Suatu malam dalam keadaan sedih beliau membaca surah jumuah secara berulangkali dengan kehendak Allah beliau dapat menghafal surah jumuah.Setelah itu beliau menghafal surah munafiqun dan surah seterusnya sehingga surah an-nas.Beliau menhafaz pula juzuk 28 hingga 15 dan Akhirnya beliau dapat menghafal al-Quran 3o juzuk.Beliau merasa amat seronok kerana beliau dapat mengulang satu juzuk dalam masa ke pendalaman untuk menjual ikan.Dalam perjalanan pulang beliau dapat mengulang satu juzuk dan dalam masa sebulan beliau dapat mengkhatamkan al-Quran sebanyak 2 kali.
P/s.Cerita ini disampaikan oleh ust.Khairul Anwar al-hafiz.Saya tidak mendetailkan cerita ini.Anda boleh mendengar dengan lebih detail di ceramah islam.Com.
Sunday, July 12, 2009
Saturday, July 11, 2009
Minat
Bismillahirrahmanirrahim.Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Selawat dan salam untuk junjungan besar nabi Muhammad saw,ahli keluarga,sahabat serta mereka yang mengikut ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda saw.
Assalamualaikum semua.
Minat adalah salah satu faktor yang dominan untuk berjaya.Bila kita melakukan sesuatu yang diminati ia akan menjadi stimulus untuk kita tidak akan mengenal erti jemu.
Minat menjadikan kita leka dengan apa yang kita lakukan dan semua halangan dapat ditempuh dengan jayanya.Masa yang dilalui begitu singkat dirasakan sehinggakan satu jam bagai seminit,sehari bagai sejam dan begitulah seterusnya.Keseronokan melakukan apa yang diminati menjadikan kita tenggelam dalam keasyikan yang orang akan memandang seperti tidak masuk akal dengan apa yang kita lakukan.
Untuk kita berjaya dalam pelajaran kita mestilah ada minat dalam pelajaran.Budaya ponteng terjadi antaranya adalah disebabkan oleh minat yang kurang. Pekerja yang cemerlang lahir dari minat yang tinggi dan matlamat yang ingin dicapai.
Seorang penghafal al-Quran yang meminati al-Quran akan sentiasa bersama dengan al-Quran tanpa mengenal erti bosan dan penat lelah.Imam Syafie dapat mengkhatamkan al-Quran 60 kali dalam sebulan di bulan ramadhan kerana minat al-iman terhadap al-Quran.
Jadi sayugialah kita untuk mencapai sesuatu yang kita lakukan mestilah ditanamkan minat dalam melakukan perkara tersebut.
.Update via my sweet heart n70

Friday, July 10, 2009
Antara karamah yang berlaku di bumi palestin
Disini saya kongsikan apa yang diutarakan oleh salah seorang wakil palestin yang menceritakan tentang karamah yang berlaku di sana.
1)Satu peristiwa yang berlaku,apabila kereta kebal tentera israel masuk ke gaza,mereka tidak melihat dan mendapati penentangan dari mujahidin.Lalu masuklah kereta kebal yang lain tiba-tiba muncul mujahidin di belakang mereka dan melontarkan peluru ke atas mereka sehinggalah tentera zionis lari bertempiaran.
2)Apabila mereka masuk ke gaza mereka menghalakan meriam dan kereta kebal ke arah semua tempat.Mereka menembak benda yang bergerak dan tidak bergerak menyebabkan mujahidin tidak dapat menghampiri untuk menyekat kemaraan mereka.Tiba-tiba datang awan yang gelap dan melindungi pemandangan tentera zionis.Mujahidin dapat menghampiri,menembak dan meletupkan zionis.
3)Seorang pemuda yang berada di atas bumbung rumah.Datang kereta kebal untuk menembak rumah itu.Budak itu melompat dan masuk ke dalam kereta kebal dan membunuh semua zionis serta budak itu selamat.
Bersyukurlah pada Allah atas semua pertolongannya.
P/s:update via hanset.

Friday, July 3, 2009
DApat Award
Assalamualaikum semua..
Pertamanya marilah kita mengucapkan setinggi kesyukurAN KEpada Allah kerana dengan izin-Nya dapat lagi kita menghirup udara, melihat alam dan bermacam lagi nikmat yang tidak terhitung banyaknya...
Dibulan rejab yang mulia ini marilah kitA memperbanyakkan selawat kepada Nabi kita Saidina Muhammad Saw yang kerananya kita dapat hidup dalam nikmat iman dan islam. Baginda akan menjadi tempat untuk kita meminta syafaat di hari yang tidak kedapatan syafaat melainkan orang yang diizinkan oleh Allah....
Marilah kita memperbaharui iman kita dan pertingkatkan amalan kita supaya kita tidak menyesal dihari yang tidak berguna harta dan anak pinak melainkan bekalan taqwa...

Di bulan rejab ini marilah kita memperbanyakkan doa yang diajar oleh Baginda sepertimana diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a yang berbunyi:
اللهم بارِكْ لنا في رجب وشعبان وبَلِّغْـنا رمضان
Seterusnya terima kasih kepada Rdhanz yang sudi memberi saya award untuk trafik 10 terbaik bagi bulan jun 2009....

Subscribe to:
Posts (Atom)