Friday, April 23, 2010

Hari jumaat yang mulia

Assalamualaikum semua..selamat hari jumaat yang penuh barakah. Hari jumaat adalah penghulu hari yang pada hari itu terdapat waktu yang mustajab untuk berdoa. Ulamak berbeza pendapat waktu mustajab doa itu.Semoga kita dikurniakan untuk bertemu dengan waktu itu. Hari yang dianjurkan supaya banyak berselawat kepada pesuruh Allah, kekasih kita nabi Muhammad saw. Pesanan habib Umar hafizohullah ketika menyampaikan ucapan di Indonesia supaya kita berselawat sebanyak 80 kali selepas asar hari jumaat  dan setiap kali mahu tidur.

Hari jumaat merupakan hari untuk kita menjana amalan akhirat setelah enam hari yang lain kita gunakan untuk dunia. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk melakukan amalan kebaikan di hari jumaat yang mulia khususnya dan sepanjang hidup amnya.

Buku Yang ingin dibaca saat ini.

Sebelum entry ini ditulis sempat melawat beberapa blog kawan-kawan. Ada yang menyambut hari lahir selamat hari lahir diucapkan. Antara posting yang menarik iaitu tentang hari buku sedunia yang jatuh pada 23 april setiap tahun. Baru hari ini hari buku juga turut disambut, ingatkan hari ibu,bapa dan lahir sahaja disambut. Begitu cetek pengetahuanku. Terima kasih ust Idham kerana sudi berkongsi tentang hari buku. Dari apa yang dibaca di akhbar bernama sambutan begitu meriah. Semoga dengan adanya sambutan hari buku dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk terus membaca.

Thursday, April 22, 2010

Kapal MV Rachel Corrie

Hari ini ingin berkongsi tentang manusia yang bernama Rachel Corrie. Manusia yang diberi rasa kemanusiaan yang tinggi sanggup membayar dengan nyawa demi menentang sebuah penindasan. Entah kenapa bila membaca kisah beliau terasa sebak dan malu atas pengorbanan yang dilakukannya.


Berumur 23 tahun dari Amerika merupakan seorang aktivis keamanan. Mati ketika mempertahankan rumah penduduk palestin dirobohkan oleh buldozer israel laknatullah. Mengikut teman-temannya, pemandu buldozer sedar kewujudan Rachel Corrie dan terus menghancurkan rumah. Pada mulanya pemandu menjatuhkan puing-puing berat dan pasir keatasnya. Selepas itu buldozer melanyaknya sehingga retak tangan, kaki dan tengkorak. Rachel Corrie dibawa ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan teruk yang dialaminya.


Keadaan Rachel Corrie selepas dilanyak oleh buldozer

Anda boleh membaca kisah Rachel Corrie      disini.

 Hari ini sebuah kapal telah diabadikan  dengan nama beliau.

Sebelum nama diubah

Selepas nama diubah.

Credict picture: http://www.flickr.com/photos/29205195@N02/

Berita tentang kapal itu boleh dibaca disini.

Wednesday, April 21, 2010

Emosi

Marah,suka,gembira,sedih,takut.sayang dan benci adalah perkara yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia. Selagi mana bernama manusia, hidup mereka akan dilingkari oleh semua emosi yang disebutkan. Gaya hidup akan menonjolkan salah satu emosi yang wujud dalam diri. Cuaca juga memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi. Cuaca panas menyebabkan emosi marah sering menguasai.

Apabila kita memahami manusia mempunyai emosi yang pelbagai maka kita akan lebih berhati-hati dalam tingkah laku dan tidak melampaui had-had yang boleh menyebabkan emosi seseorang berubah. Lidah merupakan anggota yang sering mengundang binasa jika tidak dijaga. Lidah yang tidak bertulang mudah menuturkan kata yang bisanya boleh menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku.

Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris

 Jika kita membenci sesuatu itu diungkapkan kepada kita maka sayugia bagi kita tidak mengunggkapkannya kepada orang lain kerana dikhuatiri ia akan berulang pada kita. Setiap apa yang ingin dituturkan haruslah difikir berulang kali agar ianya tidak menguris hati seseorang. Jika pada timbangan akal ia tidak perlu dituturkan maka diam itu lebih baik kerana Rasulullah saw telah berpesan:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah berkata yang baik atau diam,...

p/s:Jika ada kesalahan diharap dapat menegur kerana saya adalah insan yang lemah,penuh dengan kesalahan.

-Ya Allah ya tuhanku berilah aku kekuatan agar aku dapat beramal dengan apa yang aku sampaikan..ameen

Tuesday, April 20, 2010

fikir-fikirkan

"Jalan yang berliku, tidak kan gentar ku hadapi..namun bila malas menguasai, semua kerja tak jadi"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


 Kita sering merancang itu dan ini. Jika melihat apa yang dirancang menyebabkan kita mampu tersenyum puas kerana ia begitu teliti dan natijahnya akan menyenangkan hati. Seringkali pelaksanaan terganggu dek kerana faktor-faktor yang mendatang seumpama bajet waktu yang ditetapkan tersasar.

Kita merancang tetapi Allah tahu apa yang baik untuk kita. Jangan cepat meradang atau sedih atas perancangan yang sering tidak kesampaian. Teruskan merancang dan cuba untuk melaksanakan apa yang dirancang. Apa yang menjadi persoalan adalah aturan yang sering digagalkan oleh makhluk malas. Malas adalah satu sifat yang membunuh dalam diam. Seperti quote yang dicanangkan oleh sahabat saya "namun bila malas menguasai, semua kerja tak jadi" mengambarkan bahawa kemalasan akan membantut semua pekerjaan. Bila hanya merancang begitu dan begini tanpa pelaksanaan maka jadilah ia angan-angan yang tak berkesudahan.Cita-cita yang diimpi dikafankan kerna angan-angan menguasai.

Teringat kata-kata yang diucapkan oleh ustaz Tan sri Ismail al-hafiz ketika ada pelajar bertanya bagaimana cara untuk ingat al-quran?. Beliau menjawab dengan berzikir roojin,roojin,rajin. Rajin adalah cara untuk menjadi orang yang ingat al-quran disamping doa. Malas ini perlu dibuang dengan mujahadah yang tinggi disamping berdoa dengan doa yang diajarkan oleh nabi saw.

اللهم أني أعوذ بك من الهم والحزن, وأعوذ بك من الجبن و البخل , و أعوذ بك من العجز و الكسل , وأعوذ بك من غلبة الدين 
وقهر الرجال
Buya  Hamka rohimahullah ketika membicarakan tentang doa ini mengungkapkan sebuah pantun yang berbunyi:
Mati belanda kerna pangkat,mati cina kerna kaya,
mati india kerna makanan,mati melayu kerna angan-angan.

Semoga beroleh manfaat.