Apabila kita memahami manusia mempunyai emosi yang pelbagai maka kita akan lebih berhati-hati dalam tingkah laku dan tidak melampaui had-had yang boleh menyebabkan emosi seseorang berubah. Lidah merupakan anggota yang sering mengundang binasa jika tidak dijaga. Lidah yang tidak bertulang mudah menuturkan kata yang bisanya boleh menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku.
Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris
Jika kita membenci sesuatu itu diungkapkan kepada kita maka sayugia bagi kita tidak mengunggkapkannya kepada orang lain kerana dikhuatiri ia akan berulang pada kita. Setiap apa yang ingin dituturkan haruslah difikir berulang kali agar ianya tidak menguris hati seseorang. Jika pada timbangan akal ia tidak perlu dituturkan maka diam itu lebih baik kerana Rasulullah saw telah berpesan:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah berkata yang baik atau diam,...
p/s:Jika ada kesalahan diharap dapat menegur kerana saya adalah insan yang lemah,penuh dengan kesalahan.
-Ya Allah ya tuhanku berilah aku kekuatan agar aku dapat beramal dengan apa yang aku sampaikan..ameen
No comments:
Post a Comment