Friday, April 23, 2010

Hari jumaat yang mulia

Assalamualaikum semua..selamat hari jumaat yang penuh barakah. Hari jumaat adalah penghulu hari yang pada hari itu terdapat waktu yang mustajab untuk berdoa. Ulamak berbeza pendapat waktu mustajab doa itu.Semoga kita dikurniakan untuk bertemu dengan waktu itu. Hari yang dianjurkan supaya banyak berselawat kepada pesuruh Allah, kekasih kita nabi Muhammad saw. Pesanan habib Umar hafizohullah ketika menyampaikan ucapan di Indonesia supaya kita berselawat sebanyak 80 kali selepas asar hari jumaat  dan setiap kali mahu tidur.

Hari jumaat merupakan hari untuk kita menjana amalan akhirat setelah enam hari yang lain kita gunakan untuk dunia. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk melakukan amalan kebaikan di hari jumaat yang mulia khususnya dan sepanjang hidup amnya.

Buku Yang ingin dibaca saat ini.

Sebelum entry ini ditulis sempat melawat beberapa blog kawan-kawan. Ada yang menyambut hari lahir selamat hari lahir diucapkan. Antara posting yang menarik iaitu tentang hari buku sedunia yang jatuh pada 23 april setiap tahun. Baru hari ini hari buku juga turut disambut, ingatkan hari ibu,bapa dan lahir sahaja disambut. Begitu cetek pengetahuanku. Terima kasih ust Idham kerana sudi berkongsi tentang hari buku. Dari apa yang dibaca di akhbar bernama sambutan begitu meriah. Semoga dengan adanya sambutan hari buku dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk terus membaca.

No comments: